dah kata dah, sekarang ni berubah fikiran lagi. nak hantar aku pergi Machang pulak. Machang. tau tak Machang. dari Melaka ke Machang.
for me, yang tak pernah duduk jauh, anak manja, memang aku seriau lah kan nak kena pergi Machang tu. tapi kalau tu dah tempat aku, aku kena jugak lah pergi. aku pun pening dengan abah sebenarnya. pening dengan pilihan aku sendiri. aku pening tau tak.
kerana nak buat pilihan ni je aku moody dah berapa hari. kerana nak buat pilihan ni je, aku dah menangis beberapa kali. aku stress tau macam ni.
dapat offer banyak susah, tak dapat offer pun susah.
kejap dah bulatkan hati nak hantar aku pergi UTP, sebab abah kata mampu nak tanggung lagi, pasal duit tak payah risau. cuma aku kena belajar je.
dah buat istikharah, aku boleh lupa aku mimpi apa. tapi aku ingat, aku ada mimpi. serius. itu yang aku tak faham.
bangun pagi tadi, tiba tiba abah call. dia jumpa kawan dia yang study dekat UK, sekarang kerja dekat Singapura, ceritakan pasal nak sambung belajar ni semua. bila kawan dia dah kata, kenapa tak ambil je diploma statistik tu, abah dah goyah balik. kawan dia kata statistik course dia luas lah, bagus la, balblablablabal. mana tak menangis aku. tapi tak kan nak bagi abah dengar aku nangis kan.
nasib baik bila aku call Jafina, dia free. pergi jumpa dia kejap. fikir punya fikir, sampai sekarang tak jumpa jalan penyelesaian. susah sangat !
tau tak, aku hanya mampu jawab TAK TAHU TAK TAHU je buat masa sekarang.
sebab, aku rasa tiga tiga offer tu aku boleh go. cuma Machang tu terlalu jauh bagi aku. lain lah kalau kena pergi luar negara. tu dah lain cerita.
entah lah.
sekarang ni aku tengah serabot.
13 comments:
hai sygggg budak bucuk mwahmwah, bagi kak ynn la yg xpnah bejauhan dgn fmily mmg kak ynn xmo pegi machang wuuwuw jauhhhh sesgt tapi apasalahnya kita belajar jauh2 menimba ilmu, luas fikiran. lgpn utp kalau x silap IPTS kn? kak ynn pn dr IPTS jgk. tp bila fikir2 nnt kite byk abiskan duit parent, beter pegi ipta. mmg fmily kita tgh mampu, tp cuba fikir akan dtg mcm mana kn? kalau kak ynn dberi peluang dulu utk masuk machang atau UNISEL kak ynn pilih machang T______Y
tapi sbb kak ynn xpndai, spm fail tu yg tepaksa masuk ipts UWUWUWUWUWUWUW ipta kejam xmo kak ynn wkaka ;p
Pilih pelan2. andai udah pilih. truskan perjalanan, tak payah sesal2. Dah smbhyang istikharah kan? Itu mesti yg terbaik utk kita. Sgala halangan jdkan pengalaman.
Kak Ynn//
hehe, entah lah kak ynn. kena bincang balik ni. banyak nak kena fikir. doakan adik busuk ni yang terbaik tauu :')
Cahya Qasehnya//
mekasih bagi nasihat :')
salam..akak dr machang n uitm machang n statistik course...hehe..thniah ehh bjaya dpt n byk pilihan leh wat..lau tnya wat is statistik, akak pon xbrape reti nk xplain..tp kami byk blaja add math..calculus..n so on..mostly sume calculation..if fdilah choose dis 1 mmg xrugi sbb mcm yg ur dad's fren ckp mmg bdang ni luas...bleh masuk je kt mne2 nnti nk keje..n 1 more fdilah mmg smart then mmg mudah nk catch up nnti...bkn nk influence tp tuk entri yg lps fdilah suh sape2 xplain statistik tu ape kn...so..do ur best...gud luck..
wslm. serius ke kak ? err, mekasehh explain kaaan. tengah memikirkan lagi sebab macam susah nak terima lah dari melaka, ke machang. jauh T__________T
rilex suda..bla lg nk jaoh2..lg pon nk blaja kn...
tengok lah macam mana nanti. kalau memang betul kena pergi UITM ni, pergi lah jugak nanti.
nnti update ehh pilih mne...gud luck..
insyaALLAH. terima kasih. kalau betul lah saya kene pergi jugak machang ni, harap dapat guide saya :)
fadhilah...aunty pun mula2 tension bila gugurl buah hati aunty dapat statistik uitm machang...anak dgn ibu berhiba-hibaan...aunty siap call uitm shah alam nak mohon tukar course...seb baik uitm bo layan...huk huk huk...then aunty tanya kengkawan dan adik2 angkat ttg uitm machang dan course statistik nih...nak tau apa jawapan mereka??? antaranya 1)best course tu...glemer gila kalau kat uitm machang tu...2)pegi jangan tak pegi...bukan senang nak dapat course tu...tak banyak pesaing..dalam kelas pun tak ramai..keluar nanti senang dapat keje...banyak tempat perlukan graduan statistik...lagi2 kalau sambung degree 3) machang tu best...bole jimat duit sebab kos hidup rendah...dpt duit PTPTN nanti bole shoppin tempat lain...hahaha...
so jom fadhilah...geng2 ngan anak aunty...nama dia IMRA NADEERA...dia lagi jauh dari machang...jb tau...aunty lak yg terlebih excited...c u there gurl
aunty zarra bakar//
ha'aah. pihak uitm tak layan kalau minta tukar tukar ni T_______T
ermm, memang ramai yang bagi pandangan kos stat ni bagus. dua uitm je yg ada kos ni kan. satu dekat perak, satu dekat kelantan tu. hihi, a'ah. dekat Kelantan kos sara hidup tak tinggi sangat kaaan. tapi tak tau lah aunty. kena buat istikharah lagi ni. kena pilih antara UiTM atau UTP ni.
woahhh, jauhnya JB ke kelantannn. T_____T
no hal lah aunty. kalau betul saya jadi pergi uitm machang tu, saya akan ingat nama anak auty ni. hehe, anak aunty ada blog tak ? kalau ada, share lah kat sini. btw, thanks aunty kongsi pendapat :)
Akak sy bru bce akak pnye blog ni. Sy spm 2014 jd skrg tgh tnggu result la. Tp kawankawan dh sibuk isi upu :( sy belum. Ni sy duk survey kos ape nk pilih pstu trjumpa la kos statistik ni. Akak rse canne? Brbaloi tak kalau nk apply? Btw sy aliran sastera and addmath is my passion
Post a Comment