29.6.12

Selamat Pengantin Baru kak @irinenadia

 

Selamat Pengantin Baru buat kak Irine dan pasangan.
Semoga kekal sampai ke syurga :)

Dengar kata majlis nikah malam ni lepas maghrib. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Rasa ralat kot tak dapat pergi majlis tu esok sebab UTP tengah sibuk dengan test, quiz dan assignment sebab minggu depan hari khamis dah mula cuti mid semester. lahaaiii. Dah tu kebetulan pulak family memang takde kat Melaka hujung minggu ni sebab pergi bercuti. double lahaiiii. Kalau tak serius memang nak pergi. Berapa tahun kenal, tapi tak pernah jumpa. Kalau tak, boleh jumpa dibahh, kak mira, kak hanny nadia, yang penting kak irine.

Takde rezeki nak jumpa. Simpan je lah kad jemputan kak Irine tu sebagai kenangan. isk.

-dua test minggu depan, mid sem break, and wohooooo.

14.6.12

Apabila bekerja berkumpulan.

Assalamualaikum.

Rasa macam lama gila dah tak menaip panjang. Bukan sengaja tapi memang busy. Kalau ada masa pun, rasa macam lagi best layan movie atau drama Korea. Lahaiii, mana pergi minat nak menaip dulu. Entah lah. Mungkin sebab terlalu penat sampai tak mampu nak generate perkataan untuk blog ni.

Alhamdulillah, Foundation year sudah complete. hoyeahhhhh,

 

Setahun duduk universiti, dah merasa macam macam. Tapi ada macam macam lagi yang belum dirasa sebenarnya. Mungkin dalam tempoh tiga tahun setengah yang akan datang. Siapa tau :)

Sebenarnya nak kongsi pasal bekerja berkumpulan ni. Aku rasa macam semua orang mesti pernah kena bekerja dalam group. Plaing koman pun secara berdua. Kalau tak pernah, weh kau duduk dalam hutan ke apa? isk

Yes, bekerja secara berkumpulan ni lah yang membuatkan kita lebih mengenali seseorang. Sebab masa kerja dalam group ni lah, lagi lagi bila nak dekat dengan dateline, haaa keluar lah perangai memasing. Ada yang stress kejadah, ada yang baru nak cari info, ada yang baru nak tengok soalan pon ada okay !

Aku dah merasa kerja dengan macam macam jenis orang. Setahun dekat uni, aku dah try kerja dengan lain lain orang. Yang mana aku selesa, mungkin ada lah dua tiga kali satu group dengan mereka. Yang mana emm emm, sekali tu je lah aku kerja sama. Kalau boleh tak mau lah lagi ye. Kesian dekat diri aku.

Bila kena kerja group ni, masing masing kenalah bertolak ansur. Jangan memasing nak ikut kepala memasing je. Fikir dua tiga kali apa yang orang lain cakapkan. Tak semestinya apa idea kita tu betul dan hebat. Kan lagi mudah kalau kita gabung idea, atau fikir sesama untuk selesaikan masalah instead of duduk sorang diri pergi nak selesaikan problem tu sensorang. kesian

Bila kena kerja dalam group, atau secara berdua, aku selalunya ;
  • selesaikan part aku.
  • agak agak tak boleh blah dengan ahli group, aku buat bodoh. pastu aku maki hamun sensorang. kesian.
  • mana yang aku mampu nak tolong tu, aku tolong lah.
  • bagi idea boleh lah, tapi kalau sampai nak kene siapkan, sorry. tu part kau.
  • lagi suka duduk sesama dengan ahli kumpulan bila nak selesaikan kerja tu.
  • kalau agak agak ada rasa salah faham tu, cecepat betulkan apa yang dah salah faham tu.
  • kalau sampai kena stay up, aku akan stay up untuk selesaikan kerja.
  • selalunya aku akan tanyalah partner atau ahli group cemana dengan keje dorang.
Paling yang aku tak boleh blah setakat ni, kalau semua benda yang dia buat je betul atau bagus. Orang lain punya tak bagus. Jangan lah macam tu. Aku pernah, part aku memang semua dah selesai. Bila hand in dekat orang yang buat finishing, habis semua dia tukar. Last last SALAH !! Memang bengang lah kan. Tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi.


Kalau korang dapat tau ada ahli korang yang perangai macam tu, jangan lah bagi dia buat finishing eh. Bagi je kat orang lain. Aku boleh jamin yang dia akan tukar ikut kepala dia jugak. Lahaiiii

Pada aku, untuk pastikan kerja partner/group ni nak berjaya, kita semua kena ;
  • sepakat dan bersatu hati.
  • bertolak ansur.
  • bagi kerjasama bila di ajak berbincang.
  • bertanggungjawab/amanah.
  • kurangkan ego/jangan keras kepala sangat.
  • tak payah lah asyik nak moody/emoshit je.
  • bersungguh sungguh.
Alah, sebenarnya banyak je lagi. Tapi aku mampu fikir tu je buat masa sekarang. Kita kene ingat yang kita akan bekerja dengan macam macam orang. So, kita tak boleh lah nak ikut perasaan sendiri sangat sebab nanti orang pun meluat nak bekerja dengan kita.

Jangan lah asyik bekerja dengan orang yang sama je. Cuba kerja dengan banyak banyak orang. Yang paling penting, tak payah lah nak pilih orang sangat untuk jadi ahli group kau. Mentang mentang lah dia tu selalu lecturer puji, exam/quiz markah semua tinggi, kau kemain nak satu group dengan dia. Dah tu orang yang biasa biasa ni je sape je yang nak satu group dengan dorang. hehs

Apa yang penting ? KERJASAMA !!

9.6.12

#MakeWeekend at #UTP




Makeweekends are intensive programmes designed to help people make “first steps” in building cool projects, social enterprises, and new lines of business by bringing together people from design, business, and programming backgrounds. Over the weekend, interdisciplinary teams including students and professionals work together on concepts and hash your ideas out into working prototypes.

The programme is the idea environment for people to take the crucial first steps in building their enterprise by starting with quickly building a product (or service) and planning it its future growth in an action-oriented atmosphere.

There will be three awards that will be given out

1. State innovation award (winning group gets a trip to KL for the Anugerah C1PTA and stands a chance to be recognized by the prime minister)
2. Best prototype award
3. People's choice award

For all three awards, winners will receive certificates of achievement and plaques, and all participants will receive certificates of participation. They will also have the chance to network with industry professionals and gain valuable experience and insight.

The details of the event is as follows:

Date: 22,23 & 24th June 2012 (Friday, Saturday & Sunday)
Time : 8 am - 6pm
Venue: Seminar Room 4,5 & 6, Undercroft, Universiti Teknologi Petronas



6.6.12

Wordless Wednesday (27) Bertukarrrrr

 

Change your thoughts and you'll change your world.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License