29.12.10

Saya Blogger Melaka

salam semua. masih dalam mode bercuti lagi dan masih bercuti lagi. sekarang ni sedang cuti daripada cuti. muahahahahahhaa, faham ? tak faham tak apa. kalau saya terangkan pun nanti korang tak faham juga. panjang sangat cerita. so, korang hanya perlu tahu yang saya sedang cuti daripada bercuti. phewwww,


tadi blogwalking kejap. bosan bosan tak ada buat apa kan. baik blogwalking. dapat juga sedut ilmu sikit sikit. sekali, termasuk pulak dekat blog ini. Blog Pilihan Malaysia. alaaa, yang undi undi blogger tu. sekarang ni ada Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri dekat blog tu. terasa nak join. macam best je. HEHE

so, entry ini wajib diwujudkan untuk menyertai kategori tu.

dengan itu, mari berkenalan dengan saya. siapa yang dah kenal tu, kene buat buat tak kenal. siapa yang tak kenal tu, hyeeeee, jum kita berkenalan !
  •  ni tak tau nak panggil nama manja atau nama glamer, miahahahahaha kenali saya dengan nama Fadhilah Mn
  • oh, saya berstatus bujang dan seorang penganggur terhormat yang berjaya. =.='
  • kamu kamu kamu semua boleh cari saya dekat Facebook, dan boleh twitt twitt dengan saya di Twitter.
  • rumah yang saya duduk ni berada di area Melaka Tengah. terima kasih.
  • Bukit Katil, Ayer Keroh, haaaa, dekat area area situ lah saya diperap selama tujuh belas tahun ! HEHE
  • part last sekali ni yang paling saya suka. Apa yang menarik di tempat saya ? banyakkkkk sangat. dekat melaka ni, semuanya nak tempat yang terbesar. tu terbesar, ni terbesar. contohnya;
Aeon Jusco Melaka by jonshlim
Jusco Aeon Melaka


Mydin Melaka

lain lain yang terbesar tu korang google arh sendiri ek. HEHE

lain tempat lagi;
sekarang dah ada monorail weyh dekat Melaka ni.

canggih tak canggih ? miahahahaahahha, tak pernah naik pun.

ada satu tempat yang saya tak pernah masuk. nak g arh nanti !

Taman Botanikal Melaka, kesian doe, tak pernah masuk.


sebenarnya baru baru ni saya ada buat entry pasal tempat tempat dekat Melaka lah awak !! kalau rajin pergi lah usha. tak akan menyesal punye. Melaka ni banyak sangat tempat. kalau nak ceritakan, sampai lima pages pun belum tentu habis. HAHA. jom usha entry tu ;

Ada apa dengan Melaka ?

tak pun boleh usha entry ni. sedih tau i. HAHA

Aku orang Melaka.

tamat sudah entry untuk join Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri ni. rajin rajin lah datang blog saya ok. sejak jadi penganggur terhormat ni, saya mungkin akan cuba update blog ni dengan entry entry yang berinformasi. maceh,  :P


erk, lupa lagi, jom vote blog header blog saya. boleh klik sini, dan tick url Blog BudakFadhilah. Terima kasih tau.HEHE. undian ini sehingga 30Disember2010.

bye.

27.12.10

ini baru cuti !

ngeh, ngeh, ngeh. hello semua. erk, salah. assalamualaikum semua.

oh, entry ni entry berjadual. masa korang tengah usha blog ni dan baca entry ni, saya sedang bercuti dan beronggeng bersama keluarga tercinta dekat Port Dick son. miahahahahhahahahaha,


heh, ingat suka suka ke pergi bercuti ni. nehi, nehi, nehi. bukan suka suka. abah ada mesyuarat dekat Port Dickson ni, tu yang tumpang bercuti sekali. kalau tak, harammm nak bawa kite orang pergi bercuti sebab banyak hal sebenarnya yang tak selesai lagi.

malas nak bebel banyak banyak. sebab ada ke orang nak baca entry entry saya ni ? kui kui kui. cakap sorang sorang je.

doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik.

oh, lupa pulak. jom vote header blog ni. klik je sini. lepas tu tick url blog saya. Blog BudakFadhilah. Terima kasih tau. HEHE

ok. bye.

25.12.10

Kim Hyun Joong



Because I'm Stupid

Nae moriga nomuna nappaso
no hanabakke nan morugo
darun saramun bogoitnun non
iron naemaumdo morugetji

noui haru-e naran opgetji
ddo chuokjocha opgetjiman
noman baraman bogoitnun nan
chakgu nunmuri hurugoisso

noui dwaetmosubul
ponungotdo nan haengbokiya
ajik naui maumeul mollado
kkutnae suchidushi gado

niga nomu bogoshipun naren
nomu kyondigi himdul narenun
norul saranghanda ipga-e maemdora
honja dashi ddo crying for you
honja dashi ddo missing for you
Baby, I love you, I'm waiting for you

noui haru-e nan opgetji
ddo giokjocha opgetjiman
noman baraman bogoitneun nan
honja chuogeul mandulgo isso

negen sarangiran
arumdaun sangchogata
noui yeppun misorul boado
hamkke nan utjido mot-hae

niga nomu saenggaknanun naren
kasum shirigo sulpun narenun
niga bogoshipta ipga-e maemdora
honja dashi ddo crying for you
honja dashi ddo missing for you
Baby, I love you, I'm waiting for you

Bye, bye, never say goodbye (never say goodbye)
irohke chapji mot-hajiman (chapji mot-hae)
I need you amu maldo mot-hae I want you
paraedo dashi paraedo

niga nomu pogosipun naren
nomu kyeondigi himdul narenun
noreul saranghanda ipga-e maemdoya
honja dashi ddo missing for you
niga nomu saenggaknanun naren
kasum shirigo seulpun narenun
niga bogoshipta ipga-e maemdora
honja dashi ddo crying for you
honja dashi ddo missing for you
Baby, I love you, I'm waiting for you


serius macam fall in love dengan lagu ni. AHAHAHAHA, tiap tiap malam sebelum tidur wajib dengar lagu ni. lama dah buat perangai ni. kene dengar lagu ni sebelum tidur. lagu ni dah lama dah sebenarnya. masa zaman cerita Boys Over Flowers/Boys Before Flower/entah-apa-apa-tajuk-cite-tu-lagi.

masa layan drama tu, hero yang paling saya suka Kim Hyun Joong arh. bukan Lee Min Ho ! nampak Kim Hyun Joong ni comel comel comel. pastu watak dia dalam drama tu macam loving dan cool je. heh,





 


awwww, kui kui kui. Bila dah layan drama tu lama lama, tiba tiba tak suka pulak Kim Hyun Joong. kenapa ?
sebab macam baru terperasan yang lubang hidung dia lain lain. maksud saya, tak sama. HAHAHAHA

lepas je perasan, terus macam, eeeeeeeee, tak suka arh ! memang bongok. miahahahahahha, tapi layan lagu dia je lah. ceh, macam banyak sangat layan lagu lagu dia. padahal satu lagu ni je !  :P

tu arh kan, lepas je kejadian tu, saya suka ter ter ter tertengok lubang hidung orang. muahahahahahha, kalau tak sama, mesti nak komen. HEHE. *sebelum tidur gak, mesti pergi tengok kat cermin lubang hidung sendiri. pastu bersihkan lah apa apa yang patut. HAHA

erk, korang suka siapa pulak ? sebelum tidur tiap tiap malam ada tak lagu yang wajib korang dengar. share lah sikit dengan saya.

24.12.10

Ada apa dengan Melaka ?

nota; entry ni serius panjang. tapi, ada info. HEHE, selamat mengecilkan mata !
Melaka World Heritage City

hoyeaahhh, kali ini bertemu pula kita dalam edisi jelajah Melaka. miahahahahhahahaha,

seperti yang korang tahu, saya orang Melaka. blergh, berapa kali kau nak kene bagi tahu ni ? ! erk, mari teruskan. sebelum ni saya ada buat  entry tentang luahan sebagai orang melaka. muahahahahah, boleh je usha entry tu. click je sini ; aku orang melaka !

dah tengok dah ? kalau dah, bagusssssss. eh, tapi itu bukan motif sebenar saya taip entry ni. yang sebenarnya saya nak cakap tentang apa yang ada dekat MELAKA ?

macam pelik kenapa tiba tiba melaka jadi sesak bagai. semua shopping mall sesak macam sardin. hotel semua penuh. panas doeee, tak rasa air-cond dah bila shopping dalam mall tue. kui kui kui,

well, melaka ni tempat bersejarah. melawat melaka bererti melawat malaysia. HEHE, ye ke ? entah le. tak tahu nak cakap macam mana sebab tak rasa diri neh pelancong bila ada dekat melaka. muahahahahhhaha,

so, apa yang ada dekat melaka ?

orang perempuan macam saya akan terjah tempat shopping dulu. hoyeahhh,

DATARAN PAHLAWAN
Dataran Pahlawan. budak budak selalu lepak sini.

MAHKOTA PARADE
Mahkota Parade, macam heaven siottt,

Aeon Jusco Melaka
Jusco AEON, antara mall terbesar di melaka.

nama pun mall kan, siap lah ada tempat karok, cinema. semuanya ada. tapi ada je shopping mall yang tak ada cinema. macam Jusco AEON tu. tu tempat shopping je lah. boleh patah kaki kalau berjalan tanpa henti tawaf dekat mall tu. HAHA

seterusnya, tempat tempat yang sesuai untuk family. miahahahahahhaha, dah sengal tak tahu nak panggil tempat apa. taram je lah.
 
MIBC, Melaka International Bowling Centre. adik adik selalu lah lepak sini.

Zoo Melaka
Zoo Melaka, ada zoo malam juga. pergi zoo ni tak bosan.
daripada kecik, sampai besar, memang excited arh kalau pergi zoo. HAHA

Menara Taming Sari, Malacca
Menara Taming Sari.

sebenarnya saya tak faham penubuhan menara ni. HAHA, tapi view melaka dari atas memang lawa lah. for me, naik sekali menara ni dah cukup, tak payah nak naik berkali kali. kecualilah kalau korang tu kayaaa sangat. kui kui kui,
sekarang kita beralih pada makanan. muahahahahah, ni part yang paling saya suka !

Melaka
Ikan Bakar.

sepengetahuan saya, tempat ikan bakar ni ada banyak dekat melaka. ada dekat Duyong, Umbai, Serkam dan entah mana mana lagi. siapa yang datang Melaka, wajib lah singgah makan ikan bakau. HEHE

Asam Pedas
Asam Pedas, lagi satu makanan yang wajib dimakan
semasa bercuti dekat Melaka. sluurrrppp,

cencalok
Cencalok. makan dengan nasi panas, ada cili padi sikit, meleleh air hidung.
HAHA

Mari kita beralih ke segmen pantai. wehuuuuu, saya tahu ramai yang suka main main air ni. macam LISA, dia pun kata dia suka main air. HAHA,

Pantai Puteri, Tanjung Kling
Pantai Puteri.
 
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Pengkalan Balak, waktu senja, view memang mantopp.

River Cruise @ Sungai Melaka
Sungai Melaka

A'Famosa Resort
Water World, A Famosa Resort.

Melaka Wonderland Theme Park
Melaka Wonderland.

dulu time saya kecik kecik, abah selalu bawa kite orang adik beradik pergi pantai. tapi sekarang dah besar, jarang gila lepak pantai. pantai sekarang dengan dulu dah lain. sekarang ni kene pandai cari port sebab banyak area dah kotor.

Sungai Melaka dulu sumpah kotor. HAHA, bau dia, bluekssss, tapi sekarang dah lawa kott. kalau malam malam lepak sana pun ok jugak. tempat yang selalu family saya pergi bermandi manda ialah dekat Water World A Famosa. relevan lagi lah tempat tu. HAHA, yang terbaru sekali, Melaka Wonderland. sampai sekarang tak pernah masuk lagi. busy lah dengan SPM. lepas ni boleh pergi terjah.

lagi tempat yang menarik dekat Melaka ni mestilah tempat bersejarah. Melaka ni penuh dengan sejarah. Muzium je dah ada berpuluh. daripada yang free sampai yang kene bayar kalau nak masuk. tak sempat kalau nak lawat dalam masa satu hari je. HAHA, nak tau lagi detail tentang muzium, rujuk sini je. tapi tu pun tak complete. kalau nak yang latest, google je lah yer.
  
Proclamation of Independence Memorial
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Istana Kesultanan Melaka
Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Malacca A'Famosa
Kota A Famosa. ni tempat wajib le.

Hang Tuah Well
Perigi Hang Tuah, perigi ni ada cerita 

banyak gila lagi sebenarnya tempat tempat yang wajib pergi bila datang Melaka ni. pheewww, penat nye. about perigi hang tuah, apa yang saya dengar, air perigi tu mujarab dan tak pernah kering. sesiapa yang ada penyakit kulit ke, kudis ke, hehe, boleh lah cuba siramkan dengan air perigi tu. insyaAllah boleh sembuh. tak tau lah betul atau tak. HEHE

sebelum tu, kalau dah banyak sangat tempat yang korang kene pergi, wajiblah kene ada tempat menginap jugak. kalau tak korang nak tidur mana kan. lainlah korang ada kawan atau sedara mara dekat melaka ni. HEHE, ni antara hotel yang best dekat Melaka.

Kings Hotel Melaka
Kings Hotel, Melaka. dekat je dengan sekolah saya. HEHE

Hotel Equatorial, Melaka.

Holiday Inn, Melaka. baru lagi hotel. jamuan pengawas dulu
 buat dekat sini. best gila jamuan tu. heeeeeee,

best tak melaka ? best tak ? err,
 
habis sudah episod menjelajah MELAKA. miahahahahhahaha, baru perasan apa pasal ramai orang dekat melaka bila tiba musim cuti sekolah. heeeeee, ni baru sikit tempat yang saya sebut. ada baaanyaakkk lagi tau tak. sila google. HEHE

siapa siapa nak share pengalaman dekat Melaka, dipersilakan ok. mana tau nanti saya buat entry tentang komplen korang atau pujian korang tu. HEHE

ok bye.

pictures sources; google, flickr.

16.12.10

korang kene kentut berdarah ke ?

erk, bertemu lagi kita dalam Blog BudakFadhilah edisi kentut ! miahahahhahahaha,

happy fart by _alia

info ni dah lama terperap jadi draft sebenarnya, tak sempat sempat lagi nak post. sekarang baru ada kesempatan. lepas tu, serius terlupa letak link dari mana info ni di ambil. saya just nak share je. untuk pengetahuan sebagai manusia. kan kita yang keluarkan kentut ni. HEHE

Berikut adalah info mengenai proses kejadian KENTUT dan analisis kimia tentang kentut,

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang masuk ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara
diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Kadar gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara disedut, jenis bakteria dalam usus, dan berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar kadar nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makan tergesa-gesa, kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

bibendum fart by JC / João Cruz

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Kerana kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Kedua ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dan merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut, dan makin busuklah kentut anda. Telur dan daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacangan berperanan dalam menghasilkan volume kentut, bukan baunya.

4. Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang anus apabila kentut dihasilkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yang busuk dan hangat dan tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan penghasilan panas, hasil sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat dan jenuh dengan produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walaupun volumenya kecil, tapi SBD (Silent But Deadly). HAHAHA

6. Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak. Gerak peristaltik usus membawanya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, karena bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.

Do not fart in Wheelchairs by raumoberbayern

8. Berapa lama bau kentut sampai ke hidung orang lain?
Bergantung pada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Apabila meninggalkan sumbernya, gas kentut tersebar dan konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dibau dalam beberapa waktu, maknanya kentut tu mengalami pengolahan di udara dan hilang dari udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, mobil, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tteringgal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Adakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Apabila setelah meninggal pun orang masih boleh kentut. bhahahhahaha.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitan dengan jantina. Kalau betul, bermaksud perempuan menahan kentutnya, dan  kentut dengan jumlah yang banyak.

11. Waktu apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di tanas. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh
penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh badan. Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika samapi usus, bakteria di usus terus membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang disedut, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (karena tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi dan muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa?
Tidak. sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan diserap darah, bukan hilang kerana bocor. Tapi berpindah ke bahagian atas menuju usus dan apabila tiba masanya, akan keluar juga. Jadi bukan hilang, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, akan bernyala warna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengarut. konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing dan kucing lebih busuk?
Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memnghasilkankentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah boleh pening kepala kalau terbau kentut 2/3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

FART BAG by Linzinator!
HAHA

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya orange seperti gas nitrogen oksida, akan tahulah siapa yang kentut. HAHA

21. Apakah kentut itu asid, base atau neutral?
Asid, karena mengandung karbondioksisa (CO2) dan hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur(belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana pun tidak ada pengaruhnya.


heh, banyak betul info yang saya dapat. HAHA, ada siapa siapa yang nak share info lagi ? boleh je drop dekat komen ok. peace, :)

p/s: nak ambil lesen kereta ah,

15.12.10

Wedding; Crystal Garden

amaran; entry ni berjela sikit. erk, bukan sikit, banyak kut.

yeah, semalam (12.12.10) pergi wedding sepupu jauh, erk, apa apa je lah, dekat Dewan Felda. wedding family kakak ni semuanya best best gila. daripada kakak dia, abang dia, sampailah diri dia sediri sebagai anak yang bongsu. HEHE

ni kad sebelah lelaki, abang adnan.

wedding sebelah kak Farah semalam. majlis nikah pula 11.12.10 dekat kediaman family kak farah. Saya tak dapat pergi sebab malas. HAHA, yang pergi majlis nikah tu abah dengan adik adik je. tema wedding kak farah ni ialah Crystal Garden hasil ilham diri sendiri dengan mama dia. kelas gituuuuu. huehehehehehhe,

 source;http://sarahshukor.com/

kak Farah ni sumpah happening. dulu dia study dekat MMU melaka dan bertemu cinta dengan abang nan dekat MMU melaka juga. wehuuuuuuu, comel ok diorang ni. mana mana pergi pun berdua. HAHA







baju pengantin rekaan rizman ruzaini. phewww,

apa yang paling saya suka bila pergi wedding ni, ialah

 
AISKRIM TAPAI. haha

memang kalau wedding family dorang mesti ada neh, :P

 tempek satu gambar cukup. HAHA

ni gambar gambar tunang dia, terjumpa pulakss. HEHE


source;http://www.faisalrahim.com/
 
source;http://www.faisalrahim.com/
 
ini bapak pengantin. pak cik sempoi. HAHA
source;http://www.faisalrahim.com

source;http://www.faisalrahim.com
 
source;http://www.faisalrahim.com
 
sempoi, kui kui kui,
source;http://www.faisalrahim.com

penat derr, tak cukup tidur. semalam sampai melaka dah nak pukul 1 pagi. phewwww, tapi ini lah last wedding family dr. ramlee ni. lepas ni dah tak ada lagi dah. HEHE

apa apa pun, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK FARAH DAN ABANG NAN. weeeeeeee,♥♥♥♥♥♥♥♥

p/s:aku pun teringin jugak. HAHAHA

10.12.10

Narnia

start//10:02pm

hari khamis hari tu ialah hari beronggeng saya. HAHA, beronggeng di sini bermaksud bergembira dari pagi sampai petang. bukan dengan kawan, tapi dengan adik adik dan mama. phewwww, karaoke, shopping, wayang, makan, tu agenda utama.

dah tengok movie Narnia yang latest ni. best sebab tayangan 3D. kui kui kui


disarankan korang semua pergi tengok movie Narnia ni. serius best. kepala pun melayang layang dalam pawagam. HAHA. movie Narnia kali ni banyak gila aksi menakutkan. terteleng teleng kepala masa tengok movia Narnia ni. nasib baik orang tak ramai sangat. mungkin hari kerja kut.

blerghh, saya tak ada gambar langsung. macam biasa, saya kan low profile. yang banyak snap snap gambar ni adik adik je lah. HEHE

 
 ini adik saya. dia lagi tinggi daripada saya  =.='

 
miahahahha, gambar dia lagi. curi dpd blog dia. T______T

serius saya langsung tak snap gambar. bila dah balik baru perasan. heeeeeeeeeee,

heh, dah lama tak menaip. jari ni macam kejung. tak tau apa nak taip. berhenti sini je lah 

lawa tak header baru ? HEHE
 
p/s: jadi penjaga rumah sepenuh masa. phewww,

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License