30.4.11

#RoyalWedding ; Prince William and Kate Middleton


naaah, i pun nak update tentang #RoyalWedding ni. hihi, tapi tak nak cerita banyak. cuma mahu tempek mungkin beberapa gambar Prince William and Kate Middleton di blog ni. mungkin boleh jadi tatapan untuk masa depan. lol

penat dah menceceh dekat twitter tentang  #RoyalWedding ; Prince William and Kate Middleton ni.







“I will”

Kate: I’m going to do naughty things to you later



belieberzaynster:
thats actually beautiful <3








 





29 April 2011
- tumblr

27.4.11

EduCamp UTP. hihi


-eeee, tak jumpa pun blogger yang pergi EduCamp hari isnin tu. heh, mungkin ramai sangat orang kot. hampir 300++ calon.

salam semuaa.

huwaaaaaa, dah selesai semua. alhamdulillah.

terus segala selera dan nafsu bangkit kembali. ekekeke, selera makan, nafsu tidur, nafsu gelak, nafsu bercakap. semuanya lah dah ada balik. sebelum ni, lepas dapat tau je kena pergi EduCamp UTP tu, terus jadi macam orang tak bernafsu kejap. makan pun sekali sehari je. tu pun berapa sudu nasi je. haha

itu memang penyakit saya kalau takut sangat.

masa dulu nak ambil test JPJ pun jadi macam ni tau. pagi pagi sebelum pergi ambil test termuntah. nasib baik tak ada orang dekat rumah. haha, masa nak ambil SPM paper physics pun sama. tetiba je, pagi pagi buta boleh muntah sebab takut sangat. haha

tapi masa ambil result SPM, serius tak ada rasa takut sampai nak termuntah muntah tu. takut sikit je. hihi

okaii, kita kembali kepada topik EduCamp UTP.

aaa, minggu ni punya EduCamp semua untuk yang ditawarkan sebagai private student kan ? jangan risauu. EduCamp untuk private student ni tak ada test. cuma interviewwww je tau.

andd saya rasa macam sikit bertuah sebab dapat case yang kira ok lah. tentang remaja yang melakukan jenayah. saya bantai je ah apa yang terfikir dekat kepala hotak tu. tiba nak cakap term term yang tertentu dan terlupa word yang sepatutnya, keluar lah bahasa melayu saya. aaaah, saya dah buat yang terbaik. rasanyalah.

masa interview tu, serius saya rasa macam bukan interview. ekekekekeke, rasa macam bercerita dengan kawan kawan je bila cakap dengan interviewer tu. dari mana entah semangat tu datang. sebelum hari nak pergi interview tu kemain penakut lagi.

ok lah kan. at least saya dah pernah pergi UTP. at least saya dah pernah pergi interview. at least saya ber-diet sebab tak makan dengan betul selama tiga hari. haha  =.='

nah pegi baca ni ; nasihat nak masuk universiti.

nasihat saya pula ;

WATLEK JE

wah kau ! kemain lagi ea. mentang mentang dah lepas. haha



bye.

21.4.11

Mengerekot bawah kereta dan UTP.

Sun and Clouds by mrandyface

salam semua.

hihi, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya. nasib baik tauuuu. semuanya nasib baikk. eh, siapa yang follow twitter saya(@FadhilahMn) mungkin dah tau apa yang berlaku dekat saya semalam(200411). seriau weyh. fobia kejap nak bawa kereta.

nampak orang mengerekot bawah kereta.

semalam, saya drive lah kereta kan nak hantar adik pergi tusyen. err, tak sampai sebulan lagi baru dapat lesen. haruslah ada orang dekat sebelah untuk teman saya drive. hihi

masa saya driving, memang saya perasan ada satu ketul motor ni, dia suka nau main cilok sana cilok sini. saya ni dah lah penakut. terus jadi lembab saya drive. tambah tambah lagi, depan kereta saya ada satu ketul lagi motor. ni super lembab punye motor. dah lah bawak motor tengah tengah jalan. heh,

haaaa, motor yang cilok sana cilok sini tu akhirnya dapat pintas kereta yang saya drive(eh, betul ke ayat neh ?). wajiblah makian terkeluar daripada mulut saya. hihi, berbakol lah jugak saya termaki. sebab motor dia hampir tergesel dengan sisi kereta yang saya drive tauuu. mana tak hangin kan.

so, tak pe lah kan. kau dah suka sangat cilok sana cilok sini. ok lah tu  =.='

saya pun teruslah memandu. hihi, tetiba handphone mama bunyi. ada mesej masuk. errr, mula mula tak peduli sangat. lepas tu mama baca mesej tu ;

'Congratulation! You are shortlisted for UTP EduCamp in UTP for private student. For details, please log on to www.utp.edu.my.' (lebih kurang macam ni lah mesej tu. tak ingat lah)

kah kah kah. rasa macam nak tergelak ok. gelak sebab ingat mama main main. macam orang gile saya tanya mama ye ke ? ye ke ? hihi

sekali kena marah dengan mama ; 'jangan suka sangat masa driving. drive betul betul lah. tengok depan!'

kih kih kih.

sekali. hamek kau. dalam tak sampai beberapa meter dekat depan tu saya nampak ada benda pelik weyh. benda pelik dekat tengah tengah jalan.

nasib baik saya tak bawak kereta tu laju sangat. bila perhati betul betul ada motor dah terbalik dekat tengah tengah jalan tu. saya pelik le. bengong ke apa orang tinggalkan motor tengah tengah jalan  =.='

saya cari aa mana orang nya. sekali. hamek kau lagi sekali ! saya nampak ada orang tengah mengerekot bawah kereta. ye bawah kereta ! nasib baik dia tak kena lenyek.

cepat cepat aaa saya tekan break. nasib baik sempat mengelak ok. dak adik nampak ada budak lelaki tengah terbaring bawah kereta tu, terus dia menjerit. lepas tu nangis. dalam hati saya, 'ada yang makan penampo jugak neh !'. ye aaah, yang kau nak nagis bagai tu ape hal ? heh,

saya pun park lah kereta dekat bahu jalan. ada pak cik tu pun sama. dia park kereta dia tepi jalan, cepat cepat dia lari keluar nak tolong orang yang dah terbaring bawah kereta tu. yang saya neh, dah terjerit jerit suruh call ambulance.

dalam kereta saya neh semua perempuan. mama dengan adik yang nak pi tusyen tu je yang keluar pi tengok apa jadi dekat orang tu. dengan pakai baju tak semenggah tak kan saya nak keluar tengok kan. hihi, bongok tak bongok. pakai seluar pendek, shirt dengan tudung indon tu. alasan, bukan nak jalan keluar pi mana. duk dalam kereta je  =.='

Please check under your car... by monkeymachine
ni bukan pingu, tapi orang. heh,
pak cik yang nak tolong tadi, dengan ada beberapa orang lagi, cepat cepat weyh angkat kereta wira tu ramai ramai. ada satu mak cik ni pulak, cuba tarik lelaki yang terlentang bawah kereta tu ketepi sikit.

eh, baru teringat adik dah lambat nak pergi tusyen. mama pun masuk lah kereta balik. saya dah tak berani nak drive. menggigil sikit ok time tu. adesssss, sekali, bila lalu depan tempat accident tu, baru saya perasan, 'eh, budak lelaki ni le yang cilok sana cilok sini tadi tu!'

haaaa, kan dah kena. nasib baik dia tak cedera parah. cuma sebelah muka dia tu makan jalan je aaa. kepala berdarah darah. tapi dia boleh duduk lagi. mungkin kaki patah.

saya sempat lah nampak muka dia kan. air mata dah meleleh leleh. seluar dah koyak rabak. selipar dah terbang sebelah tempat lain, sebelah tempat lain. nasib baik tak kena lenyek tau. wuwuwuwuuw

saya agak lah kan, motor dia tergesel dengan kereta lain, lepas tu dia pun jatuh tergolek masuk bawah kereta yang tengah berhenti tunggu lampu isyarat. eh, entah lah. saya pun tak pasti sangat. yang pasti, budak lelaki tu lah yang saya maki masa drive. nasib baik kau tak arwah weyh!

lepas hantar adik pi tusyen jap, kereta polis dengan ambulance pun sampai.

dan seterus seterusnya, mama lah yang drive. saya dah tak berani. hihi

balik rumah, terus bukak laman web UTP. nak confirmkan betul ke tak. andddd,

klik untuk tumbesaran.
jyeahhh, kena menghadiri EduCamp. saya usha panduan panduan dia. EduCamp dekat UTP ni sehari je. ok lah tu kott.

tapi yang saya seriau, saya tak pernah pergi interview bagai neh. tak pernah ok. tak pernah  =.='

ada siapa siapa boleh kongsi tips tak ? share pengalaman ke ? pleaseeee, tolong saya. tolong saya. oh, saya tak apply untuk scholarship. aaa, saya pun tak faham sangat.

please kongsi tips dengan saya eaaa.

:::HOPE::: by -Cortni Marie-

-mungkin saya tak ada rezeki untuk KPLSPM, mungkin dengan UTP. tapi, baru interview dia je kutt. yang penting, saya nak buat betul betul. dapat tak dapat, itu semuanya terletak pada takdir. doakan saya  :)

19.4.11

Ni apesal ni ?

Feeling Down by `antty

#deardiary

aaaaa, ni apesal tetiba aku macam down gila ni ? ergh, tak suka lah. rasa macam tak sedap hati je.

aku sebenarnya rasa tak tentu arah bila tengok orang orang lain ada yang dapat offer dah untuk sambung belajar. aku rasa macam aku sorang je yang tak dapat dapat. haha  =.='

kan aku kata, tetiba aku rasa down. tiba tiba ye. rasa macam aku sorang sorang je dekat dunia ni. apesal tah ni. aku pun tak tau. mungkin ni penyakit tiap tiap bulan. aku tak suka ok.

KPLSPM hari tu aku tak dapat. ok, ni macam gembira sikit. bengong kan. kan. kan. nasib baik aku tak dapat. sebab mama dengan abah yang suruh aku isi borang tu. aku pun ikut je lah. bila fikir fikir balik, eh, jadi cikgu tu bukan pilihan aku walaupun untuk subjek yang aku suka gila gila tu (maths). kalau aku dapat tawaran temuduga tu, mesti mama dengan abah beria ia suruh aku pergi juga. haishhhh,

tapi rasa kecewa tu ada lah sikit. mungkin tak ada rezeki. eh, tadi kata gembira sikit ? erk,

yang pasti sekarang, saya rasa sangat sangat sangat sedih secara tiba tiba. feeling down down down.

Feeling Down by Liza Rogers

tawar hati.
hati tawar.

17.4.11

Kalau dapat, memang ....

 

memang perghh segar gila ah.
tambah tambah lagi letak durian sikit.
tambah tambah lagi waktu
tengah panas berdengkang ni.

15.4.11

Memang mati.

blogger.com logo by Colin ZHU
#deardiary

buat masa sekarang, blog nufaa.com ni memang kalau boleh kena update tiap tiap hari. dan itu sangat membebankan aku ok. tak. tak kuasa aku nak update hari hari. kalau mampu, aku update lah. aku tak nak jadi sampah nanti.  T_________T

since aku ni pun asyik terperap dalam rumah, perkara perkara yang aku boleh kongsi sangat terbatas. andd, aku sebenarnya pun macam nak gila dah asyik terperap je ni.

susah woo nak maintain kan blog ni balik. dua tahun yang lepas aku blogging dengan url budakfadhilah.blogspot.com. sejak dapat seru tukar [dot] com ni, banyak yang kena mula daripada bawah balik.

haaaa, nak bagitahu sikit juga, aku kadang kadang tak sempat ouhh nak pergi terjah satu satu blog yang singgah dekat chatbox aku tuuu. banyak kerja tau walaupun aku tak bekerja. tapi seboleh bolehnya, aku memang akan cuba pergi blog korang. jangan risauu. kalau terlebih rajin, memang aku akan blogwalking. hihi

secara jujurnya, aku tak ada la mengejar sangat apa yang patut dikejar dalam dunia blogging. aku hanya blogging untuk berkongsi apa yang patut, have fun, anddd dapat ramai kawan. aaa, serius aku cakap, dalam dunia realiti, kawan aku pun tak ada lah ramai mana. semuanya kawan sekolah. jarang kutt aku nak huhaaa huhaaa sangat.

serius aku kata, aku ni pemalu yang amat. aku lagi suka buat kerja belakang tabir je. haha, itu memang personaliti aku.

eh, sebenarnya motif utama aku buat entri ni ialah aku nak bagi tahu yang nufaa.com ni, kalau tak ber-update, memang lah akan mati. jadi rumah kosong je satu hari kalau tak ada entri.

eh, secara tak sengaja aku dah update lah !

(pergh, apa kau merepek ni bongekkkkk !!)

sebelum bye, meh sini aku nak cadangkan satu bacaan yang memang patut lah korang sebagai blogger baca.

patut baca tau !!!

baca tau. memang amat berguna untuk anda sebagai blogger. aku pun macam insaf sikit masa baca. hihi

ok. bye.

12.4.11

Kenapa Outbrain, bukan LinkWithin ?

salam semua.

kalau korang semua perasan, blog ni dah tak guna widget Linkwithin tapi guna widget Outbrain. saya dah lupa laa macam mana saya boleh teringin nak cuba widget Outbrain ni. rasa macam dah lama dah guna.

ni pendapat saya lah kenapa saya rasa widget Outbrain ni sesuai untuk korang cuba ;

1. Outbrain mesra pengguna.

kalau mereka online, bolehlah mengadu masalah korang tentang widget Outbrain ni.

hihi, serius weyhh. bagus jugak. tak ada lah blog ni nampak macam tak siap sebab ada lompong sana lompong sini kan. peduli kan kalau grammar tunggang terbalik pun. janji dia faham. biasa aa, saya banyak cekadak. berapa kali saya suruh betulkan size thumbnails widget tu. dah berapa kali bagi tahu, baru rasa puas hati.

2. Outbrain ada fungsi rating untuk blog. LinkWithin tak ada fungsi rating.

 

haaa, fungsi ni memang obvious lah kan tak ada dekat LinkWithin. tapi saya tak peduli sangat pasal fungsi rating ni. macam semak je nak letak dekat blog. heh,  =.='

3. Bila kita check referrals dekat Nuffnang, ada link Outbrain yang jadi referral. Masa guna LinkWithin tak dak puun.


ni saya tak tau nak terangkan macam mana. korang try lah sendiri.

4. Kalau entri tu tak ada gambar, thumbnails dekat LinkWithin akan kosong. erk, tak tau nak bagi contoh. tapi kalau Outbrain pula, akan muncul thumbnail macam ni.


saya memang cerewet sikit. kadang kadang benda kecil pun saya rasa macam tak puas hati. kalau boleh nak sempurna lah. biasalah, manusia  =.='

kalau widget LinkWithin, thumbnail dia tak akan keluar image kan kalau dalam entri kita tu tak ada image. kan ? kan ? tak ingat dan tak pasti le.

er, tak reti nak cerita banyak tentang LinkWithin ni. cuba usha blog ariffshah.com ni untuk tahu dengan lebih lanjut tentang LinkWithin. klik sini ; ariffshah.com dekat entri bro tu, dia ada la bagi tahu tentang keburukan dan kebaikan widget LinkWithin tu.

so, selamat menelaah dan mencuba.

bye.

11.4.11

Manusia semakin kreatif.

salam semua.

sekarang ni manusia semuanya makin kretif. kreatif yang agak keterlaluan. kalau kreatif bawa kebaikan kepada semua orang tak apa lah juga. ni bawa kebaikan pada diri sendiri je. heh, tamak. tu lah punca utamananya. mungkin.

well, saya rasa korang pun dah tau kan isu telur tiruan ni. pergh, saya agak, ramai juga yang menjadi pencinta telur sejati ni. siapa tak suka telur kan ? oh, sekarang kita tengah cakap pasal telur ayam, bukan telur lain.  =.='

serius ! telur ayam pun dah ada yang tiruan ok. telur cetak rompak. duhhhh, (aku dah aa selalu makan telur goreng kalau malas nak masak . ishhh)

untuk tahu lebih lanjut tentang telur tiruan ni semua, boleh lah ke blog; http://www.ieyra.com/ dekat ada satu entri tu, akak tu ada terangkan panjang lebar tentang telur tiruan tu. pegi aa selongkar ye.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2dmrEczAKBh0-fr-n8tunrIMfn9NbObPN4f-z5DRF793PiqL9Z4pNhFBwlaMyr_KgXP0_7Xo5GCPMtexftEO21QVjYQBhNupUe-7s3yn80f9rIQWTjYNZo6Ac51hBiUuex4JN7JO0qMs/s1600/217402_212101658816474_114762221883752_847136_2336156_n.jpg

lepas ni tolong hati hati ye kalau nak makan telur tu. jangan ghairah sangat. telur tiruan tu membawa kesan yang sangat buruk terhadap badan kita.

aaaa, berapa bulan lepas kalau tak silap saya ada juga isu santan tiruan. mak aihhh. santan tiruan pun ada ok. kreatiff betul manusia sekarang. heh, baik lah, susu badan juga yang terbaik. penuh khasiat. eh #tetibe   =.='

apa kata ganti kan santan tu dengan susu cair. lagi sihat. kan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid6_fHkhUVzD7bugrdA-lpV6qbS2Mmg5vlVAqvCftj7opZEOo2ZZvUjVrppXzcQEc4dFVE1S2mx_1GYpdq70UVz7Y9Jbkmf-pP8ZzwRXjzG8m7C-yGhJLjbFAEKuzpH7ApQ4TkY2sd3mo/s400/coconut-milk%252C+santan.jpg

kalau vcd cetak rompak, vcd tiruan(eh, ada ke?) macam dah basi sikit isu ni. rasa macam susah nak atasi lagi kan. macam macam cara dah rasanya kerajaan buat. cakap pasal vcd, dah lama gila saya tak beli vcd. semuanya, seduttt sedutt sedut(download). hehe

jadi kreatif memang bagus. bukan memang. tapi sangat bagus. tapi jangan lah sampai kreatif sangat nak buat tiruan tiruan pulak. dosa tauuu ciplak ciplak ni. cuba jadi lagi kreatif dengan cipta benda yang baru. lagi bagus.

lagi ? apa lagi yang ditirunya ea ? ada lagi ke yang saya tak tau ? errrrr,

akhir sekali, moh le kita elakkan diri daripada terjebak dengan segala jadah tiruan tiruan ni. terutama sekali, entri dan blog tiruan. eh, #tetibe lagi.  =.='

bye.

8.4.11

Resipi Maggitabak

haiii korang. eh, assalamualaikum korang.

ingat lagi entri Pizza Liyana Lunia tu ? korang dah try ke belum ? jangan malas sangat kalau nak isi perut tu ye. HEHE

sekarang neh, meh saya nak share satu lagi resipi. alaaa, makanan orang bujang je. rasa macam ramai dah tau kut tentang makanan ni. tapi siapa yang tak tau tu, silalah tau taukan ye. eh, nama makanan ni, saya je yang suka suka hati bagi. huehuehuehue

korang biasakan makan maggi ni ? mesti ada je yang suka makan maggi ni. tapi tak elok tau kalau tiap tiap hari makan maggi. sekali sekala tu boleh lah jugak. ni kalau hari hari, nehiii, nehiii nanti kepala pun boleh botak.

sekarang neh dekat pasaran ada banyak jenis maggi. ada maggi goreng le, maggi cawan le, maggi kuah le, maggi mangkuk le, blablablabla lagi. ok. kali ni kita guna maggi goreng ye.


naaah, bahan bahan nya;
  • maggi goreng mi sedap - 1 bungkus
  • telur ayam dua biji.
  • satu keping chesdale
sekarang ikut langkah langkah ni pulak.

1. rebus maggi. yang penting, jangan rebus maggi tu sampai lembek sangat. kalau benyek, tak sedap. agak agak maggi tu kenyal kenyal sikit, ok lah tu.

2. toskan maggi yang dah rebus tadi tu. lalukan dengan air biasa untuk sejukkan maggi tu. lepas tu, toskan. pastikan mi maggi korang tu tak berair air ok. toskan ala kadar je.


3. pecah kan dua biji telur dalam mangkuk. masuk kan segala jenis serbuk perasa ape ke yang ada dalam paket maggi tu. lepas tu kacau kacau kacau sampai puas hati. erk, kalau korang jenis kuat garam, letak la sikit garam. tapi, saya cadangkan, tak payah lah tambah garam ni semua. sebab nanti masin ! perasa yang dah sedia ada untuk maggi tu pun dah kira ok sangat.


4. masukkan mi maggi yang dah di-toskan tu dalam mangkuk yang ada telur + perasa tu. kacau kacau kacau sampai puas hati.


5. carik carik-kan chesdale tu kecil kecil. lepas tu, gaul lah semua-nya sampai puas hati.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/71036_114844658542337_2957397_n.jpg

6. panaskan frying pan korang. letak minyak sikittt je. sikit tau. jangan banyak banyak. maksud sikit tu bukan satu sudu ye. maksud saya, lagi sikit.

7. bila pan  dah panas, kecilkan api sekecil yang boleh. lepas tu, tuangkan adunan(eh, adunan ke ? apa apa je lah ye) yang ada dalam mangkuk tu atas pan tadi. cepat cepat korang (serius tak tau nak terangkan macam mana) tarik tarik mi maggi tu supaya dia jadi macam murtabak. jangan bagi dia sekelompok je. maksud saya, leperkan maggi tu. erk, sebab tu saya kata api kena kecil. kalau api besar sangat, nanti ada sebahagian maggi tu akan hangusss.  =.='


8. tunggu laa sampai maggi tu warna coklat coklat sikit. kalau suka garing, biarkan lama sikit. tak hangus punye kalau masak dengan api yang kecil. kalau tak suka maggi tu hitam ke atau tak nak garing, rasa macam dah masak tu, boleh je angkat. ni ikut instinct korang laa. rasa macam dah masak, angkat lah maggi tu ye.


9. siap ! boleh makan ! hihi


ohh, kalau nak pedas, boleh tambah cili padi yang dihiris halus. tak pun, bawang merah yang di-potong dadu comel comel. letak sama dengan chesdale tu.

mungkin rupa makanan ni nampak macam tak best. tapi, cubalah dulu. dengan cheese yang cair-nya. pergh, serius saya suka ! haha

makanan ni tak ada nama. so, saya bagi lah nama maggitabak. macam comel je nama tu. heh,

resipi ni saya belajar dengan kawan adik saya  =.='  budak budak bawa bekal kan, rasa macam sedap. tu yang belajar buat. Bulan, nanti awak jangan lupa try tau. hihi

so korang, selamat mencuba ! kalau ada resipi best ke, korang share lah ye. saya suka makan, saya ok.

bye.

6.4.11

Ini mesti...


Hati tengah kacau agaknya. memang sumpah saya sedih.


Tengok lah. seminggu lebih lepas punya hal pun saya ungkit ungkit lagi. memang betul lah, hati tengah kacau. kepala tengah serabot, emosi tak stabil.

Bye.

5.4.11

Laaa, baru perasan.

salam.

eh, semalam baru saya perasaan yang saya tak tukar background tu lagi. huehuehuehue, ada je budakfadhilah.blogspot.com tu tertempek lagi.

dah dua tahun lebih saya berblogging, template tu je lah yang saya guna. background dia je yang saya tukar tukar. tak ada kekuatan nak godek lebih lebih. memang teringin gila nak make up blog ni lain sikit, tapi nanti aaa. belum bersiap sedia lagi. hidayah belum sampai. huehuehuehue

bila nufaa.com wujud, semuanya bermula balik daripada awal. dulu blog ni ber- PR 2. Alexa rank tak ada laaa bagus sangat. tapi ok ok je la. bila tukar je nufaa.com semuanya kosong balik. kui kui kui, kena gigih mula balik ni.

tapi, saya bukan nye faham sangat jadah rank rank tu semua. haha, sikit sikit tu faham lah jugak kan. eh, siapa yang tak suka tengok blog dia maju kan. semua orang yang berblogging mesti suka tengok kemajuan blog mereka. kalau tak suka, tak payah blogging. hihi

nanti nak duduk diam diam fikir cara nak make up blog ni lah.

eh, ada idea untuk saya tak ? kalau ada, share pleaseee. hehe

ok. bye.

4.4.11

Tak mahu berfungsi.

facebook logo by marcopako 
#deardiary

haishhhh,

Facebook dah macam tak berfungsi. bosan. tak boleh gunakan sepenuhnya Facebook lagi. pak cik, mak cik, kakak sedara, sepupu, sepapat, semuanya dah ada dalam friends requests tu. tak ada privacy langsung kalau aku nak manja manja dengan kawan kawan tersayang.

nak carut manja manja dengan kawan kawan pun kena fikir dua tiga kali sebelum buat status dekat Facebook tu. kalau ada je yang aku terlepas kata, cepat je lah nanti tersebar. balik kampung, semua pandang atas bawah nanti. heh, aku rimas tau daaak.

kenapa kena macam tu ? Facebook tu tempat aku bersosial secara maya tahu taaak ? dah lah sekarang dah susah nak jumpa kawan kawan aku tu.

nanti tak approve, bila balik kampung tanya apa pasal tak approve. eh, siap nak tanya. tak pun nanti inbox aku suruh approve. last last aku approve je. tapi jadah semua dalam Facebook tu aku hide kan daripada depa semua. habis cerita.

pergh, sepupu aku yang sebaya tu lagi le. terus deactivate Facebook dia. haha, betul kata dia, Facebook tu dah tak guna. baik kita memekak dekat twitter.

andd yeahh, aku sekarang active dekat twitter. lagi mudah, pantas.

apa apa hal, follow je aku dekat twitter ; @FadhilahMn

bye.
Twitter by tiago_custodio

3.4.11

Family Day yang TER !

assalamualaikum.

cerita ni macam dah basi sikit. sebab malas nak buat entri. heh, (pemalas betul engkau ni !)

dekat entri Blog awak huru hara la ! saya ada bagi tahu kan saya pergi Port Dick Son sebab ada Family Day. so, ini lah cerita nya. hehe, dah seminggu lebih lebih dah pun berlalu. tetiba rindu nak rasa udara laut. saya pun tengok laaa folder gambar gambar Family Day.

banner simple gila. dua hari sebelum pergi PD baru tempah. asalkan ada banner je pun dah kira ok lah kaaan. hehe
oh, ni kali pertama family belah mama buat Family Day. kiranya, semua masih baru cuba cuba. sebab tak pernah lagi organize Family Day yang macam ni.

mama ada sembilan adik beradik. tapi yang dapat hadir masa Family Day ni cuma lapan keluarga je. ok lah tu kann. ada juga yang tak dapat datang sebab kerja, blablablabla.

18.3.2011 hingga 20.3.2011

jadual semua memang padat. tak sempat duduk diam diam, ada je acara. keh keh keh. bila tiba satu masa, memang saya dah tak larat nak join. lepak dalam bilik je aa membuta. lepas tu baru join balik.

hari jumaat tu kira hari semua orang berkumpul dekat PD. orang Kedah, Pahang, Johor, Melaka semua mai PD. memang berkobar kobar ni. haha, tak pernah weyh buat Family Day. mana tak excited kannn. ada yang sampai petang, malam, pepagi buta hari sabtu pun ada. heh,

hari sabtu pula, penuh dengan game. sukaneka laaa, karok laaa, BBQ laaa, blablablabla. penat gile. tapi memang fun habis. keh keh keh

aaaa, kalau saya cerita banyak pun, korang bukan kenal pun kan. ehehehe, meh la tengok gambar gambar yang tak seberapa ni.

 
mama kemain bersungguh lagi. huihuihui
ni game ape tah. boling kelapa ea ? family saya dapat no berapa tah. ekekekeke, memang semua macam sengal sengal aa main game ni.

makin jauh makin sayang.
ngeh ngeh ngeh. gambar yang atas ni untuk game makin jauh makin sayang. awwww, ada yang tergolek sebab nak sambut belon air tu.   =.='

 

haaaa, game ni laa saya boleh tengok mak cik mak cik saya tergolek golek sakan atas pasir. haha, rebut kelapa. dah macam hape dah badan kena salut dengan pasir pantai tu. kui kui kui

 

aaa, ni acara biasa lah kan. gula dalam tepung. khas untuk budak budak. kesian kanak kanak tak ada game. eh, sebenarnya banyak game untuk kanak kanak. ada acara cari selipar, blablablabla, serius tak ingat nama nama game tu. hehe

haha
satu satu nya game yang saya join. hehe, Let's Coke. serius hidung macam kena bakar masa teguk Coke banyak banyak. phewww, tapi best. time ni, nasib baik tak ada yang termuntah. ada lagi game makan ni sebenarnya, tapi tak dapat buat sebab tak cukup masa. kalau tak, mesti saya join. haha(makan je keje kau !)

 

nama pun Family Day dekat pantai kaaan. seharusnya ada waktu untuk mandi manda. ngeh ngeh ngeh, cuba cari mana saya dekat dalam gambar tu. tak kan jumpeeee.

nasib saya selalu tak baik kalau pergi bercuti tauuu. ada je halangan kalau nak mandi laut semua ni. luka kaki laa. tangan sakit laaa. sakit perempuan laa. macam macam hal weyh. dekat pulau tioman, pulau pangkor, pulau langkawi, mana mana pantai lagi aaa. memang tak dapat nak rasa mandi laut ni. kalau nasib baik je saya boleh. kalau tak, cium bau laut je lah jawabnya.   =.='

semua tekun weyh.
ini game yang paling kritikal. semua kena tekun. game ni khas untuk anak anak dara. untuk mak dara nan adooo. ngeh ngeh ngeh. konon konon nak uji kepakaran hal hal dapur laaa. saya tak boleh join. sebab saya yang kena adili game ni. hehe

eh, ada banyak game lagi sebenarnya. gambar pun banyak lagi sebenarnya. kalau saya tempek dekat sini, sure sure panjang giloss entri ni. ni pun rasa dah cukup panjang. ehehehe,

malam sabtu pula macam biasa laaa kan. acara BBQ. alaaa, kecil kecilan je. kalau buat dekat rumah, haruslah besar besaran. ni dekat banglo tu, peti ais dia punye lah comel kan. tak boleh sumbat banyak banyak. barang makanan pun memang tak bawa banyak. heeeeeee,

so, sampai di sini je laa kan episod Family Day ni. tahun depan dengar kata macam nak buat dekat Cameron Highland. wehuuuuu, tak sabauu ni.

ni baru separuh. ramai lagi sebenarnya. tapi dorang dah lari balik sebab nak mandi. takut kena beratur nak guna toilet. hehe
ouh, pengasas Family Day ni ialah kakak sedara saya. keh keh keh

ok. bye.
         
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License