Seribu macam jenis manusia. | Blog BudakFadhilah

23.7.11

Seribu macam jenis manusia.

#deardiary

 
#tumblr

tiba jugak hari minggu. bila duduk sini, masa tu berlalu macam pantas gila. kejap je, eh ! dah tengah hari. lepas tu, eh ! dah malam. kena bersiap untuk hari esok pulak. penat bila rasa macam tu. macam tak ada masa untuk bernafas dengan lega dan tenang. padahal  baru lebih kurang dua bulan duduk sini.

dalam masa lebih kurang dua bulan tu, macam macam jenis orang jugak lah yang aku dah jumpa. macam macam orang jugak tu lah yang buat aku rasa nak gila duduk sini. yang buat aku rasa tak best nya duduk sini. yang buat aku nak menangis bila aku duduk sorang sorang dalam bilik. yang buat aku rasa, YA ALLAH, penatnya aku nak hadapi macam macam masalah, macam macam jenis perangai.

bukan aku nak jadikan alasan yang macam macam jenis orang tu buat aku tak suka duduk sini. tapi memang aku rasa susah nak hadap tu semua. aku rasa penat. mungkin sebab diri aku jugak yang terlalu harap benda benda akan berjalan dengan smoothly tanpa perlu aku hadap masalah masalah yang macam ni. mungkin juga sebab tu, aku rasa aku bermasalah bila duduk sini. memang. aku rasa susah.

#tumblr

aku pun tak tahu apesal aku tak suka duduk sini. bila abah mama tanya, apa sebenarnya masalah aku, aku tak reti nak jawab. aku boleh diam je. tapi sebenarnya dulu, aku jugak yang pilih tempat ni. saat saat aku nak register masuk sini pun, abah tanya aku lagi sekali, 'abah tanya lagi sekali. betul ke nak masuk sini ? tak nak pergi matriks yang dekat Melaka tu atau Uitm Machang buat diploma statistik tu ?'. aku cakap aku nak masuk sini. tengok, aku sendiri yang buat keputusan nak masuk sini. abah memang tak paksa aku, dan tak kisah aku nak pilih mana mana.

and now, semua nya dah jadi. memang agaknya tempat aku kat sini. jumpa macam macam jenis orang. alah, sebenarnya pergi mana mana pun, aku kene jugak jumpa macam macam jenis orang tu.

kadang kadang aku rasa macam bangang jugak bila aku tak reti nak kata tidak pada benda yang aku tak suka. contohnya, bila masa buat assignment atau projek. memang aku rasa sakit ah bila tiba masa tu. memang tu saat saat yang paling aku tak suka bila kena buat kerja partner atau grouping. tapi, macam kawan aku cakap. tak apa. Allah nak bagi kau ujian supaya kau lagi kuat untuk hadapi masa yang akan mendatang.

lovequotesrus:

Photo Courtesy: keepstandingtall
#tumblr

dulu bila duduk dekat rumah, mama tempat aku mengadu nasib. tempat aku menangis. sekarang bila dah jauh dengan mama, aku rasa susah sikit. aku pun tak nak bila mama call aku terpaksa dengar aku nangis sebab aku tak tahan duduk sini. aku pun tak nak lah ! aku tak nak susah kan hati abah dengan mama pun. tapi dengan siapa lagi aku nak menangis ? dengan siapa lagi aku nak cerita masalah aku ? kawan kawan aku yang lain pun ada masalah sendiri. jadi, dengan mama, dengan Allah lah tempat aku menangis.

memang aku selalu doa, supaya hati aku kuat, supaya aku sabar dengan segalanya. supaya aku tabah. ahhh, ini perkara betul. bukan aku nak bajet atau poyo   -.-

selagi aku mampu, memang aku bersabar dengan macam macam jenis manusia tu. tak pe lah kan. orang buat kita, nanti orang lain pulak yang buat dia balik. aku percaya pada karma  :)

-aku menjadi seorang yang hipokrit apabila aku seboleh bolehnya nak menjaga hubungan aku dengan sesiapa sahaja. itu membuatkan aku boleh jadi gila sebab hati aku sendiri yang sakit. jangan jadi macam aku yang tak jadi diri sendiri ni.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License