Diari 2011 Part 3 | Blog BudakFadhilah

30.12.11

Diari 2011 Part 3

#deardiary

Part terakhir.

bila aku baca balik entri entri yang lepas, baru aku perasan sebenarnya ada je lagi benda benda yang terjadi yang aku tak rewind balik masa buat entri tu. tu laaa, manusia kan pelupa. duduk duduk dengan kawan, baru ehhhh 'kau ingat tak pasal ... ?' 'wehhh, kelakar doee pasal ... haha'. ahahaha, bengong betul.

#tumblr
aku rasa aku tak ada coretkan pasal aku dengan kawan kawan sesat masa nak pergi Ipoh. haha. biasa ah. perempuan. first time keluar. dah tu semua perempuan pulak kan. pergi tak de hal. bila nak balik, dah dekat tengah malam. fuhhh fuhh, meremang bulu roma. gelap gelita. lepastu teringat pulak cerita yang bukan bukan. phewww. lepas tu, aku tak de pun cerita betapa kelam kabutnya dan gelabahnya, bila orang yang tak ada lesen, pegi drive and then tetiba ada road block. padahal pak cik polis tu baru nak open table dia. ahaha, sampai termencarut carut orang dalam kereta tu. nasib baik tak accident tau dakkk. tapi demi kawan yang sakit, apa pun sanggup :)

anddd, aku rasa aku tak cerita lagi yang i have my own 'papa', 'mamas' (ada dua mama. haha), my own sister, mak cik, nenek, moyang, jiran, blablablabla. wohoo, besarnya keluarga aku dekat sini  :')  satu hari nanti, kena kumpul ramai ramai and buat potret keluarga. alahaiii  :)

tahun 2011 jugak, ramai kawan kawan aku yang hilang mak atau ayah dorang. tu lah, maut tak mengenal usia. i can feel the pain friends. aku pun pernah hilang orang yang aku sayang jugak. be strong no matter what. Allah sentiasa ada dengan kita  :)

September 2011 - Disember 2011

Semester dua.


semuanya sama macam semester satu. cuma subjek yang aku belajar je lain. zzzzzzz  -.-  ahah, semester dua punya subjek semuanya boleh hmmm hmmm sikit tapi penat dia, tak payah cakap ah kan. genyah gila nak completekan assignment dia. sampai termenangis okayy sebab assignment jadah ni semua. alahai, demi markah coursework, kena teruskan jugak.

awal semester dua, setiap empat hari sekali aku balik melaka. hikhik. kerja gila. sementara coQ belum mula, boleh la ambil kesempatan balik setiap minggu. naik je mid sem break, mana ada selalu balik melaka lagi. duduk je lah melangut dekat UTP ni. heh

aaaa, masuk semester dua ni, satu wish aku tercapai. hihi, eh, dua sebenarnya. terima kasih mama :')

semester dua berjalan dengan lancar. ahh, sebenarnya biasa biasa je. bosan. penat aku try ingat balik apa yang jadi sepanjang semester dua ni. tak ingat aaaa. memang dasar pelupa laa aku ni. alahai. tapi, betul ah. sama je kot macam semester satu. cuma sem ni dah tak skema sangat ah. hihi


haaaa haaa, birthday partyyy. kayy dah ingat dah ingat  -.-  kejutan yang menjadi gila. haha. dah macam dalam cerita hindustan pun ada aku rasa. berbakat betul kawan kawan aku. semua boleh berlakon ah. kesian ezzati kena tipu habis habis. hikhik. tapi terpaksa menipuuu. nama pun surprise. hihi. dah lah masa tu tengah sibuk sibuk dengan program rumah anak yatim. tapi alhamdulillah, semuanya menjadiii. wohooo ~

k. dah tak ingat apa apa. dah tak ingat apa apa. ishh

tetiba aku teringat pasal sekolah sekolah sekolah. tak boleh nak tipu diri sendiri. hmm, aku rindu sekolah. rindu cikgu. rindu kawan kawan, rindu kantin, rindu dia. EH ! taaak, taaak, serius, aku rindu susasana sekolah. masa sekolah, kepala tak payaj semak semak nak fikir macam macam. dulu komplen, setiap hari rutin sama je waktu sekolah. sekarang aku rindu rutin tu. zaman U, zaman tough. aku yang baru je merasa zaman ni, dah rasa berat. macam mana tah aku nak hadap zaman ni lagi beberapa tahun yang akan datang. semuanya aku serahkan pada Allah. ohh, sekolah -.-

teater maharaja beruk
serius, hujung tahun 2011, aku rasa biasa biasa je. ke ada benda yang aku lupa ni. zzzzz, kayy, tak payah susah nak ingat balik. kalau ada pun, biar aku simpan sorang. hewhewhew

so, tinggal berapa hari lagi je Disember 2011 akan berakhir. lepas tu, umur aku pun bertambah dan semuanya haruslah berubah menjadi yang lebih baik.

#tumblr
my only hope is, this December 2011 will end quietly and full of blessings from Allah.

- Diari 2011, aku coretkan untuk aku ingat kembali memori 2011 :)

1 comment:

Model Pakaian Kasual said... Reply to this comment

Very interesting... I really like it... Thank you so much...

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License