aku pun tak faham | Blog BudakFadhilah

6.1.11

aku pun tak faham

ini entry emo, harap maklum.

aku rindu gila gila dekat semua kawan kawan aku. kadang kadang aku terus jadi macam orang bodoh nak cengeng bila ingat dekat diorang. agak mengada ngada di situ. heh,

Crying by divlja

tipa tiap pagi masa aku tengok adik adik aku pergi sekolah dengan mama, mesti aku teringat masa aku sekolah dulu. pagi pagi pergi sekolah, rumah jadi huru hara. dengan bangun lambatnye, stoking sebelah hilang, tudung senget, baju lupa iron. lepas tu kene marah dengan abah. lepas tu, pergi sekolah muka masam macam baru teguk jus limau. lepas tu, kawan kawan aku pun tegur. lepas tu, aku terus ok. ceh, mood aku memang terus tukar bila ada kawan kawan aku yang macam tiga suku tu.

lepas tu aku rindu port lepak pagi pagi aku dengan kawan kawan aku. rindu dengan perhimpunan pagi. rindu dengan meeting pengawas tergempar. rindu dengan kelas. erk, nanti aku buat entry tentang ni lah. tu pun kalau aku rajin.

sekarang aku tau perasaan yang cikgu cikgu aku pernah bagitahu dulu. dia cakap, nanti bila dah tak sekolah mesti awak nak sekolah balik. masa tu dengan bangganya aku jawab, 'tak kan lah cikgu. penat dah sekolah sebelas tahun, bangun awal awal pagi, balik sekolah petang petang. penat je'.

ni baru berapa hari aku duduk rumah sorang sorang sebab mama, abah dengan adik adik pergi sekolah, aku dah tak tahan ! dan macam orang sasau. bangun pagi, jadi bangun tengah hari. bila bangun, pandang kira, pandang kanan, depan, belakang semua, sunyi ! aku sorang sorang dekat rumah. bila aku jerit pun, rumah boleh bergema. huh,


mesti korang akan cakap pergilah kerja. haremmmm, mama dengan abah langsung tak pertimbangkan permintaan aku tu. memang mereka tak bagi aku kerja langsung ! lepas tu mesti korang akan cakap, pergilah ambil kelas apa apa yang patut. ini memang dalam perancangan. tapi, siapa yang nak uruskan transport pergi balik ? lagipun kelas tu bukannya hari hari kan. cepat tolong selesaikan masalah aku neh,

lesen kereta. ni lagi satu hal. memang tengah ambil pun. dah sampai bengkel enam jam dah. dah driving for the first time pun. bila driving hari tu, cuba korang bayangkan betapa kecut nye perut aku neh. kaki keras ! tangan berpeluh peluh ! see, aku neh penakut ! harap je badan besar. derr, tapi bila fikir fikir tak kan aku nak bazirkan duit mak bapak pulak kan. aku akan teruskan juga.

aku ni macam susah nak terima hakikat aku bukan budak sekolah lagi. ini lah manusia. bila jadi budak sekolah, tak suka. bila dah tak jadi budak sekolah, nak nangis bagai pulak. adoiiiiii, leceh lah macam ni. sebelum tidur, sekarang neh aku wajib tenung beg sekolah dengan gambar kawan kawan aku. parah tak parah kan ?


otak aku sekarang bercelaru. aku rasa nak balik sekolah balik ! kecelaruan mental betul lah !

bye. oh, cengeng itu kuat menangis.

11 comments:

Botak said... Reply to this comment

pe2 pon kene kije., baru tak bosan..
lagi pon dapat tambah pengalaman..

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

memang nak sangat. tapi tak boleh dan tak dibenarkan.

T____________T

ChuyRy™ said... Reply to this comment

jangan layan sgt rindu tu..nanti sedih je memanjang..keluar la jalan2..jumpa kawan2 ke..aku try jugak cari kerja..susah..belum ada pengalaman..hu3

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

kalau lah ada driver, kan bagus. kawan kawan yang lain ada yang dah kerje. senang je dapat kat melaka ni. HEHE

apa apa pun, good luck masa cari kerje. :P

Mohammad Syukri Badaruddin said... Reply to this comment

kdg2 aq rsa nk amik balik SPM. hahaha...
Sygnya masa tak boleh diulang!

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

tau tak pe. kenangan terindah tu. tsk, tsk, tsk. sedih lah.

T_____________T

amiramukri said... Reply to this comment

yeay ! pergi sekolah memang lagi best dari duduk rumah :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

tau tak pe.

T____________T

Fruityna said... Reply to this comment

beginilah saya pada 4 tahun lepas selepas SPM.

KNS said... Reply to this comment

dulu pun mcm ni gk
nk keje xbole
last2 jd tukang jga umah sepenoh msa
wuuuu

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Fruityna//
stress kann ? HEHE :P


Nasuha Salleh//
ahahahahahhaha, samalahhh. :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License