Ini namanya pengajaran. | Blog BudakFadhilah

7.10.11

Ini namanya pengajaran.

#deardiary

hari ni hari yang, ehem, hari yang apa eh ? err, sebenarnya dah tak reti ah nak menaip dan bercerita macam mana. rasa pelik gila ni. tak pe tak pe. meh kita try lagi sekali.

#deardiary

hari ni aku balik melaka lagi. padahal minggu lepas aku baru je balik melaka. maknanya aku duduk dekat UTP tu empat hari setangah je lepas tu aku blah balik Melaka.

hari ni jugak result exam semester lepas keluar. result tu keluar pukul 2 petang. tapi masa tu aku tengah sedap sedap duduk dalam ets untuk ke KL Sentral. tapi aku peduli apa. aku lupakan sekejap pasal result exam. padahal masa tu, aku dah cuak gile macam apa je. perut pun sakit. lepas tu aku tertidur. eleh,

http://1.bp.blogspot.com/_IzAyPXRVapY/TG1TQG19INI/AAAAAAAACY8/POIAgWpZlN4/s1600/il_430xN.161116342.jpg

lepas sampai KL Sentral pegi kaunter ERL pulak. ape eh, transit KLIA eh ? lepas tu pegi TBS/BTS. mana satu yang betul eh ? TBS ke BTS. hanya kerana TBS atau BTS aku hampir bertikam lidah dengan kawan aku. haha -.-  lepas dah sampai TBS/BTS terus beli tiket bas ke Melaka. nasib baik sempat sampai TBS./BTS tu dalam pukul lima. jalan cepat cepat ke kaunter tiket, ada bas ke Melaka pukul 5.25 pm. memang terbaik ah. lepas tu balikkk. sampai Melaka. dan sekarang tengah buat entri ni. eh

kejadah buat entri cenggini rupa. ahh, try lagi sekali ah.

result exam ; aku macam ;

http://media.tumblr.com/tumblr_lrzawoqrO21qjsk60.gif
haha

sebenarnya aku tak sangka lah jugak kan dapat result cenggitu. aku rasa aku akan dapat bawah lagi. tapi target aku dengan result aku tu memang dah dekat. kalau semester lepas aku UP sikit usaha aku, korbankan waktu tidur, mungkin boleh capai target aku. apa apa pun, bersyukur. tak perlu repeat apa apa paper.

oh, sebenarnya aku nak cakap pasal lain. pasal cara belajar dekat uni sebenarnya.

sebenarnya(lagi), yang aku ingat, cara belajar aku semester lepas sama je dengan cara belajar time aku SPM dulu. haha, memang le result pun macam ape je kan. bukan nak bangga ke hape, tapi sebenarnya aku boleh ! tau tak sebenarnya yang kita semua boleh ! semua pun boleh sebenarnya(lagi) !

aku kan pemalas. so, memang masa SPM, aku belajar pun macam nak tak nak je. buat kerja sekolah, selak buku sikit sikit. lepas tu, dah. aku berhenti. tapi waktu tidur aku memang jaga gila gila. aku memang akan pastikan cukup 8 jam. tak kurang tak lebih. biasanya aku akan terbangun sendiri. tengok ! waktu tidur kemain lagi aku jaga kan. haaaa, cenggini lah cara hidup aku semester lepas. dan hasilnya, result SPM aku dengan result exam semester lepas sebegini rupa. haha


nampaknya aku memang lah kena ubah cara belajar aku. kan. memang patut ubah pun. kau bukan budak sekolah lagi. kau dah jadi budak uni. sesuka hati je nak samakan uni dengan sekolah. memang tak ah kan nak berjaya kalau cenggini. so, cane eh aku nak ubah ? cane eh ? ajar ah sikit korang. bagi tips ke. please. hiks  -.-

haaa, mungkin aku patut mula menelaah walau satu sub topik untuk satu satu subjek yang aku ambik pada setiap malam. mungkin laaa. mungkin laa aku patut buat cenggitu. sebelum ni aku mana ada buat macam tu. aku cuma belajar dalam kelas, tu pun kadang kadang terbabas tertidur, lepas tu study sikit sikit bila ada exam, quiz atau test lepas tu, eh dah ah. tu je.

memang lah weh. aku kena ubah ni !

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License