Cikgu pulak yang nak merangkak. | Blog BudakFadhilah

19.2.12

Cikgu pulak yang nak merangkak.

Ehem, hai. Assalamualaikum.

Dalam otak aku ni dan berjela panjang karangan yang aku karang sepanjang beberapa hari ni. Ahaaa, on this topic la. Konsep murid mencari guru dan ilmu. Ada sebab mengapa muncul dalam fikiran aku untuk buat entri tentang ni. Aku tak berapa kisah kalau orang tak respon dengan segala entri panjang aku since yes, i have my own motif why i chose this topic. Macam yang aku kata dalam entri lepas, ada sebab dan akibat apabila berlakunya sesuatu perkara tu.


Konsep murid mencari guru dan ilmu.

Perkara ni bergantung dengan diri kita sendiri juga. Sama ada masih nak bersuap bagai dengan jawapan atau diri korang sendiri yang berusaha mencari jawapan kepada soalan korang tu. Kalau gigih usaha korang tu, peratus untuk mendapat jawapan yang tepat tu memang lah tinggi. Like seriously, society kita ni perlu ubah cara berfikir dan cara belajar.

Masa sekolah rendah dulu, boleh lah tunggu je cikgu datang kat korang, tanya apa yang tak boleh buat then guide korang. Tapi bila dah sampai masuk universiti ni pun kalau nak bawa perangai masa sekolah rendah tu, memang tak ke mana lah kita kawan. Dah besar panjang, pandai pandai gerak sendiri cari penyelesaian masalah tu. Tak kan nak tunggu orang jugak kan.

Sebenarnya, daripada sekolah rendah lagi kita memang perlu dididik dengan cara macam ni. Macam aku, baru sekarang aku rasa nak bertanya. Mungkin bukan dengan lecturer. Tapi dengan kawan. Serius sebelum ni aku super pemalas nak fikir banyak banyak. But then, sampai bilaaa. Sampai bila aku nak jadi macam ni.

Guru yang kena cari murid ? No no no no. Kita yang nak cari jalan penyelesaian, tak kan orang yang nak datang cari kita kan. Ilmu tu tak kan datang bergolek depan mata kita. Kita yang kena cari. Perhati! Belajar! Bertanya! Kay lah, katakan kau tak mau tanya lecturer kau, member kan ramaiii. Apa guna kawan kalau bukan nak tolong kita. Kan ?

Tapi, bila nak minta tolong dengan kawan tu, kena lah pandai pilih masa gak. Ingat! Kawan kau tu pun masih belajar, sama macam korang. Apa yang dia belajar tu sebenarnya sebijik sama dengan apa yang korang belajar. Ye ah, satu kelas. Tak kan dia belajar lain pulak kan. So, kalau nampak dia tengah duduk duduk selak notes, pergi la tanya dia.


Kalau nampak member kau tengah macam onggila hyper semacam, cakap sana sini, gelak sana sini, tak payah lah korang duk pergi tanya dia apa yang korang tak faham tu. Percayalah cakap aku, yang masa tu memang bukan masa yang sesuai sebab dia pun nak ada masa untuk relax relax chill chill dengan member dia jugak. Sure dia macam malas nak layan soalan kau nanti. Cuba fikir, betul tak apa yang aku bagitau ni? hmm

Korang juga kena ingat, yang kawan korang tu bukan parents korang. Bukan tanggungjawab dia untuk ingatkan korang study 24hrs. Aku bet, korang pun akan rasa menyampah kalau 24hrs kawan kau manjang ajak study je kan. Memang, kawan yang baik akan ajak kawan dia belajar dan pergi cari ilmu tu. Tapi, dia pun ada life. Dia pun nak jaga diri dia jugak. Kalau 24hrs dia nak jaga orang lain, kawan dia je, siapa yang nak jaga dia. Kan?

Sebenarnya, sesiapa pun boleh jadi guru kita. Even orang yang lebih muda daripada kita pun boleh jadi guru kita. Mungkin dia ada ilmu yang lain daripada kita. Tapi kalau kita berat mulut, tak tanya, memang lah dia tak buka mulut sampaikan ilmu tu. Nampak tak kat sini. Kau yang kena cari guru tu. Cari ilmu tu. Bukan budak tu tetiba je sesaja nak bagitau korang itu ini.

Diri kita sendiri yang kena buat pilihan untuk cari ilmu tu atau tak. Diri kita yang tentukan. Jangan nak salahkan orang lain kalau result kau teruk. Jangan salahkan orang lain kalau kau yang memilih untuk menjadi pemalas. Jangan nak salahkan orang lain kalau kau tak dapat selesaikan masalah kau tu. Jangan. Salahkan diri kau sendiri.

Ingat, bukan guru yang kena cari kau. Bukan ilmu yang akan datang sendiri dekat kau. Kita yang kena cari. Kita yang kena berusaha.

Aku pun cuba untuk berubah.

4 comments:

suziesanji said... Reply to this comment

yes. fail is one ways of learning~~

Nurul Syakira Zainal said... Reply to this comment

nice post. ilmu tu penting kan. so kite yang kena dapatkan tu sume. so agree with you :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

suziesanji//
kalau gagal sekali tak bermakna akan gagal selama lamanya kan :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Kiera Zainal//
thank you :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License