Hello dear blog.
Hello 2014. Hello.
Dah nak tengah bulan Januari 2014 baru aku munculkan diri hadap blog. Busy nak mampus. Busy dengan final exam. Semester yang final exam nya paling disaster dan hectic. Separuh mati nak lalui 5 hari dengan 6 papers straight. Hari last, dua paper dia kasi terus! Gila! Semester ni dah lah semua subjek membaca menghafal. Terbakar otak.
Tapi syukur. Dah habis dah pun. Macam semester semester lepas, aku dah buat sehabis baik yang aku mampu. Lepas tu, Dia lah yang tentukan segalanya. And of course, aku mengharap yang terbaik lah! Tak pun, maintain. Tu pun aku dah cukup bersyukur.
Yes, I've promised myself untuk review tahun 2013 yang aku dah hadap untuk bahan bacaan sendiri bebila nanti. So mari lah kita mulakan seisi perah kepala hotak ingat apa yang dah jadi sepanjang tahun 2013. Aku rasa macam banyak je yang aku tak ingat. Aku rasa lah. Aku rasa akan banyak benda jugak yang aku skip ni. Sebab sekarang hati aku tengah tak tentu. Tapi, takpe lah. Takpe.
Bismillah.
Januari 2013 - May 2013
Seingat aku, malam new year 2013, aku celebrate dengan favourite girls aku. Masa tu aku meroyan ke cemana tah tak dapat balik Melaka sebab macam tak sempat sebab dah study week masa tu. Tak ingat. So we had a short photoshoot session. Beli McD, beli props, setting semua sendiri. Bertiga je. haha. Tapi tu cerita dulu. hmmm
Then hadap lah final exam untuk semester September 2012. Habis kan first year. Alhamdulillah, everything was okay and result sem tu tak sesedih masa result first year first semester. hehe
After that, cuti 4 bulan pun start. Cuti yang paling semua orang tunggu! Excited habis! Gila ke tak excited? UTP mana penah bagi student cuti lama lama kecuali cuti 4 bulan tu. Mid sem break pun 4 hari je termasuk sabtu ahad. LOL gila. Sebab tu bila tiba turn kiteorang cuti 4 bulan, semua excited macam hape je. haha
So, kekonon nak hadap cuti 4 bulan, we've planned a vacation dengan the girls. Tapi kita ni plan je lah mampu. Tak sempat pun nak vacay bagai. Semua busy dengan life masing masing. Komitmen masing masing. What to do. While me, just stay at home jadi bibik. hiks. Macam biasa lah, abah mana bagi anak anak dia kerja. Katanya, masih mampu nak menanggung anak anak dia lagi. Haihhh. Tak faham. Kita ikutkan je lah. Tak nak memberontak.
13/1/13 - Mama bought me a present. Thank you ma!
13/1/13 - They came, and lifestyle aku berubah.
Ye, setahun yang lepas.
4 months, aku struggle. Tak sikit, tak banyak, memang hidup aku berubah. New me. New Fadhilah. Tak tipu, aku jumpa konfiden dalam diri aku. Susah betul nak explain in words. Cuma, aku rasa lah apa yang mula berubah dalam diri aku ni.
So, 4 bulan berlalu macam biasa. Rutin biasa. Bangun pagi, masak lunch untuk abah, kemas rumah, tunggu mama abah balik kerja, dengan benda benda biasa tu lah. Tak ada yang luar biasa. Sebenarnya bosan lah jugak. 4 bulan kot hari hari buat benda yang sama. Kalau beza pun, beza sikit je. Tak ada yang extreme sangat. Kawan kawan yang lain semua sibuk kerja cari duit, pergi bercuti bagai. Tapi takpe lah. Tu bahagian masing masing kata mama.
Cuti 4 bulan tamat. Back to university life.
May 2013 - September 2013
4 bulan yang ni aku boleh kata antara 4 bulan yang tough. Mana taknya. Dah 4 bulan aku duduk rumah cuti lepas tu kena balik duduk hostel balik. Homesick teruk bak hanggg. Baru je mama abah lepas hantar balik, terus melalak. Kisah pulak aku dah umur 20 tahun ke apa. Ada lah jugak dua minggu sekali aku blah balik Melaka. ngeh
Aku tak berapa ingat lah apa yang jadi 4 bulan ni. Tapi yang aku ingat, 4 bulan ni aku banyak makan hati, stress stress stress pastu nangis. Tu je lah keje aku. Masalah dengan manusia ni mana pernah selesai. Aku ingat semua okay je.
Kenangkan sebab kawan, sebab pernah makan budi je. Aku sabar je lah. Manusia mana pernah sempurna. Aku doa hari hari supaya Allah permudahkan semuanya. Supaya aku terus mampu hadap manusia manusia macam tu. Aku pun tak sure lah orang lain fikir aku cemana. Bila fikir pasal tu, aku terus fikir balik yang memang kita semua tak sempurna dan ada tabiat perangai masing masing. Kita kena terima.
Sampai satu point, aku memang betul betul tak tahan gila lah nak duduk dekat UTP tu. Aku rasa nak lari balik Melaka je. Sampai aku duduk diam berjam jam dalam kereta. Lepas fikir elok elok, aku sabar je lah. heh. Tu je lah yang mampu.
4 bulan ni, aku kena adapt dengan environment dengan new lifestyle aku. Totally aku ubah. Sakit jugak lah dengan orang sekeliling kekadang. Tapi aku buat tak layan je. Kau nak kata apa, kau punya pasal lah. Aku bahagia je dengan hidup aku.
Semester ni pun semua macam biasa je. Tak ada yang tak normal. Rutin sebagai normal student. Bangun pagi, pegi kelas, enjoy, weekend blah balik Melaka kalau free, lepas tu lepak sana sini. Ke aku yang tak ingat tah apa yang jadi semester ni. Aku tak sure.
Yang aku ingat, semester paling cibs sekali, semester ni lah. Baru aku kenal manusia tu macam mana. Serik. Aku memang janji pada diri aku sendiri, pegi mampus aku nak peduli lagi. Baik lah aku enjoy hidup aku dengan orang yang tahu appreciate aku.
Lepas tu, study week, exam week, sem break! Sem break yang seminggu tu. Takde apa jugak. Macam biasa. Tak ada holiday bagai dengan family sebab atuk sakit.
September 2013 - Januari 2014
Yes. The most mixed feelings 4 months I would say. Benar, yang penghujung selalunya menggembirakan dan aneh.
Penghujung September sangat menyedihkan. Aku hilang abang sepupu aku sebab accident. 20/9/2013. Memang tak sangka gila. Small accident yang lead to death. Masa tu aku tengah sem break lah. Syukur aku memang tengah ada dekat Melaka. Aku ada dengan arwah masa dia tenat dekat emergency ward, masa dia dekat ICU. Arwah accident pagi khamis, pukul 2 pagi hari jumaat, dia pergi. Memang doktor dah cakap awal awal tak ada harapan. Aku memang akan ingat moment tu sampai bila bila. Tenang lah kau di sana. Kami yang ada ni, sentiasa doakan kau ditempatkan dalam kalangan anak anak yang soleh. Al-Fatihah.
I cried when I read this. |
25/9/2013 - Abah bought me a present! Yayy me! Actually I don't remember the exact date. Tapi awal awal semester lah. hmmm
Then, semua macam biasa. Sampai 8/10/2013. 16/11/2013.
Ehem. hmmm
Banyak jugak event aku join semester ni. Ada ah dalam tiga ke empat event. Tu banyak lah jugak kan. heh. So busy lah. Met new people! Yang hmm ubah hmm... Forget about it. Macam awal entri ni aku cakap, semester ni macam payah sikit bagi aku. Semua subjek membaca. No programming at all. Tak ada coding! Aku wonder mampu ke aku survive semester ni. Semester ni macam relaks semacam tahu tak. Kelas manjang cancel. Kelas manjang tak ada. Kat situ aku dah rasa lost. Tak suka betul. Tapi semester ni, asal hujung minggu je memang busy. Busy dengan event lah. Malam, sibuk meeting. hmm
Semester ni semua orang busy nak dapatkan placement untuk intern. Termasuklah aku! LOL. Tak sangka betul kejap je dah nak pergi intern. Aku memang target nak intern dekat Melaka je, and buat kerja yang aku suka. Tak kisah lah pun berapa elaun aku dapat. Alhamdulillah. Dapat dua offer. Pening jugak nak pilih yang mana walaupun dua je. Hek eleh, dah memang ak apply dua tempat tu je pun. lol. Lepas jumpa lecturer, tanya mama abah, okay. Setel. Takde lah gempak mana tempat aku intern tu. haha. Tapi aku tetap bersyukur, sebelum study week, aku dah setelkan semua pasal intern ni.
Ohh semester ni aku rasa lecturer paling best mesti lah Dr Bob and Sir Radzi. Dua lecturer ni sangat sangat sangat inspiring. Sebelum sebelum ni semua lecturer aku rasa biasa je. hahahaha. Takde perasaan. Tapi serius lah, semester ni dua orang lecturer ni kemain best. Apesal tah. Lagi lagi Sir Radzi tu. Every word yang keluar dari mulut dia, aku rasa macam emas. Berguna untuk difikirkan. Walaupun aku tak berapa minat Marketing tu sebab aku malas nak membaca, malas nak fikir. hmmm
Celebrating my girls' birthday. Banyak sangat moment best. Banyak. Nak cerita ups and down pasal moment ni semua memang panjang.
Thennnn, masa berlalu ke bulan November, Disember. Dua bulan yang aku rasa....... Eh aku tak tahu nak kata macam mana. Pelik. Sebab aku tak pernah rasa 'rasa' itu. Macam orang gila pun ye. Kalau orang tanya kenapa, macam mana, aku tak ada jawapan! Sumpah! Sumpah tak tahu. Haihhh
Aku ada rutin baru hari hari. Rutin yang boleh buat sepanjang hari aku gembira tahu tak. Rutin yang buat aku fikir, alah semua benda boleh setel. Alah, test je pun. Alah kuiz biasa je pun. Alah, manusia memang macam tu. Banyak benda berubah jugak. Perubahan yang aku rasa bagus, dengan tak bagus. Aku sedar je semua tu. But, I just can't help it. Aku tak tahu nak buat apa. Aku go with the flow je. Banyak jugak lah aku rasa benda ni affect aku punya fokus. Sighhh. Hanyut lah lebih kurang. Haha. Tapi, tak lemas lagi. So okay lah tu kan. Hahahahaha
Semester ni jugak aku rasa paling kurang kerap aku balik Melaka. Mana pernah aku genap sebulan tak balik melaka. Paling lama aku stay dekat UTP tu biasanya 2minggu lebih lepas tu lantak apa nak jadi aku mesti balik rumah. Tapi this time, aku tak rasa apa apa bila tak balik rumah. Memang rindu mama abah. Tapi mampu call je lah. Takde pulak nangis nangis nak balik. lol sangat kau nak nangis nangis. huh
Dua bulan terakhir, aku appreciate sangat apa yang ada disekeliling aku. Kawan kawan. Setiap moment aku dengan semua orang, aku hargai sangat sangat. Makin nak ke penghujung, makin bondingnya jadi strong. Sounds macam nak mati je, but who cares. 8 months tu lama ok! Lama! Hampir setahun. Dan ada sebab lain jugak aku sangat hargai 1 month terakhir ni. Because this will be the last. Kenapa perlu bermula bila dah ke penghujung. Oh god whyy. Sighhh
The most favourite spot in V3C-F2-4 |
Everytime I wake up, this view is what I'm getting excited about. |
Payah lah nak cerita. Too public. That feeling is weird. Too weird.
Tapi aku perempuan. Aku duduk diam je lah. lol. Siapa lah aku ni. Everyday, that feeling, terus grow and grow. Kesian aku. SS je mampu. heh
Disember 2013 sangat gembira. Berakhir dengan gembira. Blessed. A day to be remembered happened in December. Thank you people :)
Januari 2014
New year 2014, aku celebrate dengan housemate. Makan makan. Bonding session. I love them.
Then, study week. Exam week. As I said earlier, semester ni dugaan dia lain sikit. Pelik. Aneh. Hahaha. Susah gila aku nak fokus sebab asyik jk je kerja. Dengan nak menghafal facts, theory bagai lagi, dengan asyik susah nak fokus. Fuhhhh. Tapi aku buat tak layan je lah jk bagai tu. Gila. Kalau tak, lingkup lah semester aku kali ni.
Aku punya jk sampai aku rasa numb bila dah habis final exam. Aku rasa kosong. Bengap. Takde perasaan betul. Heartless. Aku tak excited nak start intern. Aku boleh sedih semester ni dah habis. Aku keep on counting. Kalau boleh aku nak masa tu stop. Sampai macam tu sekali weh. Tapi aku tak nak lah hold final exam tu. Gila tak nak habiskan exam. Aku nak final exam habis tapi semester tak habis? Boleh? lulz
Tapi mana lah boleh tu semua kan. Hidup memang kena diteruskan. hehs.
But I'm glad, towards the end, I have that chance. Feeling blessed. Sekurang kurangnya, merasa. Sekurang kurangnya. Tak ape lah. Kalau macam tu je. Aku okay. Aku okay.
11/1/2013 3:40PM - New chapter begins. I left my......
- end -
2013 is just so colourful. 2013 teach me a lot. 2013 aku belajar, jangan mudah percaya orang. Dan aku masih belajar tentang itu. 2013 I can say that I lost one of my favourite friend. Aku wonder kenapa jadi macam tu dan di penghujung aku dapat jawapan nya. Frust jugak lah bila dapat tahu hanya sebab itu. Walaupun aku tak dengar sendiri apa yang keluar dari mulut dia, aku boleh nampak apa yang jadi. Mungkin mata hati dia dah buta agaknya. Aku tak boleh nak buat apa. Aku terpaksa let go dia. Move on. Aku cuma harap, dia mampu survive dengan sikap 'touch-n-go' dia. Good luck. Memang. People do come and go. Dan aku terima.
Yang penting, 2013 for real buat aku sedar yang nothing is impossible! Nothing! Yang penting work hard and have faith. Aku tak pasang apa apa azam. Aku cuma nak create a better version of myself. Lebih baik daripada yang 2013 semestinya!
2014, aku harap yang baik baik saja. Aku menanti....
13/1/2014
13/1/2014
No comments:
Post a Comment