23.1.10

hidup lagi !

start//9:38pm

skeleton waking up by primatebonz

blergh, tak tahu nak mulakan macam mana. dan tak tahu jugak nak sampaikan macam mana. erk, maksud ayat macam sama je. gaahhh, abaikan.

sekarang ni, saat ni, rasa macam dah dekat tiga kali keluar masuk toilet. rasa macam lembik gila. saya rasa saya kene 'berri berri' lah. hilang mood nak buat kerja.

ok, ok. sebenarnya tak tahu apa tujuan buat entry ni. cuma, macam biasalah. nak sesuaikan diri dengan nama 'budak SPM' tu macam haram sikit. sebab dekat sekolah cemerlang tu, batch saya masa PMR, yang paling teruk dan memalukan. WTF, malu gila. haish,

tau tak ? tau tak ? ramai kawan kawan saya cakap tahun lahir kiteorang ni maca tahun sial bagi sesetengah orang yang macam saya. WTF lagi. HAHA. tapi peduli apa saya, ada je orang yang lahir tahun 1993 berjaya dengan jayanya. :P

disebabkan batch saya batch paling teruk, er, sebenarnya tak de lah teruk sangat, cuma budak budak sebelum ni lagi baik daripada kiteorang je, pengetua nak basuh habis habis budak sains dekat sekolah saya tu. calon SPM kelas sains tak ramai, dalam enampuluh lebih je.

disebabkan tu, macam macam mende yang pihak sekolah dah sediakan untuk kiteorang. ni memang nak pulun habis habis tau ! semua guru guru cemerlang dan terbaik je yang ajar kiteorang. kelas tambahan sampai pukul empat lebih. homework, lebih daripada biasa. sindiran guru guru yang ajar kiteorang pun menimbun nimbun. erk, terseksanya !

tapi mengenangkan setahun je, kene lah jugak hadap. untuk masa depan kiteorang juga.

realitinya, hidup saya sekarang makin sibuk dan sibuk. kenapa dalam satu hari ada dua puluh empat jam je ? kenapa tak empatpuluhlapan jam je ? kenapa waktu berlalu dengan cepat ? blergh, =.='



fine, ini macam annoying sikit. saya sangat cemburu dengan budak form empat. heeeeee, bestnya kalau dapat menikmati lagi sekali waktu tingkatan empat dulu. kenangan. memori. =.='

eh, kalau korang dapat duit lima puluh ringgit tapi semuanya syiling, atau sepuluh sepuluh sen, semua tau ! korang nak angkut tak ?


erk, sakit perut lagi. bye.


p/s:sumpah menyampah bila dipermain mainkan pada
waktu yang salah. tu semua nak mintak kene maki !


16.1.10

saya pun tau kesian,

start//3:25pm

heh, assalamualaikum.

sebenarnya sekarang ni bukan waktu online saya. tapi, nak jugak online ! sekejap je ni. mungkin tak sampai tiga puluh minit. entry ni pun pendek je. :P


tengok tue. saya pun sibuk sibuk excited jugak tahu ! alhamdulillah dia dapat. :) tawaran ke SBPI SELANDAR. SAINS TULEN.

tau result permohonan ni dah dikeluarkan pun dari blog yasmeen. and tak lupa jugak, nak ucap tahniah pada yasmeen. semoga dapat buat pilihan yang tepat. :)


TETAPI ! kesian adik saya weyh. HAHA. dia kecewa, abah memang tak akan bagi anak anak dia masuk asrama. dulu adik saya yang ketiga pun dapat tawaran pergi sekolah asrama. tak bagi pergi jugak. kesian, T_______________T alasan, 'anak abah tiga orang je. semua perempuan. tak kan nak tinggalkan abah dengan mama berdua je ?' alahai, =.='

saya je yang tak pernah mohon mana mana asrama. SEBAB ? sebab saya tak mahu. anak manja weyh. HAHA. gedik !

apa apa pun, saya turut gembira bila tengok adik sendiri berjaya walaupun dia selalu sakitkan hati saya. tsk, tsk.

mari kita tunggu keputusan permohonan ke MRSM pula.


p/s:tahniah juga pada mereka yang dapat tawaran.
p/s/s:adik saya kata, dia nak memberontak. WTFreak.


10.1.10

kucing jadi monyet,

start//8:34pm

100110

comel nye tarikh ni.

WTF, saya gedik jugak nak update.
T______________T


p/s:tunggu 101010.

8.1.10

keadaan semasa.

start//10:53pm

salam sejahtera.

duhh, blog sudah tidak menggairahkan lagi. sekarang kepala saya rasa berpinar pinar. dunia macam berputar putar.

susah nya hidup ni. heh, cuma setahun saja saya akan laluinya. selepas ni akan merinduinya pulak. hish, jiwang tak kena tempat.

kadang kadang saya rasa macam nak berputus asa je. kecewa ! tahu kecewa ? kecewa dengan persekitaran, kecewa dengan kawan kawan, kecewa dengan guru guru, kecewa dengan adik adik, kecewa dengan diri sendiri ! T_______T


mood saya sekarang sangat bercelaru. kadang kadang rasa macam nak gelak. kadang kadang rasa macam nak meraung. dan kadang kadang nak menangis macam orang tak ingat dunia. heh, gila dah agaknya.

sejak masuk sekolah balik hari isnin lepas, hati ni bengkak je. janji entah ke mana, kawan entah ke mana. malas nak berdrama swasta, saya mengalah. rasa macam tahun terakhir ni makin terseksa. makin meluat duduk kelas tu. hish, banyak betul syaitan dah bertenggek dekat hati saya ni.

a boring picture for a boring day by bclarkesmith

alhamdulillah, saya masih kekal dalam kelas yang sama. rombakkan sepenuhnya berlaku dekat kelas sains. heh, kelas sains ada dua je. HAHA. hampir suku budak kelas sains satu kene blah pergi sains dua. so, persekitaran baru bagi saya dalam kelas sains satu.

macam biasa, rutin menjadi seorang pelajar sekolah menengah sudah kembali. tahun ni ada macam pelik sikit. tahun tahun lepas adalah jugak kakak² form five dan upper six untuk bermanja manja. tahun ni dah tak ada dah. mereka sudah bersara. heeeeeeee,

so sekarang, satu je misi saya. SPM ! persetankan tentang perasaan kacau bilau tu semua. nak tak nak saya kene laluinya.

erk, ingatkan nak taip pendek je. ni rasa macam dah panjang je. HEHE

Vintage Postcard ~ Little Girl Sleeping by chicks57

bye


p/s:nak cepat cepat habis SPM !


1.1.10

tak baru pun !

start//10:39pm

salam sejahtera.

glitter rainbow by ::sämyii::
mahu hidup warna warni.


gahhhhhhhhhhhhh, hari yang membosankan. membosankan ! seharian duduk rumah tak buat apa apa. nak keluar pun tak boleh sebab mama kerja. pffffftttttt, bosan ! *lagi sekali !

ok lah. hari baru yang ok ok saje. tak ada yang best pun. semua masih sama. tak baru pun ! cuma macam teringin nak buat pembaharuan. pembaharuan tentang apa ? masih dalam perancangan lagi.


perkara perkara baru masih belum muncul. heh, mungkin akan muncul tak lama lagi. misi utama sampai kena jadi 'peminat' cikgu tu, akan tetap saya teruskan dengan kawan kawan. mungkin dengan cara yang baru. HAHA. nantilah....

malam tadi tak dapat tengok pun gerhana bulan tu. sebab bulan dilindungi awan. banyak awan. dapat tengok pun sikit je.

macam biasa, sepanjang dua kali saya sambut tahun baru dekat rumah ni, mesti pukul dua atau tiga pagi dengar bunyi motor. WTF. nak tidur pun tak boleh. memekak gila ! bila entah diorang nak dapat hidayah agaknya, tak tahulah. tu mesti tak takut mati.

tadi tengok berita, macam biasa juga. kes tangkap khalwat macam dah jadi satu kemestian tiap tiap malam Tahun Baru. tak malu ke mereka buat maksiat ? grrrrrrr, malas nak cakap lebih lebih.


sebenarnya, saya nak ubah cara saya ber-blogging. banyak saya nak ubah. tapi, sikit sikit lah kut. tak kan sekali sejelepuk nak tukar semuanya. biar masa yang tentukan. fokus saya kepada SPM menjadi lebih utama. :P


OMG, macam tak percayah saya TUJUHBELAS tahu secara tidak rasminya. meningkat tua weyh.

dua hari lagi tai warna maroon akan tersangkut dekat leher saya. dua hari lagi kasut hitam tersarung dekat kaki saya. dah mula selak selak buku nota fizik. takut-nye. blergh, saya mahu nikmati tahun terakhir persekolahan saya.

saya akan pastikan semua benda yang tak pernah dibuat, akan saya buat. jeng, jeng, jeng.

dah mula bosan dah. BYE.


p/s:blog update seminggu sekali. boleh ke ?


#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License