31.3.11

Baru aku tau...

#deardiary

Baru aku tau betapa susahnya nak buat
pilihan untuk masa depan ni !

HAISHHHHHHH

Semoga tak salah pilih.
kalau tersalah nanti, kena tempuh jugak.

Doakan aku  :')
                 

30.3.11

Older post. Diari. Malu ah.

salam semua.

Flock Blur by J Gilbert
Terbang jauh. Flickr.
tau dak, sekarang neh saya rasa macam blank gile. tak tau nak update apa.(tipu. tipu. ada banyak entri yang jadi draft tu.)

nak cerita pasal life diri sendiri, bosan dah. asyik ulang benda yang sama je. tiap tiap hari macam berulang. pergh, menyedihkan betul ! lepas tu ada ke yang baca ? ni yang penting ni. HAHA

sekarang neh, kalau nak cerita pasal life, saya lebih selesa cerita dekat tumblr saya. heeeee, dekat situ, memang saya cerita, khas untuk orang orang yang saya kenal dan mereka yang kenal dengan saya(ayat ni putau belit ke? tak kan?). so, dekat Blog BudakFadhilah(BBF) ni, saya macam lebih selesa nak share sesuatu yang berinformasi sikit. tak ada ah berinformasi sangat. sikit sikit je.

ceh, dah dua tahun engkau blogging. sekarang nak cakap macam neh pulak ? !

erk, tapi sayang ahh nak tinggal lama lama blog neh. so, saya buat macam biasa je ah kan. kalau ada cerita, saya kongsi. kalau tak, saya senyap. tu je ah caranya. kang kalau paksa paksa pulak, jadi sampah je nanti.  =.='

well, banyak sangat masa dekat rumah, saya godeh godeh ahh older post. mak aihhh. malu i baca balik entri entri lepas. HAHA, itu ke diri aku ? banyak emo. banyak sedih. banyak bosan. lepas tu rasa macam(baca enam harkat) macam kalau lah aku tak buat macam tu. ergh,

err, yang jiwang jiwang, dekat diari je aa saya tulis. dekat sini ? nan adoo. buat segan je. cuma yang tak best tu, tahun 2010 saya tak ada diari. tahun 2010 tu dah ah tahun terakhir sekolah. tapi tak ada diari pulak. kalau nak ingat, kene perah otak refresh balik.

oh, perempuan biasa ada diari kan. korang pun mesti ada je diari. lepas tu tak ter-update update. HAHA, banyak kosong. sebab ? malas nak tulis, lupa, tak ada masa nak tulis. kannnnnn. saya pun sama le. =.='

malam tadi, pukul 3 pagi tak boleh tidur. lepas tu mula lah, bukak satu satu diari. ada diari 2007, 2008, 2009, 2011. sumpah kelakar baca. HAHA, lepas tu, tiba satu part, menangis pulak. kadang kadang gelak sorang sorang. sambil layan diari, layan lagu Bila Cinta jugak. repeat berapa puluh kali entah. haissshh, masalah betul !

dah puas layan diari, bukak album pulakkk. nangis lagi. HAHA

apa apa je lah hati oii.

bye.
Blushing birthday girl by sopheava
Flickr.

29.3.11

Gelatin babi dalam coffee.

salam sayang semua. ehem,

Kluang Station

semalam kan, tetiba abah cakap, coffee Kluang Station yang selalu kite orang minum tu sebenarnya haram sebab mengandungi gelatin babi. ohh myy,

(eh, ramai orang dah tau ye ? dan saya baru je tau ye ?)

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
baca lagi berita tentang ni di metro.

tersentap kejap. selalu kot family saya lepak malam malam dekat Kluang Station dekat Tesco Melaka tu. lepas penat beli barang barang dapur amende semua, selalunya mesti singgah Kluang Station tu. makanan wajib yang saya minta ialah fries dia. air pulak, milo ais !

lepas tu kalau pergi Kluang, rumah ayah long saya, wajib singgah Kluang Station yang dekat dengan stesen keretapi tu. lepas tu beli paket paket kopi tu untuk stok dekat rumah.  =.='

konon konon dulu saya nak stay up sampai pagi pagi buta, coffee pekat ni lah yang saya teguk. tapi, rasa mengantuk tu memang tetap ada. heh,  =.='

Toast and Coffee

saya jarang minum coffee dekat Kluang Station tu. saya lebih suka minum coffee tu masa dekat rumah. dulu laaa. tapi sekarang memang dah jarang. sebab dah jarang pergi Tesco Melaka tu.

bila abah cakap je yang yang coffee dekat Kluang Station tu sebenarnya haram, terus dalam kepala hotak saya ni fikir fikir, dah berapa cawan le aku teguk kopi tu. Ya Allahhh.

for me, benda yang dah lepas tu, kita kena terima lah kan. dulu tak tau yang coffee tu haram. sekarang baru tau. kalau lah andai kata keluar kenyataan yang coffee tu sebenarnya tak haram pun, rasa ragu ragu terhadap coffee tu mesti timbul. lagi baik tak payah minum !

Toast with Butter and Kaya

tapi kan, paling saya suka aa dekat Kluang Station tu,  dia punya butter dengan kaya laa. once dah masuk mulut, butter tu macam terus cair. macam ais krim weyh. sumpah sedap ! tapi, lepas tau je perkara ni, erghh terus macam emo. huehuehue

tak apa laa. banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan. masih ada johnnys, pizza, mcd, blablabablablablabla. banyak lagi makanan lain.

lupakan je lah lepas ni Kluang Station tu.
       

28.3.11

Lily Allen - Littlest Things



Lily Allen - Littlest Things

Sometimes I find myself sitting back and reminiscing
Especially when I have to watch other people kissing
And I remember when you started calling me a miss's
All the play fighting, all the flirtatious disses

I tell you sad stories about my childhood
I don't know why I trusted you but I knew that I could
We'd spend the whole weekend lying in our own dirt
I was just so happy in your boxers and you t-shirt

Dreams dreams
Of when we had just started things
Dreams of you and me
It seems it seems
That I can't shake those memories
I wonder if you have the same dreams too

The littlest things that take me there
I know it sounds lame but it's so true
I know it's not right but it seems unfair
The things are reminding me of you
Sometimes I wish we could just pretend
Even if only for one weekend
So come on
Tell me
Is this the end

Drinking tea in bed
Watching DVDs
When I discovered all your dirty grotty magazines
You take me out shopping
And all we buy is trainers
As if we ever needed anything to entertain us

The first time that you introduced me to your friends
And you tell that I was nervous so you held my hand
When I was feeling down
You'd make that face you do
There's no one in the world
Who could replace you

Dreams dreams
Of when we had just started things
Dreams of you and me
It seems it seems
That I can't shake those memories
I wonder if you have the same dreams too

The littlest things that take me there
I know it sounds lame but it's so true
I know it's not right but it seems unfair
The things are reminding me of you
Sometimes I wish we could just pretend
Even if only for one weekend
So come on
Tell me
Is this the end

suka dengar lagu ni. hehe, cuba korang dengar. best tak ? best tak ? dah lama sebenarnya lagu ni.

27.3.11

Masa depan tau.

Salam semua.

The Big BOOK SA Question Mark by BOOKphotoSA

erk, sekarang ni tengah tensiiii. fikir masa depan katanya.

nak ambil kos apa ? nak sambung belajar dekat mana ? nak buat apa ? blalablablablabla

tetiba semalam baru terasa nak menangis. menangis sebab dulu tak nak dengar cakap mama. tapi benda dah lepas kaan. kena lah terima  :')

fine laaa. saya minat matematik, matematik tambahan, kimia. apa boleh buat ek ? buntu gila kut sekarang neh.(macam besar sangat masalah kau !)

sekali, abah dengan mama suruh apply maktab. alamakk aiii. apply je la kann. dapat tak dapat tu belakang cerita. semua jadah yang boleh saya apply, saya isi je borang. selagi lepas syarat minimum kelayakan, semua saya isi. haha, mana tau ada rezeki kaaan.

so, ada sesiapa boleh share pandangan ke tentang ni ? bagi cadangan tentang kos ke ? mana tau terbukak sikit mata hati saya ni mana nak pergi. bagi lah pendapat sikit. tolong saya niii.
              

24.3.11

Yang penting jangan overconfident.

CLOSED_EYES_BABY_BOY_SMILING by alabs

Assalamualaikum.

#deardiary

Alhamdulillah. semua yang berlaku dua hari ni boleh buat aku senyum besar. ekekekekee, kita mulakan dengan cerita semalam. 23.3.2011

Result SPM aku ? sangat memeranjatkan. aku pun tak sangka. HEHE, sebenarnya, aku tak letak apa apa target pun. aku terima je lah kalau itu memang dah keputusan aku.

semalam, rasa nak gelak pun ada, nak jerit pun ada, nak guling guling pun ada. so, aku macam tak ada perasaan sangat. mungkin sebab aku tak letak target kutt. HAHA

berapa aku dapat untuk SPM ? tak ada la baik sangat pun. biasa biasa je. janji semua kredit. tak ada yang gagal.

tapi, banyak subjek yang aku tak sangka boleh dapat result macam tu. sayang addmath banyak banyak. benci physics. tetiba, sayang biology pulaaak. sejarah nasib baik A. HAHA, tak pe. boleh re-check. semua yang berlaku tu ada hikmah nya.

mama kata, 'kalau awak tak leka dengan internet, dengar cakap mama dengan abah, awak boleh dapat lebih baik daripada ni. tengok sekarang ni, dalam awak kata awak tak yakin laa, takut gagal laaa, tak belajar laa, boleh je dapat result macamni. kalau dulu awak dengar cakap mama, usaha lebih sikit, result awak mesti lagi baik'. fine, aku senyap. aku mengaku apa yang mama cakap tu betul.

nasib baik abah dengan mama tak kecewa ke tak sedih. aku hadap dua dua, tanya betul betul mama dengan abah sedih tak, kecewa tak, dorang cakap tak. itu dah ok dah. nasib baik jugak, paper mama aku dapat A+. HAHA, kalau tak, mati aku jadi macam masa PMR dulu. kena kutuk.  =.='

dulu, menangis nangis aku tak nak masuk kelas sains tulen. haha, tapi tu semua dulu. sekarang dah ok. result pun ok. tak terus sangat, tak baik sangat. alhamdulillahhh.


ok, tengah dalam dilema fikir masa depan pulak. susah betul ! abah dengan mama memang bagi aku peluang untuk pilih apa yang aku nak buat. tapi tu aaah, aku ni pun sengal sikit. semua aku tak yakin. masalah betul !

tapi,
YANG PENTING JANGAN OVERCONFIDENT.

cerita hari ni pulak, yes, yes, dah lulus jpj test. aku dah kandas test pertama. nasib baik test kedua ni aku lulus. malu lee nak bagi tahu orang aku gagal test pertama. ekekekekek, ni dah lulus, baru boleh cerita. tak payah hadap kereta manual lagi. yes, yes. hehe


test pertama aku kandas, sebab aku terlampau cuak. takut sampai menggigil. kereta belum sampai dekat garisan kuning atas bukit, aku dah angkat tangan. terus gagal. HAHA, dekat jalan raya pulak, tester tu kata aku bagi signal awal. eleh, banyak cekadak. terus gagal. kalau boleh, korang elakkan la tester perempuan. cerewet gila.

masa ambil test tu, buat macam biasa je. macam masa belajar driving. pedulikan orang jpj tu. yang penting, jangan lupa baca doa naik kenderaan. ceh, kau dah lulus baru cakap macam ni. hehe

tapi,
YANG PENTING JANGAN OVERCONFIDENT.

Semua yang berlaku tu ada hikmah nya.

ALLAH itu maha adil.

- orang yang akan cuba tak putus asa  :')

23.3.11

Pengguna Facebook, Twitter, harus kental.

oh ye, para blogger pun perlu berjiwa kental.

eh, assalamualaikum semua. hari ni saya nak membebel. erk, semua gambar ni sebagai contoh sahaja. jangan marah naaaa.

sebenarnya, dah lama dah perhatikan perkara perkara yang macam ni. saya kan suka memerhati. kadang kadang tak teringin pun nak stalk orang bagai ni. cuma klik klik segala link yang boleh di klik je. bila dah macam tu, banyak lah benda yang saya dapat teroka. keh keh keh

dia kata orang melaka kasar. habis tu dia ? mampus tu sopan ea ?
secara tak langsung, saya pun men-ter-baca-kan segala jadah page yang saya open tu. blog orang le. gambar le. status orang pun saya baca kalau ter-rajin sangat hari tu. biasanya, status orang dekat Facebook tu memang jarang aa baca. bukan dapat faedah pun. sibuk je nak tau kan. yang selalu saya baca, biasa aaa, blog !

kenapa saya cakap pengguna Facebook / Twitter / Blog kena kental ? errr, ni pandangan saya lah kan. personally ok.
  • macam yang korang tau la kan, Twitter dengan Facebook dengan Blog tu kan macam tempat nak share apa yang patut(info, cerita, hidup kau, blablablabal). kadang kadang, bila nak menegur orang sekeliling ke, tak kira la yang awak kenal orang tu ke tak, dekat Twitter dengan Facebook dengan Blog tu lah awak taip. kan ? hmm, dari status / entri seseorang itu, kita mesti boleh agak emosi dia semasa sedang menaip.

tapi kan, ada je orang orang yang SELALU tersalah faham dengan emosi dan nada si penaip apabila baca sesuatu entri / status tu. padahal, si penaip tu menaip tanpa emosi yang tertentu(bukan marah, tengah marah, sedih, gembira). mungkin dia cuma terfikir nak bagi nasihat, atau dia cuma nak menaip ikut suka hati dia atau dia memang nak perli perli orang atau blablablablablabla. tapi, orang orang tu tersalah tafsir pulaaaak.

 

itu le salah satu kekurangan alam maya ni. pembaca kadang kadang boleh salah faham dengan apa yang si penaip cuba nak sampaikan sebab dekat alam maya kita tak boleh bagi tahu emosi sebenar dan nada sebenar kita semasa sedang suarakan sesuatu.

sebab itu, selalunya, saya akan baca sesuatu entri / status seseorang tu tanpa emosi. haha, memang saya buat macam tu. sebab, saya tak nak bacaan saya tu dipengaruhi dan mempengaruhi dengan emosi saya ketika itu. kui kui kui, lepas hampir separuh bacaan, baru saya cari emosi sebenar bacaan tu. tak faham ? ergh, saya tak reti lah nak terangkan macam mana. sila buat eksperimen sendiri. hehe

dengan itu, pengguna Twitter, Facebook, Blog harus berjiwa kental. jangan nak emosi je keje.

bila emosi, nanti bergaduh. heh, benda kecil pun boleh jadi besar.

  • lepas tu kan,  Twitter dengan Facebook dengan Blog tu kan macam tempat menghambur(tempat kau luahkan apa kau nak) apa yang terbuku dekat hati. kiranya macam nak monolog ke bende gitu la. heh, saya pun selalu je buat macam tu. kalau benda benda remeh ni, saya selalu meroyan dekat Twitter je lah. dekat Facebook jarang.

biasanya Twitter yang public kan ? haaa, bila Twitter tu public orang orang mesti boleh baca segala jadah apa yang awak taip dekat situ. perasaan ke, nak emosi ke, tengah buat apa, blablablabla. lepas tu, ada le pulak status kita tu macam perli perli orang. padahal, kita perli diri sendiri. tak pun, sebenarnya kita perli adik adik kita atau kawan kita. boleh pulak orang orang lain terasa dengan status kita tu kaaaan. tak memasal. tetiba !


keh keh keh. kalau macam tu, memang lawak aaa. orang bebel pasal orang lain, tetiba ada orang lain yang terasa pulak. haha, tu laaa, biasanya, orang makan cili dia lah yang terasa pedas tu. heh, boleh jadi juga, kerana status tu, ada orang terasa hati dengan kita. ergh, itu yang paling saya tak suka.


sebab tu, pengguna Twitter, Facebook, Blog harus berjiwa kental. jangan asyik cepat nak terasa je.

selagi orang tu tak mention nama awak, buat bodoh je. kalau awak terasa tu diri awak pun, sila buat bodoh. sebab, kalau awak pergi serang dia ke, lepas tu dia kata dia tak mention pun nama awak, tak ke awak malu ? HAHA

  • lagi, errrr, haaaa, saya dah tengok banyak orang yang popular dalam kalangan orang Melayu dekat  Twitter dengan Facebook dengan Blog dengan Youtube. sekarang macam dah ramai kan. masing masing ada kelebihan sendiri. andd, personally saya suka dengan cara mereka. yeahh, unik. lain daripada yang lain.

macam contoh, dekat Youtube, kita ada AnwarHadi, Mat Luthfi, blablabla, korang cari sendiri. dekat Blog pulak macam cik Irine Nadia, encik Zack Zukhairi, cik Fatin Liyana, cik Epal, blablabla, ramai sangat yang popular. eh, Kak Ynn kita pun popular jugak taaauuu(bukan bodek !). ekekekkeke

bila dah popular macam tu, fans beribu riban, mesti laaaa ada haters nye. eh, itu lumrah manusia kot. tak boleh tengok ada orang yang lebih baik sikit. asyik nak dengki je. lepas tu jadi anonymouse, kutuk kutuk orang. macam tak ada keje lain.


yang terbaru, video KamiBenciAnwarHadi. pergh, serius saya macam menyampah gila dengan video tu. entah apa salah orang tu kau nak benci benci pulak kan. kau tu yang poyo ! pengecut ! macam orang tak ada akal ! cik Epal pun selalu je kena serang dengan anonymouse dulu kann. tapi cik Epal ni kental wooo. tu yang saya suka tu. hehe, banyak lagi laa yang kes kes macam ni. kalau nak cerita tentang anonymouse, memang sampai esok tak habis

sebab tu, jadi pengguna Twitter, Facebook, Blog harus berjiwa kental. pendengki memang banyak.

aaaa, terus rasa nak emo bebel pasal haters ni.

bye.

eh, panjangnya entri ni. erk, kata nak mebebel kaaann. ok dah habis bebel.

*entri perap dalam draft  =.='
                                       

20.3.11

Friendly Blogger Awards

*ini entri berjadual. terlalu lama perap jadi draft. sebelum bertolak ke PD baru perasan ada entri ni. so, publish kan je laaa. kesian blog ni nanti tak ber-update. kui kui kui

oh, entry kali ini mengenai award. pemilik blog HK dah tag saya. tetiba je an, rajin lah pulak nak buat tag bagai ni. kalau tak, hampasss. malas yang amat !
                                     

Syarat award ni;

1. Letak tajuk entry 'Friendly Blogger Awards'
Okay dah letak.

2. Cuba cerita serba sedikit tentang blog korang
Ceh, nak cerita macam mana ni ? Ok, cam ni ah. blog ni macam diari online saya. diari ke masalah nye ? tak lah. tak semua yang saya cerita dekat sini. gila hape nak membebel benda yang bukan bukan dekat sini. saya ada je blog personal yang khas gila untuk orang orang yang dikenali. blog ni biasanya banyak orang orang dan kawan kawan baru je yang datang.

saya buat blog ni masa nak tunggu result PMR. time ribut petir, waktu petang saya buat blog ni. miahahahahaha, masa tu mama tak ada dekat rumah. korang boleh godek lah first entri saya. macam hampass je. boleh usha link ini (baru je nak blogging bagai) untuk godek entri entri bulan pertama berblog. HEHE, jangan gelakkan tau !   =.='

3. Dalam banyak-banyak blogger, blogger mana yang paling korang suka? (yang korang rase dia paling best)
blog kak Maria Elena Zarul ! serius kakak ni agak pelik. ekekekekeke, sesuai ah dengan url blog kakak neh. peliks.blogspot.com. miahahahahahah, kakak ni tak ada nye nak cover cover bagai. dia sempoi je. bila saya baca blog dia, saya boleh improve my English jugak.  =.='

4. Letak link blogger tadi
http://peliks.blogspot.com/

5. Tag siapa-siapa yang korang suke untuk award ni;
  • siapa siapa pun boleh kalau nak buat. senang. HAHA
ok. cukup lah tu. siapa yang nak buat tag ni, dipersilakan. boleh je.

bye.
                     

18.3.11

Blog awak huru hara la !

heh,

Assalamualaikum semua.

Kui kui kui, blog saya memang tengah huru hara laaa. nak make up blog ni pun tak ter buat buat lagi. malas pun ye. tak ada idea pun ye. so, niat tu pun macam terbantut.

Oh, oh, cuba pergi tengok url blog ni. jeng jeng jeng,




keh keh keh. 17.3.11

buat masa sekarang, banyak benda kena set up balik. so, mungkin jarang update blog ni dalam dua tiga hari. jangan lupa tau tukar url baru ni dekat bloglist korang.

erk, jumaat, sabtu, ahad, ada family day. wehuuuuu, dekat Port Dick son. aisehhhh, tak ada tempat lain lagi keeee.

nak enjoy dekat sana. nanti 23.3 tak tau laa saya ada mood ke tidak. ekekekeke, takut result buruk je.  tak janji akan ada entry mengenai result.  T____________T 

tu je nak update. doakan result saya and semua calon SPM 2010 supaya cemerlang. amin.

bye.
                     

14.3.11

Tak tahu lah kenapa.


#deardiary

aku rasa aku tengah tak ada hati sekarang neh. hati aku tengah sakit. rasa macam nak tikam tikam je. itu pun kalau boleh lah kan.

sebenarnya, aku pun tak tau kenapa. mungkin, dah tiba waktu aku punya mood jadi macam ni agaknya. ye la kut. kalau aku tak salah laaa.

aaaaa,  betul lah kata orang. kalau tengah gembira tu, jangan nak gembira sangat. tapi, punca aku rasa aku tak ada hati ni bukan sebab perkara yang buat aku gembira sangat tu. erghh, aku pun tak faham la.

well, hidup ni kan macam roda. so, aku kenalah terima.

by the way, aku dengar salah satu loji nuklear dekat Jepun tu ada yang dah meletup. kalau betul lah loji nuklear tu meletup, betapa menderita nya rakyat dekat Jepun tu. apa pulak ea yang akan jadi dekat manusia dunia ni bila radiasi tu merebak ? erk, aku tak dapat bayangkan.

semoga semua manusia yang ditimpa bencana ni dapat teruskan hidup mereka dengan tabah. semoga, semuanya akan baik baik kembali. semoga, kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah. semua rakyat dari seluruh dunia pasti mendoakan yang terbaik  :')

#prayforjapan
                                            

11.3.11

Doakan semuanya selamat. #prayforjapan



Gempa bumi di Jepun pada skala 8.9 magnitude itu adalah sangat kuat ok. Semoga mereka yang berada di sana semuanya selamat.

Doakan kakak kawan baik saya dan kawan kawan nya yang berada di Jepun juga selamat. haishhhh, semoga dia cepat pulang ke Singapura.

Dulu dia terselamat dari gempa dekat Christchurch New Zealand sebab fly awal dari kejadian gempa tu. Sekarang mungkin nasib dia tak baik, so, terperangkap pula dekat Jepun. Susahnya kalau kerja FA ni ea. Banyak risiko.

Ea, dah terlari topik pulak aann.

Ok lah, mari kita doakan sama sama untuk semua(Jepun, Indonesia, New Zealand, Philippines, Papua New Guinea, Hawaii, semuanya lah) umat manusia agar terselamat daripada segala bencana yang datang ini.

    

10.3.11

Cara buat duit dengan Heartbeat.

salam satu Malaysia.
erk, tak berapa satu sangat. separuh je kut. heh,(apa kau merepek ni weyh !)

entri yang lepas punye lepas punye lepas, errr, dah lupa bila, saya pernah buat entri tentang Heartbeat ni. masa tu saya baru je register. tak tahu apa apa sangat. masih blur blur. tapi, sekarang dah tau lah sikit sikit.

berapa jadah saya dapat ? adalaaaa sikit. tak ada lah banyak mana sampai beratus ratus beribu ribu ringgit. yeaahh, boleh leee daripada tak ada kan.

entri kali ni bukan nak menceceh pasal pendapatan saya dengan Heartbeat yang tak seberapa ni. tapi saya nak share dengan anda anda semua cara cara untuk buat duit dengan Heartbeat ni.

yang dah tau tu, haippp, senyap senyap ea. saya nak cerita dekat yang belum tau tu je. siapa yang belum tahu tu, mari tumpukan sepenuh jiwa dan rasa terhadap entri saya ini.  =.='

1. Sila pergi ke website Heartbeat; http://heartbeat.my

2. Akan terpapar page ini;
klik bahagian seperti gambar di atas.

3. Page ini pula akan terpapar;
klik link 'create account' macam gambar di atas.

4. Page di bawah akan muncul dan ikut arahan seperti dalam gambar tersebut;

5. Page di bawah pula yang akan muncul. yeaaahh, klik link yang saya bulatkan tu. klik gambar di bawah untuk gambagajah;

6. Akan muncul page yang lain. sila scroll page sampai jumpa link yang saya bulatkan dekat gambar bawah ni, terus klik;

7. Selepas tu, ikut arahan seperti gambar di bawah;

8. Taraaa, dah hampir siap. erk, belum lagi. lagi satu step, lepas isi form macam dekat atas tu, page dekat bawah ni pula akan muncul. haaaa, klik link yang saya bulatkan tu. link 'get a code' ;

9. Lepas tu, pilih lah sesuka hati anda jenis banner yang anda mahu. copy code tu, tempek dekat blog.

10. Siap !

senang je kan ? finee, entri ni macam lapuk sikit. saya kan pemalasss. malas nak printscreen bagai neh. malam ni baru ada kekuatan nak buat tu semua. ekekekekeke,

so, enjoy dengan Heartbeat anda ! mari sama sama kita kumpul duit. HEHE


bye.
                           

8.3.11

OH ! TIDAK.

errr, assalamualaikum.

fine, saya tengah kering idea sekarang sebab terlalu gembira dengan apa yang dah terjadi seminggu dua ni. nak bertapa dua tiga hari mungkin. nak hadap blog ni sahaja mungkin. tapi ada je saya online 24 jam.

eh, kalau kita happy sangat sampai dah tak boleh fikir apa yang bakal jadi seterusnya, macam mana ea ? ke nak biarkan perasaan happy tu surut sendiri?


aaaa, dunia terlampau indah bagi saya sekarang. tapi, saya tak nak terlalu gembira sangat. ehem, ehem,

serius ! keputusan SPM 2010 akan keluar taaak lama lagi. tak lama lagi. tak lama lagi. rasa cuak tu memang ada. tapi, berkali kali saya ingatkan diri sendiri supaya tak terlalu kecewa kalau tak ada rezeki nanti. tak janji untuk reveal keputusan SPM nanti. eheeeee, simpan untuk diri sendiri agaknya.

dah buat yang terbaik masa jawab SPM 2010 dulu. apa apa pun, doakan yang terbaik buat saya ok, sebab saya pun nak yang terbaik tu  :)

Allah itu maha mendengar  :')
                           

6.3.11

Aku takut untuk menongkah arus.

manusia

#deardiary,

Kadang kadang aku punya suara dan pendapat tentang sesuatu. tapi, aku selalu punya perasaan takut untuk luahkan apa yang aku fikirkan. sebab, aku takut untuk menongkah arus.

Apabila aku takut untuk menongkah arus, aku lebih selesa berdiam diri, berfikir sendirian. aku simpan sendiri rapat rapat apa yang aku rasakan dan fikirkan itu. memang, aku memang macam ni. sejak aku sekolah lagi aku lebih selesa berdiam diri kalau aku rasa aku punya pendapat tu tak penting.

Aku merasakan tak perlu untuk aku bersuara lantang menyuarakan segala pendapat aku yang kadang kadang menongkah arus itu. kerana, memang masih ada segelintir golongan yang berani bangun untuk menyuarakan pandangan mereka.

Dengan lantang, mereka itu suarakan apa yang terbuku di hati mereka yang secara terang terangan berbeza dengan orang lain. mereka punya keberanian. secara diam diam, aku salute kepada mereka.

Apabila membaca dan mendengar pendapat mereka tentang sesuatu isu itu, membuatkan aku berfikir dari sudut yang berbeza sejenak. ye, jauh daripada pandangan pandangan yang agak klise.

Apabila aku merasakan ada pihak yang sependapat dengan aku masa sekolah dulu, barulah aku punya keberanian untuk bangun. itu pun, aku masih berfikir dua tiga kali untuk bersuara. dan selalunya, tidak mungkin terjadi.

Heh, sebenarnya, aku belum punya keberanian itu. aku belum berani lagi. aku tak mampu. aku lebih suka jadi pemerhati. dan, aku selesa dengan cara aku sekarang. diam diam sudah. sebab, aku tau memang akan ada yang bersuara lantang. terima kasih buat mereka.

Selalunya, aku terpaksa jadi hipokrit demi menjaga hati semua pihak. hati aku, belakang cerita. 

Maafkan aku.

aku selalu tak percaya
                       

3.3.11

Lagi orang bunuh diri di Melaka. Putus cinta jadi punca.

MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa.

Assalamualaikum korang.

macam biasa, lepas mama balik sekolah, kiteorang mesti duduk satu meja makan sama sama and bukak cerita sama sama. apa jadi dekat sekolah, apa jadi dekat rumah, apa jadi dekat adik adik, exam diorang macam mana, semuanya kiteorang bualkan. hehe

hari ni mama cakap, ada lagi orang bunuh diri dekat Melaka. dekat Ayer Keroh. dekat aahh jugak dengan kawasan tempat tinggal saya. tak dekat sangat, kena naik kereta juga kalau nak pergi(heh, apa aku merepek neh).

so, alang alang mama dah buka cerita pasal bunuh bunuh diri ni, haruslah mama ceritakan apa yang dah jadi. aaaaahh, cerita ni dah agak basi mungkin. pagi tadi berlaku. dalam pukul lapan pagi. lebih kurang laaa. masa orang sibuk menjalani kehidupan seharian.

orang yang bunuh diri ini lelaki. baru je umur 19 tahun. muda sangat lagi. anddd, kalau tak silap dia orang Sarawak. kesian doeeee.

oh, dia bunuh diri kerana putus cinta. ok, ni memang tak boleh blah. kalau ye pun frust menonggeng sangat, janganlah sampai bunuh diri. banyak lagi perempuan lain yang wujud dekat muka bumi ni.

awak, awak, awak yang sedang bercinta tu, tak payah lah sampai terfikir nak bunuh diri kalau gagal dalam percintaan. mula kan saja cinta yang baru. mula mula memang lah susah nak terima kenyataan yang kita dah putus cinta, tapi lama lama semuanya akan ok. percayalah. masa sahaja yang akan sembuhkan hati awak yang luka tu.

heh, saya tak reti lah nak cerita banyak bayak hal cinta cinta ni, saya bukan pernah bercinta pun. kalau korang nak tau lagi cerita pasal kes bunuh diri ni, korang boleh klik sini ; HARIAN METRO

banyak sangat kes bunuh diri sekarang neh. tapi, apa yang jadi dekat mereka semua tu, kita ambil sebagai pengajaran. fikir dulu sebelum nak buat sesuatu yang bodoh. ingat bila dah mati masalah boleh selesai ? kalau yang beragama islam tu, huh, alam akhirat nanti macam mana lah keadaannya.

yang penting, ingat tuhan. ingat Allah. DIA tak akan beri kita ujian itu kalau kita tak mampu tanganinya. mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku

ini peringatan untuk diri aku juga. Allah itu sentiasa ada  :')
     

2.3.11

Three words for me.

Peace by {peace&love♥}

Hai korang. Hai korang. Assalamualaikum korang.

Dah cukup rehat dah. rehat ni tak boleh lebih lebih. nanti jadi pemalas pulak.

Bila dah online balik, saya start ahh blogwalking balik. mana mana blog yang best, saya masukkan dalam RAK BUKU MODEN. tak pun bagi komen komen ke apa yang patut. macam orang lain jugak, bila masuk satu satu blog tu, benda pertama yang dicari, mestilah shoutbox ! lepas dah greet bagai dekat shoutbox tu, baru usha entri entri blog tu pulak. kalau best terus baca. kalau macam bosan, tak payah baca. kan, kan. korang pun buat macam tu kan ?

blogwalking punya blogwalking, termasuk dekat blog ni. menarik. baca blog budak sekolah tak kan bosan. sebab hari hari mereka mesti ada sesuatu yang baru. 

tak macam kau doe, hari hari duduk rumah menganggur.  T________T

usha punye usha blog tu, tertekan ada satu link. link 3 Words for me ? eceeehhh, aii pun gedik gedik lah klik. jenggg, macam menarik je. biasa ahh kan, semua benda yang baru jumpa mesti nak cuba. dulu formspring sekarang nak cuba Three Words pulak.

ohh, sesiapa yang tak tau, threewords.me ni membolehkan kita describe seseorang tu dengan hanya three words. secara anonymouse pun boleh. nak tunjuk diri pun boleh. apa lagi yang boleh ? tak tau lah. belum explore lagi. update- eh, anonymouse tak boleh laaa.

so, jom cuba threewords.me ni nak ? 
eh, ke aku sorang je yang baru nak cuba ?  =.='
  
ohh myy, aku dapat rasakan keputusan SPM makin hampir. YA ALLAH, KAU BERILAH AKU PELUANG UNTUK MERASAI KEMANISAN KEJAYAAN ITU. 
                      
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License