SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
maafkan diri Fadhilah Mn ni kalau ada terasa hati atau tersinggung dengan penulisan di blog ini :)
nanti makan makan pagi raya tu, ingat ingat sikit kesan dia kalau terlebih makan. hihi, pesanan ni untuk diri saya juga. dah baik baik turun berat badan lepas sebulan berpuasa, jangan pula sebab satu dua hari sambut raya, berat badan naik lebih banyak dari berat badan yang turun -.-
hati hati semasa memandu untuk pulang ke kampung atau pulang ke rumah atau masa nak pergi jalan beraya. ingat orang orang yang tersayang. rumah terbuka tu tak lari. hihi
Al-Fatihah untuk arwah nenek saya, sepupu saya, dan mereka yang telah pergi menghadap ILAHI. ahhh, mesti teringat dekat mereka masa pagi raya nanti. kalau tak raya pun, memang teringat kan pun. huwaaaaa, tetiba teringat masak lemak ikan patin nenek. memang terbaikkk. dah setahun rupanya tak makan air tangan nenek T_____T
#tumblr
2 comments:
Hali laya sulah mali,
Baju raya 1 loli,
Satu tawun satu kali,
Wa mikin silap wa vely vely soli ! <3
selamat hari rayaa :)
Post a Comment