salam semua.
hihi, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya. nasib baik tauuuu. semuanya nasib baikk. eh, siapa yang follow twitter saya(@FadhilahMn) mungkin dah tau apa yang berlaku dekat saya semalam(200411). seriau weyh. fobia kejap nak bawa kereta.
nampak orang mengerekot bawah kereta.
semalam, saya drive lah kereta kan nak hantar adik pergi tusyen. err, tak sampai sebulan lagi baru dapat lesen. haruslah ada orang dekat sebelah untuk teman saya drive. hihi
masa saya driving, memang saya perasan ada satu ketul motor ni, dia suka nau main cilok sana cilok sini. saya ni dah lah penakut. terus jadi lembab saya drive. tambah tambah lagi, depan kereta saya ada satu ketul lagi motor. ni super lembab punye motor. dah lah bawak motor tengah tengah jalan. heh,
haaaa, motor yang cilok sana cilok sini tu akhirnya dapat pintas kereta yang saya drive(eh, betul ke ayat neh ?). wajiblah makian terkeluar daripada mulut saya. hihi, berbakol lah jugak saya termaki. sebab motor dia hampir tergesel dengan sisi kereta yang saya drive tauuu. mana tak hangin kan.
so, tak pe lah kan. kau dah suka sangat cilok sana cilok sini. ok lah tu =.='
saya pun teruslah memandu. hihi, tetiba handphone mama bunyi. ada mesej masuk. errr, mula mula tak peduli sangat. lepas tu mama baca mesej tu ;
'Congratulation! You are shortlisted for UTP EduCamp in UTP for private student. For details, please log on to www.utp.edu.my.' (lebih kurang macam ni lah mesej tu. tak ingat lah)
kah kah kah. rasa macam nak tergelak ok. gelak sebab ingat mama main main. macam orang gile saya tanya mama ye ke ? ye ke ? hihi
sekali kena marah dengan mama ; 'jangan suka sangat masa driving. drive betul betul lah. tengok depan!'
kih kih kih.
sekali. hamek kau. dalam tak sampai beberapa meter dekat depan tu saya nampak ada benda pelik weyh. benda pelik dekat tengah tengah jalan.
nasib baik saya tak bawak kereta tu laju sangat. bila perhati betul betul ada motor dah terbalik dekat tengah tengah jalan tu. saya pelik le. bengong ke apa orang tinggalkan motor tengah tengah jalan =.='
saya cari aa mana orang nya. sekali. hamek kau lagi sekali ! saya nampak ada orang tengah mengerekot bawah kereta. ye bawah kereta ! nasib baik dia tak kena lenyek.
cepat cepat aaa saya tekan break. nasib baik sempat mengelak ok. dak adik nampak ada budak lelaki tengah terbaring bawah kereta tu, terus dia menjerit. lepas tu nangis. dalam hati saya, 'ada yang makan penampo jugak neh !'. ye aaah, yang kau nak nagis bagai tu ape hal ? heh,
saya pun park lah kereta dekat bahu jalan. ada pak cik tu pun sama. dia park kereta dia tepi jalan, cepat cepat dia lari keluar nak tolong orang yang dah terbaring bawah kereta tu. yang saya neh, dah terjerit jerit suruh call ambulance.
dalam kereta saya neh semua perempuan. mama dengan adik yang nak pi tusyen tu je yang keluar pi tengok apa jadi dekat orang tu. dengan pakai baju tak semenggah tak kan saya nak keluar tengok kan. hihi, bongok tak bongok. pakai seluar pendek, shirt dengan tudung indon tu. alasan, bukan nak jalan keluar pi mana. duk dalam kereta je =.='
ni bukan pingu, tapi orang. heh, |
pak cik yang nak tolong tadi, dengan ada beberapa orang lagi, cepat cepat weyh angkat kereta wira tu ramai ramai. ada satu mak cik ni pulak, cuba tarik lelaki yang terlentang bawah kereta tu ketepi sikit.
eh, baru teringat adik dah lambat nak pergi tusyen. mama pun masuk lah kereta balik. saya dah tak berani nak drive. menggigil sikit ok time tu. adesssss, sekali, bila lalu depan tempat accident tu, baru saya perasan, 'eh, budak lelaki ni le yang cilok sana cilok sini tadi tu!'
haaaa, kan dah kena. nasib baik dia tak cedera parah. cuma sebelah muka dia tu makan jalan je aaa. kepala berdarah darah. tapi dia boleh duduk lagi. mungkin kaki patah.
saya sempat lah nampak muka dia kan. air mata dah meleleh leleh. seluar dah koyak rabak. selipar dah terbang sebelah tempat lain, sebelah tempat lain. nasib baik tak kena lenyek tau. wuwuwuwuuw
saya sempat lah nampak muka dia kan. air mata dah meleleh leleh. seluar dah koyak rabak. selipar dah terbang sebelah tempat lain, sebelah tempat lain. nasib baik tak kena lenyek tau. wuwuwuwuuw
saya agak lah kan, motor dia tergesel dengan kereta lain, lepas tu dia pun jatuh tergolek masuk bawah kereta yang tengah berhenti tunggu lampu isyarat. eh, entah lah. saya pun tak pasti sangat. yang pasti, budak lelaki tu lah yang saya maki masa drive. nasib baik kau tak arwah weyh!
lepas hantar adik pi tusyen jap, kereta polis dengan ambulance pun sampai.
dan seterus seterusnya, mama lah yang drive. saya dah tak berani. hihi
balik rumah, terus bukak laman web UTP. nak confirmkan betul ke tak. andddd,
klik untuk tumbesaran. |
jyeahhh, kena menghadiri EduCamp. saya usha panduan panduan dia. EduCamp dekat UTP ni sehari je. ok lah tu kott.
tapi yang saya seriau, saya tak pernah pergi interview bagai neh. tak pernah ok. tak pernah =.='
ada siapa siapa boleh kongsi tips tak ? share pengalaman ke ? pleaseeee, tolong saya. tolong saya. oh, saya tak apply untuk scholarship. aaa, saya pun tak faham sangat.
please kongsi tips dengan saya eaaa.
-mungkin saya tak ada rezeki untuk KPLSPM, mungkin dengan UTP. tapi, baru interview dia je kutt. yang penting, saya nak buat betul betul. dapat tak dapat, itu semuanya terletak pada takdir. doakan saya :)
22 comments:
wahh takut! hari isnin lepas saya kena kejar dgn 4 orang dgn van time driving. :O
anyway, good luck for the interview! :D
haipp! congrates! aah laa. tarikh kite same :)
boleh jumpe kat sane nanti.
haha, seb baik dak tu x mati
dpt educamp utp ka? sesi bila?
skang pun dah ada utk sesi pertama
good luck la ye
utk non-scholarship, mudah kot nak dapat
tp, yuran kat sini mahal sikit la
utk interview, just prepare soklan2 pasal about yourself
why pilih jurusan tuh
then, akan ada interview by group (5 org)
dlm group, korang akan diberi 1 tajuk dan kena discuss depan panel interview
btw, good luck and all the best
meh la kenal utp,hahaha
Aisya J//
ye ke ? kenapa kena kejar pulak ? pergh, tu lagi takut kuttt.
aaa, thanks sis :)
♕ qeen ♛//
ahaaa, u too. congratss.
okaiii, nanti tegur tegur lah kite. saya pemalu. hihi :P
penaberkala//
hihi, tu laaa. nasib baik tak mati =.='
aaa, terima kasih share pasal tu semua. harap sangat dapat pi utp :)
salaam, em, nanti nak taw ea, dye tanye ape? tq. mail me at ilysdm_z@yahoo.com.
as penaberkala said, kalau bukan utk non scholars, insyallah ok =)
tapi dear you kena betul2 sure ngan your decision.
many people think utp ni mcm awesome sangat, memang awesome, but other universities are just as good. don't be caught up by reputation. in the end its what you want to do. if you're serious with engineering, then just do your best. no matter where. education and knowledge is more important, not so much on where you studied. research on the institution you think best for you, prepare yourself in terms of knowledge, be confident, and tawakal. don;t stress out la. this is only the beginning. =)
good luck ok!
oneDirection.//
wslm. errrr, insyaAllah.
Maria Elena (Zarul)//
thanks kak mariaaaa. doakan sayaaa :)
fadhilah, see u tomorroe. i'll be there too :D
hana :)//
ahaaaah, tak jumpa pun. :P
tahniah! bukan sng nak dpt utp.
;)
terima kasihhh.
baru pergi interview jee. tak tau lah dapat ke tak. hihi :)
fadhilah.. kite rase kite nampak awak ! im in group C too. haha.
i was in PANEL 18. ya yaa. crime wave ! hoho
serius ke ? laaaa, kenapa tak tegur masa tuuu ? hihi
masa tu kita panel 12. aisehhhh, kalau tak boleh berkenal kenalan. :D
nak tanye boleh? kalau apply utp utk non-scholar, lepas ni bole ke nk apply utp utk scholarship pulak bila result spm kuar?
boleh je kott. not sure.
hye! saya pun dapat g educamp 25/4 nie.. erm.. camne nak tau erk private or tak private?. ta paham... tanx...
dekat surat tawaran ada tulis untuk private student atau tak. tapi bisanya educamp ni private student. beza dgn scholar. budak scholar minggu ni dorg punya interview. btw, good luck :)
salam...
mak tanye skit..klau interview utk private nie camne ek...diorg tanye psal diri kite or isu semasa..??
bleh tlg bg cth x..??
n bleh x bg gmbaran mcm mane keadaan interview tu t..??
nie first time g interview..cuak la gak...haha...
harap dpt jwb soklan2 nie...thnx..:)
wslm.
masa interview dia akan tanya pasal diri kita and dia akan bagi kita satu isu semasa. akan ada dua section. satu group satu lagi individu. mula2 kita akan ditanya pasal pandangan kita and jawapan kita terhadap isu tu. section kedua, kita akan dipanggil masuk bilik interview secara berkumpulan, and kita kena buat perbincangan dan cari satu penyelesaian terhadap isu yg dia beri pada kumpulan kita. masa interview tu mmg ramai org. biasanya dia letak 2 org interviewer dalam satu bilik. kita kena aktif lah cakap. jgn diam je. harap dpt jawab soalan. good luck !! :)
Post a Comment