14.9.16

Trip ke Siem Reap, Cambodia 4 Hari 3 Malam

Ini entry paling tak senonoh. Gonna make up everything, like everything bila ada free time okay. All the information below, semuanya copy paste terus daripada 'Notes' yang di catat semasa hari kejadian. So please ignore all the typing errors, small and capital letters and bahasa rojak tonggek penang sedapnya. Okay tiba tiba.

If you want to have more information, contact je la kita dekat twitter @FadhilahMn okay!!

Btw, I had the best tuk tuk driver in the world. Do contact me if you want their contact number. Hehe. Enjoyyyy.

----
Trip 4 hari 3 malam.
Info: Waktu siem reap 1 jam lambat. 
Hotel- angkor spirit hotel transport- bayar tuk2 10usd each. Patutnya 8usd je. Tapi baik hati. So bagi la tips.
Siem Reap - kl : 2jam

30/7
8 lebih - arrival. Beli sim card. 6usd. 1usd call + 5.5gb data OR 3usd call + 
6usd bahagi 2. 3usd.
9.30 - lepas check in, 10am gerak tonle sap.
10.30 - 20mins plus ke tonle sap. tiket tonle sap 10usd. Round tasik sejam setengah. Activity; Tgk view. Ambil gambar. Spot view cantik. One stop, cafe jual daging buaya/air kelapa. Gambar 1/10usd dont buy. 2 mintak 5usd
12 - gerak lunch.
2 - siap makan. 2.5usd je 😂 beli lauk dua tiga jenis kongsi 4 org makan air nasi putih free kenyang!!!
2 lbh - jalan market! Postcard 3 for 1usd. T shirt 2usd. Case 2 2usd. Seluar 2 usd
4 - ronda siem reap. Taking pic at kubur special. Beli tiket angkor wat for sunrise esok. Kaunter bukak pukul 4.45. Beratur cepat! 1 day pass 20usd.
5 lbh - otw balik. Tapau dinner. 0.75usd for coffee milk ice.
6 - sampai hotel. Solat. Makan. Mandi. Tido.

Day 1: total = 42.75

31/7
4am - bangun! Siap2 tunggu subuh.
5am - keluar hotel.
5.20 - masuk Angkor Wat.
6 setengah - habis tgk sunrise. Ambik gambar.
7 - breakfast. Nasi goreng ada beef muslim kitchen 3.5usd
8 - balik mandi siap2
9 - keluar g angkor wat balik. Tour temple.
10 - angkor wat tour guide 4usd each. Hindhu's god to buddha. After war. Round place called heaven, kings place around 45mins. Dress code.
12.30 - gerak bayon temple.
12.50 - sampi bayon temple.
1.20 - gerak next temple. Terrace of elephant - tangga kejayaan, victory gate - Takeo temple (5 tourist mati sbb tangga dia curam) 
1.40 - ta phrom temple.
2.25 - siap! Patutnya lebih lama tapi dah penat. Malas nak masuk2 temple dah. Next bantey kdei temple. (2.35 gerak). Srahsrong - tempat permaisuri mandi
3.40 - rasat kravan temple
4.10 - gerak balik hotel. Order makan.
7 - muslim kitchen. Makan. 3usd.
8 - hard rock cafe.
9 - fridge magnet 46ketul 11usd. Aku beli 10. So 2.5usd. Tshirt 2 helai 3 usd.
9.30 - foot massage 1jam/5usd. Duk minum air jap. 9.50 start.
10.50 - siap massage. Duk minum teh jap.
11.00 - balik hotel. Tido.

Day 2: total = 21usd

1/8
9.50 - turun breakfast.
10.20 - gerak ke war museum
10.40 - sampai. Beli tiket. 5usd sorang. Tour guide free.
12 - siap war museum.
12.20 - sampai. Senteurs d'angkor. Free demo. Beli la tea coffee candle massage oil craft lotion lip balm. Beli tea dgn coffee. 16usd
1.30 - gerak ke killing field.
1.50 - sampai killing field. Free.
2.20 - siap round. Next. Pegi cari lunch. 2.5usd nasi goreng beef.
3.30 - siap makan. Next destination.
3.35 - d artisan. Free. Tempat craft tangan. Batu, statue, wood craft, silk, painting Artisans Angkor. Cambodian fine arts and crafts.
4.20 - siap artisant.
Balik hotel. Rest.
7 - night market. Table cloth 6usd. Seluar 2 usd. Skirt 2.5usd. Dried mango 3usd
9 - makan. The siem Reap backpackers. Mihun goreng 2usd.

Day 3: Total = 39usd

Total = 112.75usd

Day 4
Bangun awal pagi pukul 5 lebih. Siap2 pack barang. Nak balik. Flight pukul 8.50am waktu siem reap.

Minyak kl-melaka rm40. Touch n go topup 50. Park dekat putrajaya central- rm26/2
Erl putrajaya-klia2 = 9.40 x 2

Maka pulang ke Melaka!!

--
Tips:
1) Do bargain with the seller! I mean, negotiate kurang sampai separuh harga or even lower! Hati kena kental.
2) Merayau dulu dua tiga tempat. Jangan terus nak beli je souvenir tu. In other words, survey la dulu.
3) Kedai makan muslim tak banyak. Tapi cukup untuk rasa dua tiga kedai berlainan untuk trip pendek macam 4 hari ni.
4) Pakai mask. Jalan dekat sana berdebu. Udara tak bersih. Senang dapat sakit. Sakit apa? Sakit tekak. Lol
5) Bawa botol air pergi masa temple tour. Takut mati kering sebab haus.
6) To be added haha



2.1.16

Pulau Perhentian as #preconvovacay

OMG. GOT A SUPER LONG POST THAT HAS BEEN DRAFTED OUT ABOUT A YEAR AGO. THIS 27th SEPTEMBER THIS POST SHOULD BE A YEAR AGO PUNYA ENTRY. LOL

UNEDITED AND POSTED (14th September 2016).
So, selamat mebaca kalaubada yang membaca.

---

Hallo.

This post is goin to be a loooooong post. But I'll make sure it will be useful for you. Tak banyak berguna pun, sikit pun jadi lah kot :P

Ok, lets start now.

So my friends and I planned this vacation masa study week or before or ok I don't really remember bila, but for sure vacation yang terakhir before we left UTP as an undergraduate studies. Lepas discuss on budget, availability, blablabla kiteorang pun decide to go to Pulau Perhentian! yay..

Semua booking, discussion dibuat masa study week and final exam tu. haha. So excited sampai kadang kadang hilang fokus untuk study. lol

We started our journey on 27 September 2015, petang. Since kiteorang ni dari merata tempat, semua decide untuk berkumpul dekat TBS je. So budak budak Melaka, Johor, gerak petang 27/9 tu untuk pergi TBS. Yang from Nilai, Shah Alam, Kajang, gerak lepas Maghrib. Yang from Penang, jumpa dekat Kuala Besut je nanti. Masa kiteorang nak keluar dari Tol Ayer Keroh, memang jammed teruk. Kiteorang terlupa gila yang tarikh tu dekat sangat dengan tarikh orang orang akan start balik rumah masing masing lepas hari raya haji. lol

So menghadap lah jammed tu dengan sabar.

Then, sampai TBS dalam pukul 9 lebih. Lepastu bas delay lah pulak. Dekat 2 jam jugak tunggu. So bas bergerak dalam pukul 11 lebih kalau tak silap. Tak ingat sangat. Before tidur aku siap siap telan panadol sebiji sebab dah rasa kepala nak start sakit. Lepas makan panadol, tidur la aku tak pedulikan orang lain. Seat pun single seat. So senang takde orang sebelah nak ganggu ke apa.

My advice, nak pergi vacay pun, jangan lupa sediakan ubat ubat apa yang patut. In case of emergency. Kawan aku siap sedikan ubat tahan muntah dengan mabuk laut lagi. haha


On the way to Kuala Besut, bas stop dekat RnR Gambang pukul 2 pagi. Aku tak turun pun. Baik aku tidur. Tapi aku rasa kawan kawan aku semua turun. haha

Lepastu waktu subuh, bas stop dekat masjid mana tah dekat area Kelantan. Aku tak ingat jugak. Mula mula kiteorang macam pelik apahal lah tetiba sampai Kelantan. Rupanya bas tu macam buat pusingan. Dia turunkan dulu siapa siapa yang nak turun dekat Kelantan tu. Lepastu, sambung balik perjalanan.

Dalam pukul 8 lebih kot sampai Kuala Besut. Masa tu memang semua office travel tour tu banyak yang tak bukak lagi. Pekan Kuala Besut tu pekan kecil je. So takde apa sangat pun. Lepak jap dalam 20 minit, kiteorang cari Wan yang datang dari Penang. Jalan jalan kejap cari kedai untuk breakfast. Alas perut lah dulu. Kebulur duduk lama dalam bas tu.

Lepas breakfast, kiteorang gerak pergi office tempat Fahmi booked package trip kiteorang ni. Tunggu jap kat situ. Pergi cuci muka, buat apa yang patut. Nak mandi sebenarnya kalau boleh. Tapi leceh pulak. Baik mandi nanti dekat pulau. Masa kiteorang lepak lepak tunggu bot, Pojan ni buat lah kawan dengan ada satu mamat German ni. Memang betul, smoker ni senang je nak buat kawan bila jumpa smoker lain. Lulz. Mamat German tu cerita problem dia. Dia sebenarnya baru dapat call daripada awek dia dari Thailand, bagitau yang awek dia tu pregnant. lol. Itu lawak okay. Dengan muka susah hati dia. hahaha Kiteorang gelak je lah.

So lepas lepak lepak tak sampai sejam, bot pun sampai. Aku tak ingat jugak la berapa lama dari jeti Kuala Besut tu nak ke Pulau Perhentian. Rasanya ada jugak kot dalam setengah jam. Kiteorang pergi Pulau Perhentian Kecil. Sesuai untuk backpackers. Masa survey2 pasal trip ni, ramai yang cadangkan pergi Pulau Perhentian Kecil kalau nak ber trip ala ala backpackers.


Dalam pukul 9 sampai la kiteorang dekat Pulau Perhentian Kecil tu. Lepastu kiteorang jalan la pergi cari chalet yang dah booking tu. Ingatkan dekat. Sekali jauh nokharom! Nak mengangkut beg lagi. Nasib baik aku takde nak kena seret luggage. Dah macam pergi hiking! Kena lalu jalan berbukit, dan berhutan sikit nak pergi chalet.



Sampai je chalet kiteorang kena tunggu pulak untuk check in pukul 12 sebab orang yang dalam bilik tu tak nak keluar pulak. Nak tidur lagi katanya. lol hek diaaaa..

So kiteorang pun pergi la round round dulu kawasan sekeliling. Luckily nak berjalan ke pantai tu tak jauh sangat. So senang hati lah. Lepas tunggu dalam setengah jam, baru kiteorang dapat masuk bilik! Fuhhh lega.

Then lepak2 je lah dalam bilik. Rehat kejap. Nap kejap. Lepas nap, terus siap2 nak pergi mandi pantai. wiwiwiwiw Time panas panas buta tu juga nak terjun laut. Tapi dah siap2 pakai protection la. Sunblock! Kau gile nak terjun laut panas terik tak pakai protection. Haha


Maka, ber riang lah kiteorang dalam laut tu.



Penat mandi laut, naik balik pantai mengunyah. Lepastu turun balik masuk air. Nak cakap, dekat sepanjang pantai tu ada pondok2 kecil dengan tikar yang disediakan. Kiteorang ingat free. Tapi rupanya kena bayar! haha. Bayar je lah. Harga2 keropok, jajan dekat situ memang mahal wei. Nasihat aku, bawak la bekal jajan atau makanan sebelum nak ke pulau tu. Kiteorang tak plan benda benda macam tu. So, membayar je la kalau mahal mana pun jajan tu sebab dah kebulur.




Lepak dekat Ombak Cafe dekat 4 jam kot. Order lah secara berterusan. Memula order air. Lepastu cake la. Lepastu makan. Order lagi air. haha.

Kalau naik bot ke jeti Kuala Besut pukul 12 pun apa je kiteorang nak buat dekat sana. So decide ambik bot pukul 4. Boleh lepak pulau tu lama sikit kan.

Gerak daripada Pulau Perhentian Kecil ke jeti Kuala Besut dalam pukul 4. Turun je dari jeti, terus pergi cari tiket ke TBS.  Nasib baik ada tiket bas. Seat yang last yang cukup2 untuk kiteorang.

Lepas dapat tiket, kiteorang round round lagi. Jalan kaki je lah. Pergi solat dulu. Then cari kedai yang ada jual keropok kering. Mak mak punya pesanan kan. Ikutkan je lah. Lepas solat pergi cari kedai makan. Lapar teruk. Order keropok lekor banyak gila! Sampai ber repeat order. haha.

Siap makan kiteorang gerak pergi surau terus. Siap siap solat Maghrib, jama' kan sekali dengan Isyak. Then terus gerak ke stesen bas. Tiket pukul 8 setengah. Sharp pukul 830 lah kiteorang naik bas.

Balik. Sampai TBS pukul 6 pagi. Tiket balik Melaka pukul 7 pagi.Pukul 8 setengah sampai plaza tol ayer Keroh. Sampai Melaka Sentral pukul 9. Abah jemput. The end of my #preconvovacay lah.





 


 











 








 



#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License