Assalamualaikum.
Err, rasa macam lama gila tak post apa apa entri. bukan macam, tapi memang. susah betul lah bila tak fokus ni. semua jadi macam huru hara. dah rancang itu ini, tapi keadaan yang tak mengizinkan. nak buat macam mana..
Cuti mid sem untuk semester dua ni pun dah habis beberapa hari yang lepas. macam biasa, cuti mid semester kita 4 hari je termasuk sabtu ahad. blergh, tapi bersyukur la. nasib baik ada cuti Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ahad. so, hari isnin pun cuti laaaa. hikhik, akhirnya, total cuti semua sekali, 10 hari. ok letteww.
Tuan blog ni merancang nak blogging sampai lebam lah kan cuti 10 hari tu, sekali bila sampai Melaka, pergh pergh, monitor, modem jadah wifi internet telefon rumah semua tak boleh guna. sebab beberapa hari sebelum tuan blog ni balik Melaka, hujan ribut petir guruh macam taufan terjadi pada waktu malam. (weh, ayat apa ni ? zzzz -.-' ) ye ah kan, sekarang kan musim hujan. Tronoh ni pun selalu jugak hujan petang petang, sampai basah lencun kena mandi hujan bila balik kelas. hmm
Terpaksa lah cari alternatif lain kan nak maksimumkan penggunaan cuti tu. heh, tapi memang terisi habis pun. balik Melaka, ada kenduri, raya lagi, ada sembelih sembelih lagi, dengan mama, adik adik kena keracunan makanan lagi, dengan mak long yang tiba tiba kena tahan wad, dengan ASSIGNMENT yang menimbun, dengan keluar jumpa kawan lama. pheww, memang penuh betul jadual -.-' eleh, normal ah tu.
Balik Melaka pergi interview penggali kubur lagi. zzzzz. assignment English 2. hmm. sabar je lah kan.
Ni lepas mid sem break, lagi lah sibuk. test test test. quiz quiz quiz. assignment assignment assignment. rasa macam kejap gila masa ni berlalu. masih terasa macam semalam aku nangis sikit dekat mama sebab kena balik U balik. pa pe tah. haha. normal ah kan.
Perasaan nak blogging blogging tu macam off ah bila dekat hostel ni. ada banyak je cerita. life, kawan, projek, masa, perasaan. sebenarnya macam macam laaaa. tapi asyik bertangguh sebab buat kerja lain. macam sekarang ni, paksa jugak diri update blog. hewhew
..
..
Waiiiii, lupa. ada kelas malam. duhhh, btw, ai aktif gilew gilew (haha) dekat twitter. meh cari @FadhilahMn
Tak ada conclusion bagai semua. bai.
No comments:
Post a Comment