5.12.17

Trip to Coron Island, Philippines 9 days 8 nights

Hello people!

Oh gosh. It has been like a year plus since my last entry Trip to Siem Reap, Cambodia. Such a long hiatus. Nyioh. I know bukan ada siapa pun yang akan baca blog ni. It is just me who gonna read all the entries in the future nanti. lol (But I'm still hoping if someone tersesat dekat blog ni haha)

And sumpah... Actually aku ada few entries drafted in my Notes! Trip to Nagoya, Kyoto, Osaka Japan. Trip to Langkawi. Trip to Sabah. For real. haha. All the entries drafted during the trip itself. Sebab aku memang jenis yang akan take note every single activity and expenses during trip. So, macam live update sebenarnya. Cumanya not published on real time. Geddit? Geddit....

Moving on...

I'll post up the entries later. Once aku ada semangat dah tak malas lah. Working life makes me become more lazy. Super tiring. 8am to 6pm duduk depan computer, meeting, conference call, makes me become more lazy untuk on laptop, dan blogging during night time. Blogging actually not fun anymore for me. lol. And I don't know whyyy. Tapi, I want to do it so badly. Cuma malas dan tak ada masa. M A L A S is the keyword!

Ok continue with the real postings.

Do note below write up is just a copy paste from my Notes. So please ignore all the typing errors, small and capital letters, also irrelevant wordings. Kalau ada lah. This is a live update actually. All notes taken during the trip.

Head to @FadhilahMn (Twitter OR Instagram) if nak tanya apa apa, and fast reply also! I don't bite. Boleh dm atau mention terus. hehe.

---

Trip to Coron Island, Philippines
9 days 8 nights
18hb November 2017 till 26hb November 2017

RM 180 flight return Manila - Coron - Cebu Pacific Airlines
RM 400 flight return KL - Manila - Philippines Airlines


RM507.39 stay at Manila and Coron
Booked via booking.com. All the payment settled before the trip.


Duit makan share dgn ummi. RM37
Insurans travel rm39 - ummi
Tukar duit RM1000 - +/-12k peso
Duit bawa dari Msia RM400



Fahmi/kakwa/dila : rm46.70 seorang (luggage makanan, ubat2, baggage extra cebu airlines) dah bayar awal


This place to visit ni hanya lah suggestion sahaja. Depends on masa dan budget. Ada je from the list yang aku tak pergi dan ada je yang aku tak put on the list pun tapi aku pergi. Semua expenses are in peso ok. Kecuali yang mana aku mention RM lah. Ok teruskan baca!

KLIA to Melaka and Melaka to KLIA RM200 (RM100 per trip) -.-
WHY?
Sebab aku malas nak pening pening. Aku upah je lah adik aku untuk hantar dan ambik dekat airport. Senang.

18hb
10:30am gerak dari Melaka. Jammed la pulak dekat depan sri negeri ni. Lol

Sampai KLIA dalam pukul 1. Flight delayed. Pukul 530 baru take off. PH airlines ni aku dengar selalu je delay. Tapi ok je pun delay sbb hari ni mmg takda apa2 aktiviti. Just free and easy. Will be off for 4hrs (actual duration 3.45hrs, can google up for exact timing)

630pm start distribute meal. Since dah ada experience dgn vietnam airlines kali ni aku tanya dulu is this a muslim friendly meal or halal meal? LEPASTU STEWARD TU JAWAB NOT CERTIFIED HALAL. Kahkahkah. Aku jawab je lah then itsokay thank you. Dia offer bun and cake, aku pun, ok kan je lah. Lepastu dia still bagi beef and rice meal tu. Just in case you change your mind katanya. Haha. Ambik je lah kan. Tapi memang aku tak rasa nak usik waima bun dia pun. Tengah rasa kenyang.

Pukul 9 landing. Tunggu luggage apa semua dalam 10 lebih selesai.

Grab tak banyak. Kiteorang decide beli simcard 4gb 600peso. Cari grab 116peso so sorang 29peso. Jammed la pulak malam weekend ni. 1030 still dlm grab ni. Depo hotel 4k peso k.

19hb
5 suku solat. 6 lbh bangun. Breakfast siap pukul 7 keluar. Hari ni historical tour. lol
Cari grab g fort santiago 95p. 3 minit.
75p normal price. Kalau ada bawa student card, try lah nasib tunjuk masa nak bayar entrance fees tu. Untuk student kena bayar 50p sahaja. Round la sekitar Intramuros tu. Cuaca panas nak mampus. Terik. Walaupun baru pukul 8. Tapi gambar memang tiptop lah sebab lighting power.
Next.
Jalan jalan masuk church-manila catherdal
Jalan casa manila museum. Tapi tak masuk. Malas. 75p. Depan church agustin.
Jalan konon nak pegi light n sound museum. Dalam 5minit kot jalan. Sekali, kalau nak masuk tengok show kene bayar 1.5k per show. Kiteorg discuss tak yah. So 1045 masing2 dah kebulur, cari la makanan. Lunch. Sekali blh solat zohor asar. G dulang restaurant. Macam nasi campur. Ok la. Proper meal. Sedap. Murah 440 bahagi 6 org. Makan ayam seketul udang sayur.
Pastu jalan g masjid kekonon nak solat. Sekali tak blh solat. Takde telekung apa semua. So kiteorang decide balik hotel. Supaya blh solat and rest kejap. Badan berlengas sebab panas nak mampus pagi tu. Berpeluh teruk. 1230 balik hotel. Solat siap2 semua.
Pukul 430 keluar balik for sunset hunting. Jalan je ke marina bay. Lepak2 situ cuci mata tgk sunset. Dlm 530 dah start matahari terbenam tu. Lepastu pukul 6 kebulur cari dinner pulak. Sini gelap cepat. Google punya google semua jauh nak pergi. Nak naik grab sampai 500p sbb tgh high demand. So kiteorg decide pergi yg dekat je. Gayyah’s halal restaurant. Tgk price apa semua pun mcm ok je. Jalan dalam 10minit lebih dari marina bay tu. Makan dinner bahagi 6 total. Supaya tak nak pening. So jatuh la jadi dinner 66p. Balik naik grab 85p/4. So dalam pukul 8 sampai hotel. Blh rest and packing sbb esok flight awal pagi. Lepastu 8setengah keluar meeting untuk esok punya flight.

20hb
Pukul 5 bangun. Solat, habiskan pack segala yang tak masuk lagi. Pukul 545 keluar, breakfast. Sbb flight patutnya boarding 0906 and sampai dalam 1030 camtu. And tak jauh beza dgn team 2. Dah plan nak gerak dgn grab sama2 Tapi tiba2 dapat email bgtahu flight delay. Ke pukul 11 lebih!! Urghh potong betul. Dah semangat dah nak gerak. Sambung lepak bilik balik lah pulak. Jadi team fuad dgn kak ira gerak dulu. Pisang lah.

Pukul 9 book grab. Tgh peak time. So kena 248p/3 untuk ke terminal. Masa ni jammed gila weh. So dekat 40minit juga nak sampai. Sebenarnya tak jauh sangat pun. Tak sampai 10km rasanya.
Dalam 945 dah siap queue untuk check in baggage apa semua. Ramai teruk manusia dekat manila ni. Last security check kena buka kasut gais. So here we go. Waiting game. 1 jam lebih lagi. Manila - coron (Busuanga). Departure time 1150, eta 1305. Dalam 1135 dah siap masuk flight apa semua. Set up apetah semua. 1150 fly. Ok boleh nap kejap. Oh before that, flight kiteorg kan kena rescheduled. So airline ni bagi free food, ayam goreng dgn burger brand jollibee tu weh! Dgn air mineral. But the thing is, tak halal. Jadinya, bau ayam je lah. Nak makan tak boleh. Fast food ni popular kat Philippines tau. Macam McD tu. Tapi tak halal. K. Pukul 1 landing. Then ada van mmg pick up kiteorg. Airport dia sempoi nak mampus. Takde nak check passport ke apa dah. Baggage collection pun atas kayu je ok. Airport yang rupa asal ada je. Then start la gerak ke hotel. Dalam van ni campur sekali dgn tourist2 lain. Sejam gak nak sampai hotel kiteorg. Panas nak mampus kat sini. So kena bayar 150p per person k. Ini flat rate! Semua driver ambik harga ni. Kalu nak try luck, boleh lah try usha dorang mana tahu dapat free lol. Relaks jap lepas sampai hotel dalam pukul 2 kot. Aku siap dah termuntah bagai. Tapi tak keluar apa. Keluar angin je. So aku baring kejap tunggu team ummi sampai. Telan panadol sebiji. Pukul 4 setengah kiteorg dah keluar untuk naik Mt. Tpyas. Free entry. Bawa tenaga je hehe. Katanya ada 700 lebih anak tangga. Dalam 5 lebih camtu kiteorg sampai puncak. MasyaAllah cantik sungguh view dari atas tu. Memang takkan jumpa dekat mana2 lah view tu. And i’m so proud of myself ok. Haha. 2 tahun tak exercise tetiba kena daki 700 lebih anak tangga. Tapi sebenarnya tak la teruk mana pun. Ok je tangga dia. Tak curam sangat. Dalam pukul 6 suku camtu, masuk bilik. Relaks dulu kejap. Kaki dah terketar nak mampus. Pukul 8 naik makan. 8 lebih siap makan. Meeting jap untuk aktiviti esok. Pastu apa lagi, tidur la. Dah lembik. Tomorrow gonna be a super long dayyy.

update: 742 anak tangga untuk ke puncak Mt. Tapyas

21hb
Pukul 5 bangun subuh. Tido balik. Pukul 7 bangun balik. Siap2. And pukul 8 pergi buat milo. Pukul 8 suku tunggu van pick up. Pukul 9 lbh dah on the boat. Tour A 900. Goggle 150. Tunggu penuhkan boat. 6 destination. Kayangan lake. Green lagoon. 945 sampai kayangan lake. Pukul 10 sampai. Untuk sampai ke kayangan lake, kena hiking sikit. Dalam 70 lebih anak tangga kot. Semput sikit je. Tapi view memang superb. Berbaloi. 1130 sampai boat balik. Mmg superb view dia. Nak jadi cerita kwn kiteorg punya goggle hilang. Kena bayar 500p as ganti rugi. Next green lagoon. Nak kene naik 367 tangga. Caps point. 12 suku setel. Caps points. 1240 lunch. Kelapa 50p. Atwayan beach nama tempat lunch tu. Makanan kiteorg bedal seafood je lah. Ayam mmg tak sentuh. Alhamdulillah kenyang. Siap ada seaweed fresh rasa masin2 lagi. Masa book pakej tu, kiteorg dah inform awal2 seafood only. So ok la. Puas hati. Siap2 makan ambik gambar pulak. Next!! G next cyc coron youth club. 140 dah naik bot g sana. Dlm 15mins sampai. 240 setel. Next to green lagoon. 15mins. 30mins done. 332 naik boat balik. Next destination. Blue lagoon. Dekat jeee. 405 setel balik pulak. Penat berenang je. Dalam 5 camtu sampai balik hotel. Blh lah pengsan. Free and easy. Dalam 6 lebih kiteorg naik atas cambiasa dinner syarifah haha. Excitedly waiting for the next day!

Since ini island trip, memang kerjanya snorkeling, terjun, makan, tanning dan repeat. lol

22hb
Pukul 5 bangun dah solat subuh. Lepastu tak blh pejam mata dah. Malam dia panjang sangat. Pukul 6 dah naik atas untuk breakfast. Breakfast kat sini tak mewah mana lah. Sbb kiteorg book hotel ni w/o breakfast. Minum koi, atau milo secawan dah ok. Kalau yang tak tahan lapar tu, bawak lah makanan lebih2 sikit. Supaya tak kebuluran. Alhamdulillah aku masih mampu tahan. So macam biasa, bersiap dan pukul 8-830 ada org akan dtg pick up.
840 dah naik boat. First baracuda lake. 850 sampai atas bot. Pukul 9 kiteorg pun gerak ke first destination. 20-25mins untuk sampai. 925 sampai baracuda lake. Nak sampai lake tu kena naik anak tangga dalam 46 gak lah kot. Tak penat sangat. Enjoy the view la orang kata. Sejam kat sini. Dalam 1030 dah naik bot balik. On time. Next destination. Twin lagoon! 10-15mins untuk sampai. 1050 kiteorg sampai. Terjun lagi. 1145 naik bot. Ready for lunch! Pukul 12 baru bot ni start bergerak. Tapi tah apesal tah dgn bot ni. 1220 baru gerak betul2 untuk lunch. 1230 sampai next beach. Smith’s beach. 140 naik bot. Ke next destination. Skeleton wreck. 10mins away. 150 sampai! Dalam 230 naik balik bot. Nak gerak last checkpoint. Reef garden. Dekat je. 240 pun kiteorg gerak. 330 kiteorg naik dari last checkpoint. Balik semula ke tempat dari mana datang. Lol last checkpoint sumpah lawa gila weh. Banyak coral and ikan. Sumpah cantik reef garden stop ni. Jauh siot nak sampai tempat naik tadi. Dekat setengah jam gak. Sampai bilik mandi basuh baju solat. Pastu rehat jap. Pukul 530 kiteorg keluar balik round town survey souvenir. Pukul 7 balik hotel balik.
Makan. Then free and easy.

23hb
830 start ke jetty. Hari ni lambat pulak. Pukul 9 tak naik boat lagi. Sampai jetty dah awal dahh. Pukul 910 baru dia assign boat. Hari ni ada 3 checkpoint. Pukul 940 baru start gerak. Zzz mungkin murah kot pakej yg kiteorg bayar ni. 1200p. First checkpint bulog. Agak jauh dari jetty sebenarnya. Pukul 1045 pun tak sampai lagi weh. 1140 kiteorg naik balik. Kat point ni tak mandi pun. Ambil gambar je. View lawa nak mati. Then kiteorg gerak ke next destination. 1145 gerak. Banana island. 1230 setel makan. Cambiasa la lauk2 nya. Lol. Pukul 1 kiteorg pun naik bot. Pukul 3 kiteorg blah dari last checkpoint. Malcapuya island. The end of our tour c. The end of our island trip also. The view, MasyaAllah so beautiful. Aku tak sampai hati nak kelip mata pun. 450 sampai hotel balik. Pukul 6 keluar balik. Nak pergi hot spring. Kenapa nak sangat pergi hot spring ni? Sbb ada dua je dlm dunia salt water hot spring ni. Satu dekat filipina ni satu dekat iceland. 6 orang naik satu tri cycle return 600p. Dalam 20 mins nak sampai katanya. Tapi rasa macam setengah jam gak nak sampai. 640 sampai. Enjoyyy. Dalam 730 kiteorg keluar dari hot spring tu. Dapat rasa air panas je ok dah lah. Pukul 810 camtu sampai hotel. So mandi siap apa semua, makan!! Then free and easy. Pukul 12 tido after kemas2.

24hb
Pukul 5 dah bangun. Solat siap2. Pukul 7 van pick up untuk g airport. Apa yang aku perasan, banyak gila orang England dekat sini. Malaysian nan hado. Memang tak jumpa. So sini makanan je lah yg susah. Tak muslim friendly. Tapi islam tu tak susah. So be flexible je. Yang penting niat and how to handle the situation. Dalam 715 dah ada van standby untuk pick up kiteorg (group 1&2) g airport. 150p sorang. Nak ke airport ni view dia cantik hijau2. Tapi jalan dia nauzubillah macam jalan tak siap. So enjoy the view je lah. Sampai airport. Tunggu dekat 45mins gak. 830 kiteorg check in baggage apa semua. Air siap2 la minum. Tak lepas pulak. Yang dari manila ke sini lepas je. Zz. Flight kiteorg 925. Sediakan airport fee 100p. Dan menunggu la flight kiteorg. 940 masuk plane. Yayy window seat. Flight Coron ke Manila dalam sejam lebih kurang je. Dalam 11 kiteorg touch down manila.
1130 setel ambik beg apa semua. Waiting game lagi sekali. Tunggu group 2 (kak ira, fuad) touchdown pulak. Pukul 1 sampai hotel.

Dah pukul 2 hotel tak setel lagi. Nak jadi cerita hotel yg kiteorg book ni rupanya under maintenance. So ada floor yg tak available. Jadinya hotel ni nak transferkan kiteorg ke hotel lain. Tapi mula2 hotel lain tu jauh dari airport and rating sikit nak mati. Memang tak lah! Kiteorg bising2 suruh cari hotel lain. And akhirnya dorang bagi satu hotel ni. Vive hotel. Kiteorg tengok review pun cam ok. So proceed je lah. Rupanya hometown hotel makati edsa ni memang tgh under maintenance. Dia explain ada bilik yg short circuit. Siap terbakar lagi cadar katil. Lol so dorang terpaksa refund customer tu and pindahkan ke hotel2 lain. So hotel yg Vive hotel ni, jauh jugak dari airport. Tapi tak pe lah. Keluar awal lah ahad nanti. Dah la tengah kebulur sekarang ni. Pagi tadi breakfast milo je weh. Pukul 250 baru dapat transfer. Hotel tu book kan grab apa semua. 7km je pun tapi 36mins nak sampai. Dehel manila. 3 setengah weh baru sampai hotel tu. Pening kepala. Jammed teruk sini. Hampir pukul 4 baru masuk bilik. Drop beg, solat, pukul 430 keluar balik. Makan makanan arab ke turki camtu. Hentam je lah walaupun satu meal rm20 dekat rm30. Lepas makan kiteorg round dalam mall tu. SM mall. Habis beli tah apa2, coklat snacks tu semua, kiteorg pun keluar cari grab. Lbh kurang pukul 7 camtulah. Dah letih hari ni. Letih menunggu je. 745 baru dapat uber. Grab mmg takde. Tgh peak hour. Banyak driver tak available. Dah la jammed nak mati. Pukul 8 baru sampai weh. Then free and easy. Malam ni mmg flat habis. Aku sampi, lepak jap, solat then terus tidur.

25hb
Pukul 5 lebih baru nak solat subuh. Tak larat betul. Penat badan dah. Then tidur balik. Pukul 7 aku terjaga. Dah tak boleh tidur. Hari ni mmg plan nak relaks2 je. So we’ve decided to go for shopping! Yass fav activity. Haha. Pagi ni breakfast sharifah. Nasib baik ada lagi satu. Blh lah buat sarapan. Last makan malam semalam la pukul 6 lebih tu. Pukul 9 get ready. Nak keluar pukul 10. Traffic mmg gak payah cakap. Jamed nak mampus kat sini. Sampai je sm mall tu kiteorg lunch dulu. Makanan indo. Dah makan kiteorg masuk mall cari kedai kultura. Fahmi baca kedai kultura tu kedai best untuk cari souvenir. Memang betul. Kedai tu besar nak mampus and rambang mata nak pilih beli apa tau. Aku hbis 2200p dekat sana. Lol. Lepas habis shopping kiteorg decide nak pergi greenhills. 245 kiteorg cari grab. And nak pergi sana mmg hampir sejam weh 
Tak jauh sebenarnya. Tapi jammed. Jalan sesak nak mati. So dlm pukul 350 kiteorg sampai greenhills. Round2 dalam ni. Cari apa boleh beli lagi. Jumpa la set of keychain. 50p per pieces. Ada byk muslims jugak kat sini. Jual pearls. Jual souvenir tu semua. Lepas tu baru sedar gitu gini dah nak pukul 5. Tak solat lagi. So kiteorg pun cari masjid. Tanya dgn orang muslim yg ada. Dorang kata ada masjid. Kedai makanan halal pun ada dekat area masjid tu. Kiteorg pun gerak la pergi masjid. Tanya guard mana masjid. Alhamdulillah jumpa. Pukul 510 setel solat. Keluar cari makan pulak. Kiteorg mmg cari ayam. Lol kedai area masjid semua makanan dah habis. Dan nampak sendu. Gagahkan diri pergi naik floor atas sbb seller tu kata ada kedai halal kat atas. Rupanya dia mcm foodcourt. Ada dua pilihan. Kiteorg makan kedai inasal pebende tah. Hentam je lah. Dah lapar. Dah makan kiteorg nak cari benda2 manis pulak. Lol. Pergi mcd je lah. 10p je siot sundae cone dia. Ohh sebelum tu, terbampak sale bodyshop. Ada duit lebih, aku beli la moisturizer. 50% off weh. Haha. Kebetulan masa nak pergi ke mcd jumpa goldilocks branch. Ada org kata beli polvoron. Ada cop halal, jgn risau. Apa lagi. Membeli lah. Sekarang azab nak cari grab pulak. Lepas setengah jam baru dapat grab. Nak balik hotel. Dekat je pun. 5km. Tapi ambil masa setengah jam siot. Lepas setengah jam, baru lah sampai. Start packing untuk balik. Kemas beg ni la paling lemah. Zz lepastu tidur lah! Sebab plan esok pukul 4 pagi nak keluar. Flight pukul 7pagi.

26hb
Flight kiteorg pukul 7am. So kiteorg decide nak gerak airport dalam pukul 4am. Sekali masa nak check out, kiteorg diberitahu ada balance nak kena bayar. 3k plus peso. Kepala dia. Memang mengamuk lah kiteorang. Duit semua dah habis okay masa shopping. Cukup untuk bayar grab nak ke aiport je. Bincang punya bincang, suruh call hotel tu, selesai! Previous hotel yg patut selesaikan balance tu. So Alhamdulillah. Blur jugak bila hotel yg kiteorg duduk ni tanya sape yang selesaikan payment apa semua. Kiteorg pun mmg tak teringat nak ambik nama and contact no org tu. Cuma ada details nama hotel je. So receptionist hotel ni just call je hotel yg sebelum tu. Selesai. Kiteorg cepat2 cari grab. And jumpa. So group first gerak dulu dgn grab. Lepastu kiteorg. Dalam 440 kiteorg sampai airport terminal 2. Check in baggage apa semua. Selesai Alhamdulillah. Tunggu nak depart je. Oh kat sini, masa immigration check kena bukak kasut ok. So pakai la yang mudah2.
Pukul 7 suku camtu kiteorg pun take off. Kali ni rasa ada luck sikit. Sbb cabin crew ni announce yg meal kali ni certified halal. Alhamdulillah. 830 dorg distribute meal. Makan sampai licin la weh cite dia. Tanpa ragu2. Kenyang breakfast hari ni. K sambung tidur. ETA will be at 1130am KL time. Pukul 11 dah approach for landing. Wohooo. And yess, Alhamdulillah kiteorang touchdown dalam 11 lbh camtu. Setel baggage apa semua. And dekat tempat claim baggage aku said goodbye to all of them. Sorry apa semua. Aku blahhh. Adik aku pick up dalam pukul 12 lebih. Pukul 5 kiteorg pun sampai Melaka. Alhamdulillah juga cuaca sangat baik sepanjang berada di Coron Island. Cuma ada hujan sikit sikit je masa dekat Manila. Tu pun waktu tidur. Alhamdulillah. Great experience. Great journey with amazing view.


Extra tips;
- make sure ada aqua shoes. Island dekat sini coral dia still terpelihara. Dan aqua shoes sangatlah berguna untuk mengelakkan kita dari terpijak benda tah apa2 kat dasar laut tu. So kaki kita ber cover lah.
- tak payah bawak gear, goggle tu. Buat berat beg. Sewa je kat sana. 1 hari 150p. Jamin ok dan berguna. Ikut luck. Kalau dapat yg tak best, nasib ah. Tapi biasanya semua equipment memang ok and terjaga.
- bawa makanan halal, instant food dari malaysia. Dekat coron mmg takde (kalau ada pun kiteorg yg tak jumpa) makanan halal. Kalau kuat makan, bawa la lebih2 sikit brahim, syarifah, megi, serunding, sambal kering ke atau apa2 instant dari malaysia.
- always ask before confirm anything. Dengan tri cycle driver, dengan tour guide, dengan boatman, dgn sape2 je la yg korang nak deal tu.
- siap2 ada app grab atau uber. Dekat manila, kadang2 berguna. Kalau peak hour guna je la train.
- dry bag kena ada. And make sure dry bag tu tak bocor lol
- always ambik nama, contact no, tanya details siap2 sebelum agree apa2. In case jadi apa2, boleh refer kat org tu as per agreement.
- please include buffer time for the domestic flight, atau senang cerita for transportation. Kena ambil kira risiko fligt delay, tak ada grab atau uber. Jadinya waiting time akan bertambah! For domestic flight, aku suggest ambil lah a day as buffer. Tak ada lah case terlepas flight ke apa. Kalau nak diikutkan, flight Manila - Coron aku memang dah ambil masa setengah hari. Dengan delay berapa jamnya. Kadang kadang sebab cuaca. So memang tak dapat dielakkan. Jadi plan your flight time properly okay.
- always check weather forecast! Ni sangat penting untuk island trip. Tak kisah lah nak ke mana. Kalau dah namanya island trip, cuaca merupakan faktor penting yang akan mempengaruhi trip tu ok.
- masa dekat Manila sama je dekat Malaysia. Cumanya waktu solat je lah yang berbeza. Awal berapa jam tah. Google lah siap siap waktu solat. Enjoy tu enjoy la jugak. Tuhan jangan lupa. hehe
- sediakan airpot fees untuk domestic flight ke Manila dari Coron tu. Jangan pulak kau habiskan terus peso dekat island. Nanti dekat Manila takkan nak guna daun kering belanja.
- siap siap lah activekan ATM international usage tu. In case kalau ada emergency.
- for souvenir, boleh belikan cookies Philippines. Nama dia Polvoron. Ada cop halal. Jangan risau. Kalau nanti balik Malaysia ada yang memekak tanya halal ke tak, kau sepuk je muka dia dengan kotak Polvoron tu.

---
Expenses for the whole trip!

Simcard 600
Grab airport hotel 116/4
Grab hotel fort santiago 95/4
Fort santiago 75
Grab light and museum 77/4
Lunch 440/6 fam
Grab mosque to hotel 70/4
Dinner 395/6
Grab gayyah to hotel 85/4
Grab hotel to terminal 4 airport 248/3
Van airport hotel 450/3
Hp cover 100p
Snorkelling equipment 150
Tour A 900 (6 points incl lunch)
Kelapa 50p/2
Tour B 1200 (5 points incl goggle towel lunch)
Kelapa 50p/2
Hotel ke kedai souvenir 90/6
Kedai souvenir 60/6
Magnet 60
Souvenir dgn ummi 1100 (ummi 400)
Magnet 70
Jetty ke hotel 90/6
Gear 150 x 3
Tour C 1200 (3 checkpoints incl lunch)
Jetty ke hotel after tour c 120/8
Return hotel hot spring - tri cycle 600/6
Hotspring 200p
Van hotel ke airport 150p
Airport fee 100p
Pringles dlm flight 50p
Airport to hotel makati 120p/5
Hotel to Beni’s Falafel (kedai makan) 132p/5
Makan beni’s falafel burger in pita + lemon tea 190p + 60p
Market 146.5
Grab market to hotel 164/5
Grab hotel to sm mall asia 323/4
Lunch martabak cafe 218
Kultura 2200
Sm mall to greenhil 241/4
Early dinner kat greenhills 83
Polvoron greenhills
Grab greenhills ke hotel 271/4
SevenE 200
Grab vive hotel ke airport terminal 263/4
Polvoron beli kat airport 180

totalkan lah sendiri haha.


---
Expenses at Coron Island only!
Highlight of the trip. So ini bajet paling cikai untuk semua activity dekat island.


- 900 tour A
- 150 gear goggle
- 1200 tour B
- 90 hotel ke souvenir shop
- 60 souvenir shop ke jetty market
- 90 jetty ke hotel
- 1200 tour C
- 150 gear
- 15 jetty to hotel
- 600p return hotel hot spring
- 200p hot spring
(Transportation expenses not included here. Refer expenses kat atas tu)

The end.
Till my next post!

Head to my Instagram @FadhilahMn for more picture of my trip. hehe

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License