Israel Aku Datang | TAK KELAKAR PUN LAH! #PrayForGaza | Blog BudakFadhilah

20.11.12

Israel Aku Datang | TAK KELAKAR PUN LAH! #PrayForGaza

Assalamualaikum.

Hari ni kelas sepatutnya penuh, tapi dua kelas cancel sebab lecturer takde. Boleh study sikit untuk test esok.

Kenapa boleh tiba tiba aku post entry tengah tengah minggu siang siang hari macam ni? Sebab aku rasa macam terbakar gila bila tau benda ni. Mana pergi sifat kemanusiaan orang yang buat benda ni? Ya Allah. Permainkan kematian ni sumpah macam perkara yang tak masuk akal untuk buat bahan lawak bagai semua.

Aku sampai bilik terus tengok timeline. Nampak status Beto Kusyairy yang kawan aku retweet. Curious lah aku nak tahu ape benda kan. Pegi lah bukak profile dia. Stalk punya stalk nampak tweet tweet dia yang macamni.

 


Ok, pelik. Search punya search jumpa poster ni.

 

And I was like, ni nak buat bahan bahan lawak ke apa ni? Daripada beberapa hari lepas aku nampak je orang duk main mainkan pasal Gaza, boikot ni semua. Tweet suruh Israel datang serang Malaysia lah. Itu lah, ini lah. What the... kau nak sangat ke kena serang serang bagai ni?

Poster sebenar filem Istanbul Aku Datang
Bila kenangkan kalau Malaysia yang... mana kita nak lari. Tak sanggup fikir yang bukan bukan sebab takut sangat. Kesian saudara Islam kita yang kena hadapi dugaan ni semua. Aku bersyukur yang Malaysia masih aman. Tak ada lagi perang perang jatuhkan bom ni semua.

Kalau kata nak melawak, jangan jadi serius sangat, SEBENARNYA TU SEMUA TAK LAWAK PUN. Ini bukan masanya kita nak permainkan benda benda ni. Hal kematian. Hal kesengsaraan saudara Islam kita dekat sana.


Apa je lah yang kita mampu buat sangat. Berdoa untuk mereka, hulurkan derma setakat yang mampu boleh lah. Perasaan ni sarat dengan rasa simpati. Tengok gambar gambar mayat anak kecil, orang merintih, darah sana sini, kemusnahan, meremang bulu roma aku. Boikot? Isu boikot ni memang dah lama dalam timelinie aku. Aku perhatikan je lah. Sebab nak mencelah aku takut. Sebab aku pun bukan bagus sangat.

Pada aku, untuk isu boikot boikot ni, mana yang kita mampu elak, kita elakkan lah. Jangan lah pandang serong dengan orang yang tak-berapa-nak-sangat boikot McD tu. Lepas tu kalau yang tak boikot tu tak payah lah nak pergi main mainkan dorang yang berusaha nak elakkan diri dari consume barang barang Israel tu. Sebenarnya aku baru makan McD dua hari lepas. Tapi tu lah, yang penting niat. Berbalik kepada niat walau apa pun.

Ah sedihnya aku. Aku pun hanya mampu berdoa je. Semoga semuanya cepat berakhir #PrayForGaza


Doakan esok aku boleh buat test Business Accounting tu.

3 comments:

Honey Lalala said... Reply to this comment

xpatot2..

akak de wat GA! adik nk join?

klik sini yea :) http://honeylalala.blogspot.com/2012/11/jom-join-giveawaykomen-oh-komen.html

hahazirahas said... Reply to this comment

sehari seblum kecoh psl gaza kena serang tu, sy pun bru mkn mcD. wktu tu rse cam brsalah jgk kan tp nak wat cmne.

apa yg mmpu kita boikot, kita buatlah. tapi nak boikot sume mmg susah sikitlah kan sbb produk2 israel cam nestle tu dah jadi mcm mknan ruji rakyat malaysia contohnya milo ngan maggie. tapi tak sure jugak lah, org ckp. hurmmmm~~~

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

betul tu. apa yg mampu kita elakkan lah. yang penting niat :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License