Assalamualaikum.
Pheww, penatnya bukan main lagi minggu minggu akhir semester ni. Less than three weeks dah nak final exam. Penat dia jangan cakap. Test, presentation lagi. Dua minggu terakhir sebelum mula study week ni kan, semua lecturer pun berposak nak buat test. Test dua pulak. Masa tengah tengah semester, sibuk dengan test 1.
Bayangkan je lah hari ni, dua test untuk dua subject, straight tanpa break selama 4 jam. Nasib baik waras lagi ni haaa. Kenapa siapkan test yang pertama laju laju lepas tu pergi pulak test room dekat blok lain untuk test lain pulak.
Seminggu ni memang setiap malam pun kene tidur lewat untuk cuba revise balik notes sebab waktu siang dah sibuk main macam tak ingat dunia -.-' Lepas tu kena bangun pagi pulak untuk pergi kelas esoknya. Alahaii. Nak buat cemana kaaan.
Hujung minggu ni test coQ pulak. Minggu depan test untuk subjek lain, dengan lab test lagi. Lepas tu study week. Omo Omo. Lepas tu exam week. OHMAII, Lepas tu dah habis foundation. yayyyyyyyy. Eh, InsyaAllah lah kalau tak de kene repeat apa apa paper. Minta dijauhkan Ya Allah.
InsyaAllah lepas habis foundation, sambung degree pulak. Ahaaa, yang ni yang ni. Aku rasa macam nak keluar je UTP. Jauh ah Perak dengan Melaka. K, alasan nak tukar U sebab jarak Perak dengan Melaka tu memang tak masuk akal, tapi nak buat cemana. Tapi, abah dengan mama memang tak la kan nak bagi keluar UTP. Isk, kalau macam tu aku kena lah habiskan semuanya dekat UTP. Tak pe lah. Tiga tahun setengah tu mesti akan rasa cepat je kalau aku study betul betul.
Adik aku, hehs, UTP ni sebelah mata pun dia tak mau pandang. Dapat tawaran scholarship Petronas untuk Petroleum Engineering dekat luar negara dia tak layan, dapat tawaran scholarship Mara untuk pergi Jepun course engineering pun dia tak layan. Apa yang dia nak pun aku tak faham. Tapi tak pe lah, dia yang nak belajar, so pandai lah dia buat pilihan -.-'
Btw, minggu depan minggu educamp UTP kan? Good luck korang yang dah dapat tawaran tu. Selamat datang ke Universiti Teknologi Petronas, Perak. ecewahhhh, hihi :B
ni orang Kedah yang tulis ni. hihi |
//Panas yang amat hari ni. Cuaca dah tak menentu.
No comments:
Post a Comment