Lagi orang bunuh diri di Melaka. Putus cinta jadi punca. | Blog BudakFadhilah

3.3.11

Lagi orang bunuh diri di Melaka. Putus cinta jadi punca.

MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa.

Assalamualaikum korang.

macam biasa, lepas mama balik sekolah, kiteorang mesti duduk satu meja makan sama sama and bukak cerita sama sama. apa jadi dekat sekolah, apa jadi dekat rumah, apa jadi dekat adik adik, exam diorang macam mana, semuanya kiteorang bualkan. hehe

hari ni mama cakap, ada lagi orang bunuh diri dekat Melaka. dekat Ayer Keroh. dekat aahh jugak dengan kawasan tempat tinggal saya. tak dekat sangat, kena naik kereta juga kalau nak pergi(heh, apa aku merepek neh).

so, alang alang mama dah buka cerita pasal bunuh bunuh diri ni, haruslah mama ceritakan apa yang dah jadi. aaaaahh, cerita ni dah agak basi mungkin. pagi tadi berlaku. dalam pukul lapan pagi. lebih kurang laaa. masa orang sibuk menjalani kehidupan seharian.

orang yang bunuh diri ini lelaki. baru je umur 19 tahun. muda sangat lagi. anddd, kalau tak silap dia orang Sarawak. kesian doeeee.

oh, dia bunuh diri kerana putus cinta. ok, ni memang tak boleh blah. kalau ye pun frust menonggeng sangat, janganlah sampai bunuh diri. banyak lagi perempuan lain yang wujud dekat muka bumi ni.

awak, awak, awak yang sedang bercinta tu, tak payah lah sampai terfikir nak bunuh diri kalau gagal dalam percintaan. mula kan saja cinta yang baru. mula mula memang lah susah nak terima kenyataan yang kita dah putus cinta, tapi lama lama semuanya akan ok. percayalah. masa sahaja yang akan sembuhkan hati awak yang luka tu.

heh, saya tak reti lah nak cerita banyak bayak hal cinta cinta ni, saya bukan pernah bercinta pun. kalau korang nak tau lagi cerita pasal kes bunuh diri ni, korang boleh klik sini ; HARIAN METRO

banyak sangat kes bunuh diri sekarang neh. tapi, apa yang jadi dekat mereka semua tu, kita ambil sebagai pengajaran. fikir dulu sebelum nak buat sesuatu yang bodoh. ingat bila dah mati masalah boleh selesai ? kalau yang beragama islam tu, huh, alam akhirat nanti macam mana lah keadaannya.

yang penting, ingat tuhan. ingat Allah. DIA tak akan beri kita ujian itu kalau kita tak mampu tanganinya. mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku

ini peringatan untuk diri aku juga. Allah itu sentiasa ada  :')
     

5 comments:

rosdud said... Reply to this comment

astafirullahalazim~
yes, setuju ayat last :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

tu aaa kan, sampai bunuh diri sebab putus cinta.
Allah itu sentiasa ada. hati pun boleh jadi tenang bila kita yakin dengan ayat tu. :)

Unknown said... Reply to this comment

omg..sangat pity on that man :(

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

tu laa kan, kesian kaann. cinta punya pasal, jadi macam ni.

Abdullah said... Reply to this comment

Tidaklah Allah itu menguji kamu sehingga Dia tidak memandang kepada kamu. Maksudnya Allah itu menguji kita dengan perkara yang mampu kita hadapi.

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License