Pengguna Facebook, Twitter, harus kental. | Blog BudakFadhilah

23.3.11

Pengguna Facebook, Twitter, harus kental.

oh ye, para blogger pun perlu berjiwa kental.

eh, assalamualaikum semua. hari ni saya nak membebel. erk, semua gambar ni sebagai contoh sahaja. jangan marah naaaa.

sebenarnya, dah lama dah perhatikan perkara perkara yang macam ni. saya kan suka memerhati. kadang kadang tak teringin pun nak stalk orang bagai ni. cuma klik klik segala link yang boleh di klik je. bila dah macam tu, banyak lah benda yang saya dapat teroka. keh keh keh

dia kata orang melaka kasar. habis tu dia ? mampus tu sopan ea ?
secara tak langsung, saya pun men-ter-baca-kan segala jadah page yang saya open tu. blog orang le. gambar le. status orang pun saya baca kalau ter-rajin sangat hari tu. biasanya, status orang dekat Facebook tu memang jarang aa baca. bukan dapat faedah pun. sibuk je nak tau kan. yang selalu saya baca, biasa aaa, blog !

kenapa saya cakap pengguna Facebook / Twitter / Blog kena kental ? errr, ni pandangan saya lah kan. personally ok.
  • macam yang korang tau la kan, Twitter dengan Facebook dengan Blog tu kan macam tempat nak share apa yang patut(info, cerita, hidup kau, blablablabal). kadang kadang, bila nak menegur orang sekeliling ke, tak kira la yang awak kenal orang tu ke tak, dekat Twitter dengan Facebook dengan Blog tu lah awak taip. kan ? hmm, dari status / entri seseorang itu, kita mesti boleh agak emosi dia semasa sedang menaip.

tapi kan, ada je orang orang yang SELALU tersalah faham dengan emosi dan nada si penaip apabila baca sesuatu entri / status tu. padahal, si penaip tu menaip tanpa emosi yang tertentu(bukan marah, tengah marah, sedih, gembira). mungkin dia cuma terfikir nak bagi nasihat, atau dia cuma nak menaip ikut suka hati dia atau dia memang nak perli perli orang atau blablablablablabla. tapi, orang orang tu tersalah tafsir pulaaaak.

 

itu le salah satu kekurangan alam maya ni. pembaca kadang kadang boleh salah faham dengan apa yang si penaip cuba nak sampaikan sebab dekat alam maya kita tak boleh bagi tahu emosi sebenar dan nada sebenar kita semasa sedang suarakan sesuatu.

sebab itu, selalunya, saya akan baca sesuatu entri / status seseorang tu tanpa emosi. haha, memang saya buat macam tu. sebab, saya tak nak bacaan saya tu dipengaruhi dan mempengaruhi dengan emosi saya ketika itu. kui kui kui, lepas hampir separuh bacaan, baru saya cari emosi sebenar bacaan tu. tak faham ? ergh, saya tak reti lah nak terangkan macam mana. sila buat eksperimen sendiri. hehe

dengan itu, pengguna Twitter, Facebook, Blog harus berjiwa kental. jangan nak emosi je keje.

bila emosi, nanti bergaduh. heh, benda kecil pun boleh jadi besar.

  • lepas tu kan,  Twitter dengan Facebook dengan Blog tu kan macam tempat menghambur(tempat kau luahkan apa kau nak) apa yang terbuku dekat hati. kiranya macam nak monolog ke bende gitu la. heh, saya pun selalu je buat macam tu. kalau benda benda remeh ni, saya selalu meroyan dekat Twitter je lah. dekat Facebook jarang.

biasanya Twitter yang public kan ? haaa, bila Twitter tu public orang orang mesti boleh baca segala jadah apa yang awak taip dekat situ. perasaan ke, nak emosi ke, tengah buat apa, blablablabla. lepas tu, ada le pulak status kita tu macam perli perli orang. padahal, kita perli diri sendiri. tak pun, sebenarnya kita perli adik adik kita atau kawan kita. boleh pulak orang orang lain terasa dengan status kita tu kaaaan. tak memasal. tetiba !


keh keh keh. kalau macam tu, memang lawak aaa. orang bebel pasal orang lain, tetiba ada orang lain yang terasa pulak. haha, tu laaa, biasanya, orang makan cili dia lah yang terasa pedas tu. heh, boleh jadi juga, kerana status tu, ada orang terasa hati dengan kita. ergh, itu yang paling saya tak suka.


sebab tu, pengguna Twitter, Facebook, Blog harus berjiwa kental. jangan asyik cepat nak terasa je.

selagi orang tu tak mention nama awak, buat bodoh je. kalau awak terasa tu diri awak pun, sila buat bodoh. sebab, kalau awak pergi serang dia ke, lepas tu dia kata dia tak mention pun nama awak, tak ke awak malu ? HAHA

  • lagi, errrr, haaaa, saya dah tengok banyak orang yang popular dalam kalangan orang Melayu dekat  Twitter dengan Facebook dengan Blog dengan Youtube. sekarang macam dah ramai kan. masing masing ada kelebihan sendiri. andd, personally saya suka dengan cara mereka. yeahh, unik. lain daripada yang lain.

macam contoh, dekat Youtube, kita ada AnwarHadi, Mat Luthfi, blablabla, korang cari sendiri. dekat Blog pulak macam cik Irine Nadia, encik Zack Zukhairi, cik Fatin Liyana, cik Epal, blablabla, ramai sangat yang popular. eh, Kak Ynn kita pun popular jugak taaauuu(bukan bodek !). ekekekkeke

bila dah popular macam tu, fans beribu riban, mesti laaaa ada haters nye. eh, itu lumrah manusia kot. tak boleh tengok ada orang yang lebih baik sikit. asyik nak dengki je. lepas tu jadi anonymouse, kutuk kutuk orang. macam tak ada keje lain.


yang terbaru, video KamiBenciAnwarHadi. pergh, serius saya macam menyampah gila dengan video tu. entah apa salah orang tu kau nak benci benci pulak kan. kau tu yang poyo ! pengecut ! macam orang tak ada akal ! cik Epal pun selalu je kena serang dengan anonymouse dulu kann. tapi cik Epal ni kental wooo. tu yang saya suka tu. hehe, banyak lagi laa yang kes kes macam ni. kalau nak cerita tentang anonymouse, memang sampai esok tak habis

sebab tu, jadi pengguna Twitter, Facebook, Blog harus berjiwa kental. pendengki memang banyak.

aaaa, terus rasa nak emo bebel pasal haters ni.

bye.

eh, panjangnya entri ni. erk, kata nak mebebel kaaann. ok dah habis bebel.

*entri perap dalam draft  =.='
                                       
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License