25 Perkara Tentang BudakFadhilah | Blog BudakFadhilah

7.2.11

25 Perkara Tentang BudakFadhilah

Mini feeling: surprised by ArtMind etcetera 

HEHE, lama dah tak buat tag. saya ni pemalas sikit. kalau ada orang yang tag saya, seboleh bolehnya saya nak mengelak. sorry ek. saya pemalas. tapi bukan semua tag saya malas nak buat. kalau menarik, memang saya akan cari masa untuk buat. so, tag ni memang saya perap jadi draft. cantik je tersusun entry yang jadi draft tu. sabar ek, satu satu nanti kita publish.

oh, kali ni saya kene buat tag daripada tuan blog sembil9n. baru first time sampai blog dia, dah kene jawab tag. HEHE, masa mula mula sampai blog dia, macam woahh, 'blog hijau ! simple ! cantik sebab ada kartun hijau ! comel ! eh, dia lelaki ke perempuan ? !' ahahahahha, serius. itu yang saya terfikir masa sampai blog dia. heh,

dah termenceceh pulak. ok, ini tag nye.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

since saya dah blogging hampir dua tahun, dan entry mengenai diri saya amatlah kurang, saya rasa tag ni patut saya buat. adalah jugak modal nak update blog. kui kui kui,

25 Perkara Tentang BudakFadhilah.  (hi korang !)





  1. saya anak sulung dan ada dua ketul adik perempuan yang beza umur kami setahun setahun. (18, 17, 16, cuba teka mana adik yang kedua, mana adik yang ketiga !)
  2. saya sangat sensitif orangnya, kene sergah sikit mesti tersentap lepas tu uwaaaaa. HAHA
  3. selalu ada masalah dengan pilihan sendiri. memang masalah betul !
  4. walaupun saya anak sulung, saya lebih manja dengan abah dan mama. anak mak !
  5. setiap tahun hari pertama sekolah, daripada darjah satu, mesti ada je tragedi yang berlaku.(contoh; masa form 4 haku jatuh tangga. masa darjah enam, haku tegelincir jatuh dekat depan sekolah  =.=' )
  6. saya sorang je yang terlebih tembam dalam adik beradik. bila jalan dengan adik adik, semua pandang pelik. (HELLO ! tak pernah tengok orang apa ?!)
  7. self confidence saya sangat rendah untuk melakukan sesuatu walaupun saya tau saya boleh. heh,
  8. penakut dengan binatang yang banyak kaki, berbulu halus dan berbisa ! eeeeeeeeeeeeeee,
  9. oh, saya tak ada nama nama manja. orang panggil saya Fadhilah je. (kawan kawan panggil saya, boolat, doraemon, belon. tak baik kan dorang ?  =.=' )
  10. dah pernah ada banyak sangat blog. tapi beberapa blog sahaja yang berjaya distabilkan. HEHE
  11. antara kawan kawan rapat, saya digelar adik bongsu sebab paling manja. ceh, manjalah sangat kannnn.
  12. jarang gila sakit. tapi kalau dah datang sakit tu, boleh kena berminggu minggu.
  13. saya cukup pantang kalau salesgirl itu ikut je bontot kite orang yang nak shopping dalam kedai dia. rimas !
  14. tak reti sangat menipu. selalu gagal ! sebab, muka ni macam nak tergelak je kalau menipu. =.='
  15. dulu masa sekolah rendah, serius selalu lepak duduk ramai ramai dengan kawan lelaki. sekarang, hampassss, semua malu malu dah. kan dah besarrr. HAHA
  16. jangan tanya cita cita saya apa. sebab ada banyak sangat.(cita cita nak jadi, engineer, akauntan, buat business, nak ada butik dengan adik adik, blablabla. last last, tak tau apa cita cita sebenar. heh,  =.=' )
  17. selalu nak menangis tak pasal pasal. selalunya masa nak tidur. eh, tetiba je air mata meleleh, lepas tu macam nak melalak. entah apa apa entah.
  18. dulu pernah ada kucing. dak Nyit. lepas dia meninggal, bukan mati tau, terus tak ada bela bela kucing lagi. sebab tak nak perasaan bila kucing yang kita sayang sangat tu pergi berulang lagi. sakit sangat ! (meh, saya share betapa sedihnya bila dia pergi. SINI)
  19. tak reti nak make up bagai neh. reti pakai compact powder je. celak bagai tu, adik yang pakaikan. duhhh,
  20. daripada keluar rumah berjalan tanpa hala tuju dan tak bertujuan, lagi suka habiskan masa dekat rumah. online. lagi bagus !
  21. mama dengan abah didik saya dengan cara yang sangat disiplin. sebab tu ada je benda yang pada saya tak cool, tapi pada kawan kawan saya, sangatlah cool ! (tapi, saya diam je ah kalau tak suka pun. malas nak cari gaduh.)
  22. suka memasak. kalau bosan bosan, suka tengok resipi lepas tu masak.
  23. selalu suka dekat sesutu perkara tu sekejap je. senang kata, mudah bosan.
  24. pernah kena tampar dengan kawan lelaki, lepas tu nangis, lepas tu habis saya pecahkan pencil case dia. (bergurau pun ada had ok !)
  25. pemalu yang amattt. HAHA
cukup sudah 25 Perkara Tentang BudakFadhilah. nak tau lebih lanjut tentang diri saya, ceh, bajettt, selalu selalu lah datang Blog BudakFadhilah ni. HEHE

orang yang saya nak tag ialah ; korang korang yang baca blog ni lah ! nanti bagi tahu saya kalau korang buat tag ni. nak terjah terus ! i pun nak kenal dengan uolllsss.

ada rezeki, kita jumpa lagi. 2.2.11 MIBC.
oh, ada tag lagi yang jadi draft tu. sabar ekkk. tetiba pulak rajin nak buat tag bagai neh.

ok. bye.

10 comments:

Mr. N said... Reply to this comment

ahahahaha..aku paling suka doraemon Bulat tu.. :P

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ceh. sekarang dah habis sekolah, dah tak de ah orang nak panggil macam tu. :P

afifah said... Reply to this comment

pelik ke ank sulung manja lbih.? xpe je kan..? kan3?? :P haha

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

HAHA, tak pelik pun sebenarnya. boleh je terlebih manja. :P

LadyBird said... Reply to this comment

banyknyer.. jenuh nk bc :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

HAHA, memang kene buat 25. :P

Phantom said... Reply to this comment

eh sama nak sulungg !

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

jom sep sep sebab sama. ekekekekke :D

A. said... Reply to this comment

alamak, kite baca :)
so kite di tag ke? :D hihi

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

aahahaha, boleh je buattt. silakaaan. boleh kenal kenalan. :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License