29.8.11

Happy Eid Ul Fitr.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN
ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
maafkan diri Fadhilah Mn ni kalau ada terasa hati atau tersinggung dengan penulisan di blog ini  :)

nanti makan makan pagi raya tu, ingat ingat sikit kesan dia kalau terlebih makan. hihi, pesanan ni untuk diri saya juga. dah baik baik turun berat badan lepas sebulan berpuasa, jangan pula sebab satu dua hari sambut raya, berat badan naik lebih banyak dari berat badan yang turun  -.-

hati hati semasa memandu untuk pulang ke kampung atau pulang ke rumah atau masa nak pergi jalan beraya. ingat orang orang yang tersayang. rumah terbuka tu tak lari. hihi

Al-Fatihah untuk arwah nenek saya, sepupu saya, dan mereka yang telah pergi menghadap ILAHI. ahhh, mesti teringat dekat mereka masa pagi raya nanti. kalau tak raya pun, memang teringat kan pun. huwaaaaa, tetiba teringat masak lemak ikan patin nenek. memang terbaikkk. dah setahun rupanya tak makan air tangan nenek  T_____T

#tumblr

Paling sempoi ah.

salam Ramadhan yang ke 29  :)

 
#tumblr
ok, soalan klise. macam mana dengan persiapan raya korang ?

ok, rasa macam bangang bila tanya soalan macam tu bila esok nya dah nak raya  -.-

baru sampai Melaka jumaat lalu pukul 6. lepas tu sibuk iftar dengan family. esoknya, baru teruskan misi persiapan raya. ke hulu ke hilir, apa pun tak dapat. agaknya banyak yang cantik cantik dah sold out. yang tinggal semua tak berkenan. ok ah, tak pe ah kan. sebenarnya dalam hati dah kata, kalau tak jumpa jugak ni, redha je lah.

semalam, hari Ahad, jalan lagiii. kali ni, pukul 9 pagi dah keluar rumah. balik rumah sekejap pukul 2, mama dah tak larat. call member baik, Jafina, ok jom!! teman aku shopping!! beresss, sambung shopping dengan dia. tapi sekejap je. kena balik Muar pulak. kalau tak, memang sampai malam saya tak balik balik. hihi  :B

dapatlah sehelai baju kurung dengan benda benda yang berkaitan. hihi, thanks mama ! tapi ada lagi yang saya tak dapat ni. hari ni, Isnin, nak pi cari jugak. ish, geram lah selagi tak jumpa apa yang di-nak-kan tu.

ok, untuk berjuang esok, Isnin, kena tidur awal. sekarang dah pukul 12.48am. jadah apa nak tidur awal lagi ni. eh, tak apa. ada masa lagi untuk rehatkan apa yang patut di-rehatkan. ok.

bye. // tahun ni harap dapat puasa penuh. wohoooooo  :D

 
#tumblr

26.8.11

Hanya imaginasi.

salam Ramadhan ke-26 semua  :)

tetiba terasa nak menaip panjang dan tetiba terdapat tajuk ni dalam kepala hotak. saya ni kekadang suka berimaginasi yang entah apa apa. hihi, biasanya imaginasi yang entah apa apa tu muncul bila nak lelapkan mata tengah tengah malam. tu yang landing atas katil pukul 12, tapi betul betul tidur tu mungkin dalam pukul 2 atau mungkin lebih lambat lagi. tak pasti.

imaginasi pertama, bila tidur atas katil sorang sorang, mesti terbayang yang akan ada 'benda' nak tarik dari bawah katil. ewwww, takut tauuu. rasa 'benda' tu menjalar jalar. bila tidur, saya akan make sure yang kaki atau tangan tak terjulur ke bawah. semua mesti ada atas katil. sebab tu kalau tidur, katil saya akan berbenteng. hehe, tidur dengan tujuh bantal :O



imaginasi kedua, bila mandi, mesti takut tengok atas. sebab nanti takut ter-tengok benda benda pelik. eh, ni semua pengaruh cerita cerita yang seram ah ni. kan mende alah tu semua nak serang dari atas je. tak pun dari bawah pintu. tapi kalau pergi toilet awam, mesti nak tengok atas siling dia semua. sebab nak pastikan selamat ah. ngeh ngeh ngeh. mana tau ada benda yang pelik pelik ke nanti. kalau ada, kan jadi masalah nanti. lebih baik check je dulu. hihi

imaginasi ketiga, kalau driving, mesti terbayang yang dekat belakang ada orang follow secara dekat. padahal tak ada pun kereta dekat belakang. heh, bila dah terasa macam ada kereta dekat belakang, mula lah gelabah macam hape, ter-drive laju macam hape. lepas tu mesti kena marah dengan mama atau abah, setakat ni, sejak dapat lesen bulan 3 yang lepas, tak pernah lagi drive sorang sorang. mesti ada mama atau abah dekat sebelah. ish, bila tah agaknya nak berani drive sorang sorang. kalau ginilah situasinya, memang tinggal harapan je ah nak tunggu abah bagi kebenaran bawak kereta pergi UTP  -.-

Cars 1 by Vicente Piorno

imaginasi seterusnya, macam mana kalau tak ada hari esok ? ..... speechless.

gaaaaaah, bila baca balik apa yang dah ditaip, kenapa imaginasi imaginasi saya ni semua macam benda benda yang tak patut diimaginasikan. heh, malas ah nak bakspace bagai semua. teruskan je ah menaip.

menyampah betul bila tiba saat terlupa segala apa yang sepatutnya nak ditaip. ishhhh, menyampah !!  -.-

disebabkan saat tu dah tiba, berhenti dekat sini je ah pasal imaginasi yang entah apa apa tu. alah, nama pun imaginasi budak budak. zzzzzzzzzzzz

yay yay yay, nak balik Melaka lepas solat Jumaat nanti. rindunya rumah, rindunya Melaka. lepas ni dapat berbuka dan bersahur dengan mama abah adik adik. yay yay yay. k, sebenarnya saya selalu bayangkan yang saya sentiasa ada dekat rumah. sampai kadang kadang tetiba je boleh terpanggil nama adik atau mama atau abah. lepas tu baru sedar yang saya ni dekat Tronoh, dorang ada dekat Melaka. sedihnyaaaa  T____T

ish, naik je cuti raya ni, terus final. woahhh, tak sangka dah nak habis semester satu ! :O

eh, hal ni nanti cerita dekat entry lain ah. eh, apa motif entry ni sebenarnyaaa ?  -.-

apa apa pun,
Selamat Bercuti semuaaa  :)

22.8.11

Pertama kali tengok, saya rasa sedih.


There are no perfect fathers.
But a father will always love perfectly.


Tak ternilai jasa mama abah kita. Tak terbayar kita dengan segala kasih sayang yang dah diberikan. Selagi mereka ada, sedaya upaya-lah kita berbakti kepada mereka :')

AL-FATIHAH untuk ibu atau bapa kawan kawan saya dan sesiapa sahaja yang telah pergi menghadap ALLAH. kuatkan hati. Allah always with you. Kasih sayang kita dengan mereke tak akan pernah putus.

rindu rumah :(

21.8.11

Orang lain dah lama ada.

salam. keh keh keh.

dah masuk Ramadhan ke-21. huwaaaaa, dan belum pernah lagi berbuka puasa dengan family dekat Melaka. tengok kuat ke tak kuat saya ni. tak pernah pernah berpuasa jauh dengan family, first time bedepek terus duduk jauh yang tak berapa jauh ni dan kena berpuasa dengan kawan kawan je.

rupanya bukan saya sorang je yang rasa sedih bagai ni semua. kawan kawan pun ye jugak. ye ah. siapa yang tak rasa sedih kan. bak kata kawan saya,'aku rasa nak menangis weyh masa kat bazar tadi. kan bagus kalau ibu aku ada'. ish, dengan saya saya sekali rasa nak menangis. heh

eh, ni macam dah terlari topik sikit. cuba tengok gambar dekat bawah bawah ni. jap eh.

jeng jeng jeng


 

hihi, gedik gedik nak ada jugak. dah bosan sangat petang tadi. lepas tu terasa ah macam nak buang masa. padahal ada je kerja yang lagi berfaedah yang boleh buat. padahal boleh je hadap buku ekonomi. sebab selasa ni ada test 2. aduhaiii. tak apa lah, masa tak boleh diundur. keh keh keh

dah tu, meh pandang ke masa hadapan pulak. meh ramai ramai like page ni dekat facebook. hihi



thanks. bye.

18.8.11

Awak suka ke ?

dear kawan,

I HATE 'MAK NENEK'
btw, 'mak nenek' tu bukan mak dan nenek saya.

 
#tumblr

happy birthday yang ke-17 untuk adik aku, ika  :)

17.8.11

Semuanya duit.

Salam Nuzul Al-Quran semua.

cuti. aaaa, bestnya dapat cuti walaupun sehari. dapat top up tidur. dapat uruskan diri dan bilik sekejap. makin nak final exam, habis semester ni, makin huru hara rasa hidup ni. makin tekanan. sampai kadang kadang saya rasa penat sangat. dah tak larat nak hidup. hiperbola je  :O

berbalik kepada tajuk entri ni. semuanya duit. sekarang ni semua nak kena guna duit. hewhewhew

bulan lepas saya dapatlaa tengok keluar masuk duit saya sepanjang bulan tu sebab terlalu rajin meng-rekod perbelanjaan harian. hujung bulan total kan semua sekali. woahhhh, 'sikitnya aku belanja'. bagus bagus bagus. tak lebih daripada duit bulanan. baki memang banyak. kalau sepanjang tahun buat macam ni, boleh kumpul riban riban lah jugak. woahhhh $$$$$

Money by lalunablanca
#flickr

sebenarnya, duduk sini, mula mula je rasa macam guna duit banyak. dah sebulan, masuk dua bulan, tak ada la banyak sangat pun. biasa biasa je. apa je yang boleh beli. duit makan hari hari je lah.

duduk Tronoh ni tak ada apa pun. nak keluar berjimba pun jauhhh. sebab tu rasa macam tak banyak berbelanja. belanja saya habis dekat makanan je. hihi. malas nak sekat sekat apa yang tekak ni nak. mama pun ada pesan, kalau teringin nak makan apa apa, beli je. jangan di-larang larang. hehe. tapi ada yang saya tak dapat masa bulan puasa ni, McD. punya lah susah nak jumpa. adeiii, tak apa. balik Melaka nanti tiap tiap hari boleh jumpa McD.

bila duduk jauh dengan parents, memang saya jaga lah jugak keluar masuk duit ni. mana yang rasa macam bangang je kalau beli, memang tak beli lah kan. rasa tak perlu keluar pergi berjimba, terperam je lah dekat hostel ni. nanti kalau dah ter-overspent, diri sendiri yang susah. mula lah makan maggi jeee, mulalah makan roti jeee. ishhh

Worry Worry Worry by Eleven :) ~Left to Mexico
#flickr

hampir dua bulan setengah duduk dekat sini, baru dua kali kot pergi Ipoh. tak ingat. tapi memang tak lebih daripada lima kali. lantak lah kalau ada kawan fikir saya tak sporting keee, membosankan kee, peduli hape aku ! haha. nanti bila aku dah tak ada duit, terlebih belanja, kau ke yang nak bagi aku duit. aku tak nak berhutang hutang dengan orang ni. eh, ter-emosi lah pulak  -.-

serius. memang nak elak kan hutang hutang ni. kalau ye pun ada, terpaksa sangat kalau terdesak, memang akan cuba bayar balik secepat mungkin. tak malu ke muka tu kalau dah berhutang dengan kawan sendiri lepas tu nak kena hadap muka kawan tu hari hari ? huishh, kalau saya, serius malu.

tau tak betapa terseksa diri ni bila kena terima hakikat dah tak boleh belanja macam dulu dulu waktu sekolah lagi ? haha. melebih lah pulak. tapi memang wehhh. dulu duduk melaka, dua hari sekali jejak shopping mall. kalau tak membeli, mem-makan je dekat situ  -.-  sekarang ni, mana ada lagi. dah ah kalau nak keluar pun jauh. dah ah dah tak de abah dengan mama dekat sebelah. kalau dulu, pandang je sebelah, tersengih sengih sikit dekat mama abah, pujuk sikit sikit, mesti dapat. tapi tak semua pun yang dapat. sikit je  -.-'

ini merupakan salah satu sebab aku stress. terperap dekat satu tempat tak boleh keluar sana sini. eleh,

konklusinya, kalau nak berjimat, tak payah lah HU-HA HU-HA sangat. duduk je diam diam, study dekat hostel tu. tak payah nak kejap kejap keluar, kejap kejap keluar. tapi sekali sekala tu, pergilah keluar jugak. nak release tension lepas exam ke. kalau tak nanti, jadi macam orang sewel pulak.

patutnya hari ni wordless wednesday kan ? eh,

bye.

10.8.11

7.8.11

Sabar lah.

 
#tumblr
 
sabar lah hati. jangan menangis.
sabar lah perasaan. jangan menangis.
 
sabar lah.

3.8.11

2.8.11

Ramadhan yang lain.

#deardiary

setiap kali nak berbuka, setiap kali sahur, aku rasa nak menangis. errr, baru satu kali berbuka dan dua kali bersahur sebenarnya. setakat ni laaaa  -.-

aku mengharapkan hari hari yang mendatang aku jadi lebih kuat. jadi lebih penyabar. amin.

 

btw, Ramadhan yang pertama dekat UTP, hmm, not bad la. sebenarnya rasa macam sama je dengan hari hari yang lain. cuma penat dia lain sikit la. semalam, kali kedua pergi kelas lambat. malu weh masuk kelas lambat. pfffffttt

aaaah, tengah tunggu subuh. kelas pukul 10. chioww
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License