Assalamualaikum. Hai.
Tak ada apa benda sangat yang aku nak cerita ni. Cuma aku terasa nak kongsi doa yang aku jumpa ni. Alah, kan dekat facebook selalu ramai orang share macam macam. Kita sebagai pembaca yang ada otak, ada akal, kena lah pandai pilih ilmu mana (ilmu yang baik) yang perlu kita tahu. Segala yang tak baik tu, buat dek je sudah. Jangan mudah terpengaruh ok.
Macam tak biasa pulak masa sekolah kan cikgu duk suruh kita buat karangan atau essay suruh bincangkan kebaikan atau keburukan media sosial ni. Dah besar panjang, pandai pandai lah fikir.
Nyioh. Rasa banyak lah pulak aku mebebel. Doa ni untuk rujukan aku jugak sebagai perempuan. hehe. Dah alang alang tu aku share je lah dekat blog ni. Pada sesiapa yang tak tau, sila lah ambil tahu. Pada sesiapa yang dah tahu, amalkan je lah doa ni. Mudah mudahan Allah melindungi kita sebagai perempuan.
Source : Facebook |
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih ) - zaharuddin.net
Sambil sambil baca doa ni, tolong laaaa semua semua perempuan jaga diri sendiri. Maksud aku, kalau setakat baca doa ni siang malam pagi petang tapi tetap pakai baju skirt kain seluar macam tak cukup kain, tak guna jugak. Dalam erti kata lain, cuba pakai baju sopan sikit. ehek ehek.
Lebih elok kalau kita pakai pakaian yang sopan disertakan sekali dengan doa ni. Aku tak maksudkan baca doa ni korang boleh pakai seksi seksi tu tau, haha. Kita pun kena berusaha juga di samping berdoa kepada Allah. Kan memula kita kena usaha. Lepas tu doa. Lepas tu tawakal. Haaa macam tu lah.
Tapi terpulang lah kepada masing masing kan. Kita sebagai saudara islam hanya mampu ingat ingatkan antara satu sama lain. Nak ikut ke tak nak tu hak individu masing masing. Mana boleh paksa paksa orang kan. Hmm
Panjang panjang kan lah doa ni pada kakak atau adik perempuan atau mak atau mak cik atau kawan perempuan atau siapa siapa pun je lah.

Semoga kita semua sebagai perempuan terus dilindungi Allah. Ameen.
No comments:
Post a Comment