Assalamualaikum. Hai.
Sedihnya hati aku bila tengok berita tentang tempat tempat dekat Sabah ni - Lahad Datu, Sandakan, Kunak, Semporna etc. Bila tengok berita, keluar cerita tentang majlis pengebumian perwira negara kita, lagilah aku sedih. Lihat keluarga yang sedih, menangis kenangkan orang tersayang dorang yang terkorban. Aaaaaa sedihnya aku rasa. Boleh termenangis. Kekadang memang ter menangis pun.
Kita berdoa saja supaya Malaysia terus aman dan semua rakyat Malaysia yang anggota polis dan tentera tu akan selamat juga ok.
DOA BUATMU PERWIRA NEGARABismillahirrahmanirrahim--Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.Ameen Ya ALLAH
source; Facebook Polis Diraja Malaysia
Mungkin sedikit sumbangan kita mampu meringankan beban buat keluarga perwira kita yang dah terkorban. Kalau seorang bagi RM1, bila ada 1000 orang yang derma, dah ada RM1000.
SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PERWIRA TERKORBAN MELALUI TABUNG KEBAJIKAN PDRM --Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban/cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah. Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM, Nombor Akaun Maybank: 564100004646 atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my atau fak: 03-26912501.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.
PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban.
source; Facebook Polis Diraja Malaysia
2 comments:
InsyaAllah mereka akan menang di sana.
InsyaAllah.
Post a Comment