#tumblr
sekarang memang tengah super serabut. setiap minggu dateline untuk submit assignment akan tiba. memang akan tiba waktu nya. memang. setiap minggu tau ! setiap minggu ! setiap hari jumaat, sebelum pukul lima petang, biasanyalah. haaa, baru tu lah kan ter-kelam kabut nak settlekan.
tapi alhamdulillah, beberapa assignment sudah berjaya di hantar dan kertas kuning tu dah berjaya dikoyakkan dan dibuang ke dalam tong sampah. kihkihkih.
tinggal beberapa je lagi tuu. sikit je lagii.
keadaan yang super serabut terjadi sebab kebanyakan assignment tu semua assignment yang ber-group. phewwww, k. tak mau cakap banyak. faham faham je lah kan bila tiba part ni. tapi, i'm okay. masih mampu bersabar dan senyum. nangis pun tidak. nangis sebab terasa seksa sikit tu ada la. eleh, tu pun sikit je. sebab dulu semester satu, pernah rasa yang lagi super hebat dugaannya :')
ditambah lagi, dah tiga minggu tak balik Melaka. okayy, part ni memang dah tak boleh tahan. minggu depan tak kira, nak balik jugak. tapi eh, bila fikir pasal assignment, pasal test, hmphhh. kena fikir banyak banyak kali pulak.
disebabkan rasa nak sangat balik minggu depan, adalah lebih baik saya siapkan assignment yang nak kena hantar minggu depan cepat cepat.
bai.
No comments:
Post a Comment