31.1.12

Kecamuk.

Bila duduk jauh dari rumah ni,

kena fikir, hari ni nak buat apa.
kena fikir, nak pakai baju apa.
kena fikir, hari ni nak makan apa.
kena fikir, hari ni duit tinggal berapa.
kena fikir, nak makan dekat mana.
kena fikir, kelas dekat mana.
kena fikir, kelas pukul berapa.
kena fikir, baju dah berapa hari tak basuh ni.
kena fikir, nak study apa.
kena fikir, ada tak apa apa kerja.
kena fikir, nanti cuti nak balik macam mana.
kena fikir, nanti cuti nak balik dengan siapa.
kena fikir, nanti cuti, hari apa nak balik.
kena fikir, nanti cuti, nak balik Perak balik, nak balik dengan siapa.
kena fikir, nanti cuti, mama bagi ke aku balik sorang.

nampak tak, part cuti tu kena fikir banyak kali dari segi aspek yang berbeza. eh. serius, ni masalah aku sekarang. nak balik melaka ke tak ni. cuti sampai hari rabu woiii. sampai hari rabu tak ada kelas. start jumaat yang memang dah tak ada kelas tu. tak ke dah 6 hari cutiii.

peduli apa aku orang kata tak fun la sikit sikit balik rumah waktu cuti. lebih baik pergi having fun dengan kawan. blablablablablablablablablablabla.. sementara aku mampu nak balik rumah ni, lebih baik lah aku balik hadap family aku. esok esok bila dorg dah tak ada, tak payah lah kau meraung raung nak hadap dorang. heh, // taak, aku tak emo pun lah. haha

sekarang aku cuma kena buat pilihan. nak balik ke tak. nak balik ke tak. sebab baru seminggu aku balik Perak dari cuti semester yang hmmm agak panjang -.-

background desktop sekarang. hihi

18.1.12

16.1.12

Fundamental Of Programming 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

ehem ehem ehem. kenapa tah tiba tiba rajin nak print screen bagai coding dan output ni semua. actually saja je nak simpan code ni dalam blog ni -.-

sayang weh code code ni. memey ah simple je code ni semua. tapi untuk orang macam saya yang belajar dari zero ni, phewww, bermakna tauu. memang betul betul mencabar keimanan bila nak pastikan code yang kita run tu output dia akan jadi perfect. bahasa C++ ni bukan bahasa melay. ohh korang pun boleh je belajar sendiri. pak cik google kan adaa  :B

basically, Fundamental Of Programming 1 ni ialah subjek untuk semester 2 foundation year dekat UTP and i do love this subject so much. hiks. cuma lecturer dia tak best sangat TAPI tutor lab dia serius best. kenapa best ? sebab boleh tidur time lab dia -.- kekadang je buat perangai cenggitu. bila ada quiz atau test thinking skills je. ye ah, dah bersengkang mata hafal facts. Lab programming ni pulak pukul 8 pagi. hmm bagus sangat lah -.-

so, ni antara code dan outputnya. ada banyak lagi, tapi ... -.-













kalau tak nampak code tu, boleh click dekat picture picture tu.

pernah satu malam tu, masa study week lah kan, sanggup berjaga sampai ke pukul berapa pagi tah, tapi yang penting lewat ah tidur, semata mata nak dapatkan output yang betul betul perfect. tapi, akhirnya tewas jugak. tak larat nak fikir lagi masa tu. nasib baik ada kawan. hihi, eh baru benda simple macam ni pun, berperah otak nak fikir. tapi tak pe. kita semua belajar kan. kat dunia ni, tak ada benda yang senang. semua kena berusaha :)

masa exam hari tu, memang ada kecewa sikit. ingatkan akan ada keluar part part yang saya spot, sekali, hampehhhh. habuk pun tak dak. buat penat je tidur lewat malam nak biasakan diri dengan coding pattern tu. sekali tak keluar. eh tapi tak pe lah. ilmu -.-

saya tak ada lah hebat sangat bab bab coding ni. sikit sikit tu reti ah. faham ah sikit kan. dulu masa buat blog kan selalu godeh segala jenis coding untuk buat blog, ubah sana sikit, ubah sini sikit. so, faham lah sikit bila kena baca code ni semua. kena selalu try and error :)

next semester, Fundamental Of Programming 2 pulak. tak sabar. mesti lagi susah. errrr, dengan ada subjek kira kira lagi. semoga semester depan tak muncul apa apa masalah. amin.

i do really hope that i can score for this subject. 'A' please please please. doakan saya :)

14.1.12

Semester dua tamat.

yayyyy. semester dua dah habis. yayyy.

kayy, aku dah boleh terima hakikat yang cuti semester dan cuti pertengahan semester adalah sangat sikit. rasa macam tak cuti pun ada gak. tapi bersyukur lah  -.-

sekarang, nak rest betul betul dekat rumah. betulkan balik jam tidur yang rasa macam dah senget ni. penat yang amat. dah biasa tidur pukul 3 4 pagi. nak pejam mata walaupun dah penat pun tak boleh. alahai, tak boleh lah kalau terus cenggini.

sekarang, nak berdoa pointer semester dua ni lebih baik dari semester lepas. rasa macam dah berusaha ke tahap maksimum dah. tapi entahlah. doakan please :)

sekarang, nak berharap untuk dapat up entri entri lebih sikit dekat blog ni. dah macam blog terbengkalai. entri tak ada manfaat langsung since habis sekolah ni. tu lah. otak terperap je  -.-

sekarang, nak bermanja dengan mama abah and adik adik. lulz -.-


sekarang, i mean sekarang, nak tweeting. jumpa dekat @FadhilahMn

bai.

7.1.12

Menghitung.

#deardiary

cerita new year untuk 2012 masih belum tertaip dalam blog ni. sibuk dengan final exam. tak ada masa nak menaip. new year kali ni, first time celebrate dengan kawan kawan. sebelum ni, dengan family je. hewhewhew, new year tahun ni memang new year yang terbaik. satu perkataan je yang boleh aku sebut, BASAH !! haha, thanks friends untuk semua memori tu, papa, mama sofea, mama elin, anis, ain, semua kawan kawan lain laaa. nak sebut satu satu banyak sangat. air pancut terbaik dekat UTP. haha

nananananana
sekarang tengah menghitung hari untuk cuti semester.
wohoooo ~~


seminggu ni memang otak rasa penat sangat. letih. hadap notes, soalan, buat notes, diagram, coding, blablablabla. sampai satu tahap, aku study, aku tak ingat apa apa. aku tak ingat langsung apa yang aku dah belajar. langsung. kosong. blank.

study week, ialah starving week. kelaparan je kejenya. penat sangat otak ni kerja, perut pun jadi lapar. tak apa laa, berkorban sikit eh. sikit je. ni baru foundation year. zzzzzz

Alhamdulillah, dua paper dah lepas. tinggal lagi dua. programming, islamic studies. kayy, dua subjek ni memang aku kena buat sehabis baik. sebab subjek ni lah yang paling best aku rasa ah kan untuk semester ni. lagi dua subjek tu, bosan  -.-

aku tak tau kenapa pagi pagi buta ni, aku boleh klik dekat butang 'New Post' ni. pelik. kata otak dah penat, tapi masih menaip juga. mungkin ni kesannya bila nota nota thinking skills masih berlegar lagi dalam kepala hotak aku.

yang sebenarnya, twitter @FadhilahMn aku dah kena limit malam ni. sebab bosan, tu yang terklik butang 'New Post'. nak tweet guna seesmic, tak best ! tak best langsung !

btw, aku terkedu dengan cerita Amalina Che Bakri, pelajar 17A1. semoga dia kembali semula ke jalan yang benar. semoga dia diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah. semoga kisah dia dijadikan pengajaran buat kita semua.

kayy, bai.

doakan aku dan kawan kawan semoga kami dipermudahkan oleh Allah untuk jawab paper programming dan islamic studies hari isnin dan selasa ni :)

3.1.12

Awal 2012

Permulaan tahun baru yang agak nice. stress final tu dah ada sikit. tapi belum sampai tahap maksimum macam semua kawan kawan yang lain. semoga perasaan nak study ni kekal sepanjang tahun 2012.


Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini, lembutkan lah hati hamba mu ini.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License