salam semua. bukan tebiat. tapi tabiat. HEHE
pergh, cerita sekarang ni tak menarik langsung. duduk rumah tercangok je arh tengok tv lepas tu online buka facebook. OMG, boleh biol. nasib baik tengah ambil lesen. boleh lah keluar daripada rumah ni sekali sekala. phewwww,
ini entry juga dah dekat berapa bulan terperap jadi draft. masa blogwalking dulu jumpa artikel tentang ni. dekat web mana entah. saya ambil point je lah. lepas tu saya elaborate sendiri. saje saje nak kongsi perkara ni dengan korang.
lepas dah tau tebiat, eh, tabiat ni boleh rosakkan otak korang sedikit banyak, kurang kurangkan lah buang tebiat. tukar tabiat lain pulak. pening arh baca ayat ni.
tak apa. jom kita tengok tabiat tabiat yang katanya rosakkan otak tu. heh,
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- korang, tabiat ni sejak korang tadika lagi patut dielakkan. macam saya arh, dulu waktu sekolah, serius tak pernah sarapan. sebab nanti takut sakit perut masa dalam kelas. malas nak pergi toilet masa cikgu tengah mengajar. ceh, sarapan pagi ni penting. cukup dengan secawan milo panas, ahhhhhhh, sedap nye, dan sekeping roti. tak pun sedikit bijirin macam cornflakes. tak payah nak ambil sarapan macam nak makan tengah hari. orang sarapan nak tenaga, ni nanti jadi ular sawa pulak.
- otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti. blablablablabla klik sini untuk info yang lebih panjang lebau.
2. Terlebih makan
- muahahahhaha, point yang tak boleh blah. tapi masuk akal lah weyh. bila korang makan banyak, badan korang perlu bekerja keras untuk hadamkan makanan tu. kalau korang makan, tapi tak guna tenaga yang ada, lemak akan terjadi. erk, perkara ni akan memberi tekanan tinggi kepada pembuluh darah otak korang dan kurangkan kuasa mental otak itu. heh, saya selalu makan banyak. muehehehehe,
3. Merokok
- der, tabiat ni pun mesti korang dah tau kan. pada sesiapa yang merokok tu, berhentilah demi orang yang tersayang. kesian kat orang yang sayang korang tue. sel otak korang boleh terbakar dan terjejas tau. silap silap hari bulan korang boleh dapat penyakit Alzheimer. abah saya salah seorang perokok tegar juga. berbuih bagi nasihat. tapi degil juga. tu arh, bila dah sampai ke tu hisap rokok, memang susah nak berhenti. saya hanya mampu doakan abah sihat je.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- ceh, kene lagi. salah satu tabiat saya juga. gula yang berlebihan akan menganggu perkembangan otak korang. dah lah nanti kene kencing manis, lepas tu otak jadi senget pulak. tak ke hara nanti. lepas tu nanti kene diabetes pulak. macam macam penyakit yang akan datang nanti. so, kurangkan pengambilan gula. heh, saya pun kene kurangkan jugak neh.
5. Pencemaran udara
- otak manusia menggunakan oksigen dengan kuantiti yang sangat banyak. jika kualiti udara di sekeliling kita teruk, bekalan oksigen ke otak kita akan berkurangan. otak korang pun akan jadi lembab. lambat nak beri tindak balas. kalau saya pulak, bila rasa macam udara sekitar saya tak bersih, terus kepala jadi pusing. jadi, cepat cepat blah daripada tempat tu. HEHE
6. Terlebih tidur
- semua doktor nasihatkan kita dapatkan tidur yang cukup. tidur dapat rehatkan sel sel otak kita yang dah penat kerja seharian. tapi, bila korang bantai tidur 24jam, otak korang mesti tak betul nanti. percayalah ye. sel sel otak korang akan ada yang mati. kira macam ada wayar yang putus lah. HAHA, nasib baik saya bukan jenis yang kuat tido. ceh,
7. Menutup muka ketika tidur
- masa korang tidur korang perlukan oksigen juga. ada sesetengah orang yang saya nampak, bila nak tidur je, mesti tekup muka dia dengan bantal atau selimut. jangan weyh ! nanti oksigen untuk otak korang akan berkurangan. kadar kepekatan karbon dioksida pula yang akan bertambah. korang sedut balik karbon dioksida yang korang lepaskan masa korang bernafas tu. otak korang boleh rosak.
- saya pun tak faham macam mana orang boleh tidur dengan bantal atau selimut yang ditekupkan dekat muka. miahahahahahhahaha, pelik betul. kan nanti susah nak bernafas. buat seksa diri je lah.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita kurang sihat
- ni lagi satu tabiat. kalau korang tu dah sakit, dan dapat cuti rehat daripada doktor, rehat je. jangan sibuk sibuk nak fikir hal pelajaran atau kerja atau masalah. biar korang sembuh dan sihat betul betul dulu. baru boleh fikir masalah bagai tu semua. bila korang paksa otak korang berfikir masa sakit, sel sel otak tu akan rosak. kesian sel sel tu. kui kui kui,
9. Kurang berimiginasi
- muahahahhahaha, tak payah lah biarkan imiginasi korang tu tinggi melampau. sikit sikit sudah. jangan malas berfikir dan biarkan otak tu kosong macam tin kosong. ceh, berfikir merupakan salah satu cara yang baik untuk melatih otak kita jadi lebih kreatif dan cekap. bila korang kurang imiginasi, malas berfikir, otak korang nanti tak cerdas dan jadi lembab. so, mari kita berfikir sekarang. HAHA
10. Kurang bercakap
- point kurang bercakap ni macam pelik je arh. tapi, bila korang nak bercakap, otak korang mesti berfikir dahulu. ini mungkin akan meningkatkan stimulasi otak korang. mungkin agaknya. erm, jangan bercakap macam orang yang tak befikir pulak. HAHA. korang mesti bercakap perkara yang penting dan berfaedah. tapi bukan jadi mak nenek. erk, macam mana nak cakap neh. senang senang, jangan jadi pendiam sangat, jangan jadi mak nenek sangat. nyiahahahahha.
panjang lah pulak entry ni. tak apa. berinformasi.
ada apa apa yang nak kene tambah lagi ? meh share dengan kami semua dekat ruangan komen. HEHE
bye.
17 comments:
nasib 90% drpd 10 perkara membuat kan otak aku x ilan tabiat.
bukan tabiat ni dikaitkan dengan perangai ker..?
errrk, tabiat tu samalah dengan perangai kan ?
confuse jap. :P
huhu. . . yang terlegey makan ngn tidur tu kdg2 terbuat jugak.. hee^^
kena elakkan ni ;)
ahahahahhaha,
tuan empunya blog neh pun lebih kurang sama jerk.
jom sama sama kita elakkan. :P
katakan x pd rokok! hehe
BW smbil suke ati drop kumen. :)
ooo tido smbil tutup muka pun penyebab eh..hurm ok ok
zaty luvlianncezzz//
yerp. HEHE
ohh, silalah suke hati lagi drop komen. saya pun dengan suka hatinya akan baca. HEHE :P
mzhany//
a'ah. banyak carbon dioxide. ehehehehehe :D
nice blog..!
template pon catik..
p/s: dh follow u
dtg la lwt blog i..
thanksss.
nak pi singgah japp. :D
aku sarapan, tapi overdos..
aku tidur, tapi tak cukup..
aku kurang minum air manis, tapi selalu bantai ais krim..
aku selalu berfikir, tapi berangan lagi syiok.
aku berimaginasi......mcm mana la muke anak aku nanti..
HAHAHAHA
Meh menyemak:
keluhkesahkudin.blogspot.com
sb tu bila sakit doktor bagi cuti, rosak otak nnti, he3...
Kudin//
keh keh keh. bahaya tuuu.
Budak Botak//
a'ah. betul tu. suruh rehat. :D
Baru berasan benda nie... nampak remeh tetapi berkait rapat ngn otak dan kehidupan kita....
@Aniq Bukhary -- kenalah elak kan nanti. hehe
yang aku biasa buat
x sarapan - mne de selera mkn pagi2
merokok - biasa la budak lelaki
gula berlebihan - nk hilangkan ketagih rokok msti mkan byk gula2
Filem Hollywood yang kini berusia 20 Tahun!!!
Usia tidak menghalang wanita ini terus melacur
@Muhamad Adib Iqbal -- kenalah ubah sikit sikit tabiat tu. hehe
Post a Comment