29.3.10

penting ke dara ?

start//5:07pm


salam semua,


HEHE, since saya telah menghadiri ceramah tentang seks, dan bende bende tu semua, saya asyik terfikir fikir satu soalan ni je.

PENTING KE DARA SESEORANG PEREMPUAN ?

saya rasa macam dah cukup umur untuk cakap pasal mende ni semua. mungkin sebab itu budak budak kelas saya dan budak form six dipanggil menghadiri ceramah tu. cis, rugi dah 40minit waktu addmath.

dekat ceramah tu, dia cakap lah pasal seks selamat, cara untuk elakkan mengandung, HIV, penyakit kelamin (siapa ada sakit kelamin ? !), mandul, penis, vagina, breast (payudara weyh ), semuanya dia cakap lah.

gahhh, itu semua orang sudah tahu kot. HEHE, cuma budak budak kelas saya yang paling banyak bagi respon dan pertanyaan. budak form six, senyap membatu. HAHA, biasalah, budak budak kelas saya ni ada yang gila seks. mintak lah video jenis apa apa pun, semua stok dia ada. jepun, negro, mat salleh, korea, semua dia ada.

[gambar dah di remove // 1.4.10 5:28pm]

betul lah tu, dia memang gila. gila seks ! bila kita silap cakap sikit je, pergh jauh beribu batu fikiran dia pergi tempat lain. sebut huruf S pun bleh buat dia berfantasi. HAHA

eh, ini sudah lari topik. berbalik kepada soalan saya tadi. ecececehhh, :P

haaa, penting ke dara perempuan ?

jawapan saya penting. itu jawapan budak budak macam saya kot. penting le kan, nak tau yang dia dah ternoda atau belum. ish, susah lah nak cakap.

tapi bila fikir fikir balik, lama tau saya fikir, semua orang saya pergi tanya, termasuk mama,

saya rasa macam tak penting pulak. ye lah, sesorang perempuan itu boleh kehilangan dara dia apabila dia melakukan aktivit lasak dalam kehidupan seharian dia. kemalangan pun boleh menyebabkan seseorang itu hilang dara. dan, kadang kadang, seseorang itu boleh dilahirkan tanpa selaput dara. so, macam tak adil je bila perkara perkara ni berlaku pada sesetengah wanita dan dia dianggap dah tak suci. pergh, apa aku cakap ni woii.

lagi satu, sudah pasti ke lelaki yang kita kahwin itu masih teruna ? wakakakakakakka, macam tak adil je perempuan masih dara, tetapi lelaki tidak teruna. WTFrogg,

[gambar dah di remove. :P ]

tapi saya tak cakap pun yang perempuan atau lelaki boleh berzina ok. tidak sama sekali. minta dijauhkan.

dan kita kene ingat sendirilah yang, seorang perempuan yang baik jodohnya pasti dengan lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.

heh, yang penting, hati kene baik, suci.

heeeeeee, so, pendapat korang ? penting ke dara tu ? sebab ?


bye.

p/s:masalah semua boleh blah sekarang tak ? !

update : maaf lambat remove gambar itu. lain kali akan fikir
masak masak sampai hangus sebelum letak sesuatu gambar. HAHA


22.3.10

saya memang sedang mencuba.

start//7:24pm


heh, assalamualaikum.

saya tak ada masa sekarang ni. HAHA

sekarang sedang cuba dan cuba berubah.
berubah kepada yang baik ok.
cuba berusaha juga nak majukan diri.

DOAKAN SAYA.

terima kasih.

bye.


p/s:macam nak stop blogging. macam je !


16.3.10

kena tolong !

start//9:45pm

assalamualaikum.

malas nak membebel panjang lebau, mari ambil tahu apa yang perlu ada tolong saya. sebelum tu, lihat equation di bawah ok.

Angry Girl! by reshat_fanana™
mula mula marah marah.

Self by Chrissie White
lepas tu tertekan macam nak mati.

Big girls don't cry..... by Christine_Elizabeth
lepas tu nangis sorang sorang.

On to the next table now... by lokisky_walker
lepas tu makan tak ingat dunia.

dan lepas tu,

semestinya berat badan saya meningkat dan meningkat.
T______________T

nak nangis lagi.



dah teliti habis habis ? jadi, sila bantu saya untuk mengatasi masalah ni. hish, lama lama camni, boleh mati dalam tidur.

tak nak, tak nak. tak nak mati. tolong lah saya. please,

mesti korang cakap saya yang bodoh sebab binasakan diri sendiri. tapi, tu semua saya tak dapat kawal. memang terus terus jadi macam tu.

dah baik saya tak buat cam ni tau ;

365 Stress by Miss Minie
dulu pernah nak buat, tapi tak sanggup.
ingat abah dengan mama.


memang betul cakap orang. bila nak hadapi ujian yang besar besar dalam hidup kita, makin banyak pula ujian yang kecil kecil datang. tu yang buat tak tahan tu.

makan dan nangis tu macam satu kelegaan buat saya. nangis dulu sepuluh atau lima belas minit, lepas tu pergi cari makanan.

walaupun lega nanti, tapi bila dah ok. rasa macam menyesal gila. menyesal pergi makan macam tak ingat dunia. baik baik berat badan dah turun, lepas tu naik balik. T_________T

tak nak, tak nak. tak nak gemok ! malu ! bosan kene ejek !

so, korang ada cara lain untuk hilangkan tekanan selain daripada nangis dan makan ? jika ada, sila kongsi ok. tsk, tsk.

dah tak reti nak minta tolong pada siapa.

esok sekolah. bye.


p/s:jadi budak SPM ni memang susah !


11.3.10

ter-cuak

start//5:21pm

salam semua.

OMGosh, saya cuak sekarang ni. hah, rasa macam satu perasaan mengalir dalam hati ni bila tengok budak budak yang ambil result SPM menjerit sebab happy gila.

oh, sekolah saya hanya sepuluh orang je yang dapat semua A+. mereka memang hebat. mereka semacam idola saya. HAHA

Happy Days Are Here Again by Peggy Collins

nanti tahun depan, macam mana lah saya pulak ek ? macam manalah batch saya ek ? entah entah, bilangan yang dapat keputusan cemerlang ialah undefine. T__________T

takutnya, takutnya.

eh, tahniah ok pada mereka yang dapat keputusan SPM yang cemerlang.

sila share cara anda belajar dengan saya. heeeeee,


p/s:pelik gila, macam mana lintah boleh masuk dalam dubur
budak tu ek ? sampai meninggal budak tu 'dia' kerjakan. =.='


4.3.10

boleh ke ?

start//4:20pm

salam semua.

heh, waktu sekarang ni mesti mereka mereka yang suka suka suka sangat sukan tengah berpeluh peluh dekat tengah padang. gosh, saya bukan sebahagian daripada mereka. saya malas nak campur mende mende tu semua. HAHA

Hi Hi by yasmapaz & ace_heart

rasa macam pihak sekolah ni bangang la pulak. minggu depan nak exam. boleh pulak dia buat hari sukan minggu ni. nak belajar pun tak senang sebab kejap kejap cikgu takda, kejap kejap kiteorang kene panggil. memang terganggu gila nak belajar. lepas tu dengan beruk beruk yang suka memekak tu. hish, sakit kepala otak saya ! dah macam dekat hospital gila.

geheee, sekarang saya tengah gila gila buat latihan addmath. erk, ok lah kot. kalau saya tak putus asa, A+ mesti boleh dapat punye. tu pun kalau saya tak putus asalah. paling paling bodoh pun, saya dapat lulus. rasa macam bodoh jugak tahun lepas tak boleh buat, tapi sebenarnya, addmath lagi mudah daripada math kot. math lagi complicated. sesak kepala.

adddd by wnaJUNK

huh, sebenarnya dua dua boleh buat kepala otak kita sakit lah. tapi kene jawab dengan tenang lah. mesti idea untuk jawab soalan tu akan datang dengan sendirinya.

sebenarnya, sekarang ni hari saya tengah meluap luap nak cakap macam ni dekat mama;

mama, hari ni tak payah pergi tusyen boleh ?
kalau boleh, orang tak payah online sebulan. SEBULAN.

gahahahahah, tapi tak nak lah. macam tak boleh hidup je nanti. eleh, tusyen tiga kali seminggu, enam jam lebih je. macam tak berbaloi ganti dengan sebulan. betul tak ?

eh, cakap pasal tusyen, saya ada kelas kejap lagi.

sebelum tu, sila maklum yang saya tidak dapat membantu anda untuk buatkan background atau header buat masa sekarang. sebab apa ? sebab saya terlampau sibuk sampai dah tak reti cari jalan untuk balik rumah ! T___________T


bye.


p/s:blog ni makin lama makin bosan kan. T________T

p/s/s:
kalau lah ada mereka yang boleh bagi idea untuk buat
entry tentang sesuatu kan bagus. sape boleh bagi ? !


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License