31.12.09

azam ni apa sebenarnya ?

start//8:14pm

assalamualaikum,

waktu entry ni dimulakan, saya tengah sakit perut. eh, bukan. sebenarnya tengah excited tengok perancangan sekolah tahun depan. HAHA

blerghhh, sekarang tengah tak ada perasaan. sedih tak, suka pun tak. cuma sedang teringat ingat balik perkara perkara yang telah dilakukan sepanjang tahun 2009. banyak weyh, benda buruk, benda jahat. semua saya buat. HEEEEEEEE,

eh kejap, ni nak cerita pasal azam ke, cerita pasal diri sendiri ? ok, mulakan dengan AZAM. ni bukan AZAM kawan saya yang saya panggil ayam dan piring astro. ni AZAM yang harapan tu. HAHA

ask you by Victor Bezrukov

untuk pengetahuan, saya tak suka tempek azam kat mana mana. cuma lekat dalam hati dan kepala otak je. masih ada azam tiga empat tahun lepas yang belum tercapai. sebab tu saya tak suka sangat berazam azam bagai ni.

yang tercapai, alhamdulillah. yang belum tercapai, ni yang payah. liat betul nak laksanakan azam ni. kalau tercapai pun, mesti tak lebih daripada seminggu. kalau berani, sila teka azam saya yang tak tercapai tu apa ? :P *jangan kutuk, sudahlah.

setakat ni, azam yang saya buat, tercapai separuh jalan je. dah sampai tengah tahun, terbengkalai. PEMALAS !

oleh itu, tahun ni saya ada dua je azam. dua je ! kalau tak tercapai, tak tahulah nak kata apa. :P

tamat tentang AYAM AZAM.



sekarang nak membebel dengan tak ada perasaan pulak. 2009 ! balance lah pahit, manis, kelat, masin semua. semuanya saya rasa tahun 2009. cuma tahun 2009,
  • saya dapat balik kawan baik saya. gahhhh, sayang dia. kalaulah dia baca blog saya, dia mesti akan gelak. sebab dekat blog, saya macam jadi angel gila. wakakakakkakakaka, saya pun macam perasan saya lain dalam blog. eh, entah. tak tahu apa pandangan orang. manusia memang selalu tak sempurna.*ayat klise.
  • buat pertama kali saya kenakan cikgu. mati kalau dia tahu saya yang buat. dan ini adalah misi saya utama sejak pertengahan tahun 2009 ok. HAHA. berpura pura menjadi peminat. eeeeeeeeeeeee, sebenarnya bukan ! jahat kan saya ? apa yang saya buat sebagai 'peminat' ? nak tahu, tanya saya. :P
  • saya buat hal dekat sekolah. tak nak masuk kelas 4A sebab tak ada kawan. saya pergi duduk dekat kelas 4B. dengan muka selamba, buat tak tahu, saya duduk diam diam dekat kelas tu. HAHA
  • tahu macam mana perasaan tak ada kawan dalam kelas. kalau luar kelas tu ada balik lah ! HEHE. azab, sebab saya sorang je dari kelas lain masuk kelas tue. tapi tak lama, lepas seminggu, keadaan bertukar menjadi gila. HAHA
  • pertama kali dalam seumur hidup, ada perkataan GAGAL dalam slip peperiksaan saya. HAHA. not bad jugak perasaan itu. :P
  • baru saya tahu macam mana jugak perasaan menganggap seseorang tu kawan baik kita tetapi tidak bagi dia. macam terhegeh hegeh lah senang cerita. dia tak de pun anggap persahabatan tu apa apa. cuma sebagai 'kawan persinggahan' je. jumpa yang lebih baik daripada kita, sepi je lah persahabatan tu. *senyum. sudah. saya lupakan saja. prinsip saya, kawan memang datang dan pergi. tak payah dah nak lebih lebih. :)

Berhenti kejap, keluar makan. (8:55pm)


Mula balik. :P (11:04pm)

eh, blur pulak.

jalan MBMB sesak gila. manusia macam semut. duduk rumah lagi bagus kut, tengok bulan yang lawa gila. heeeeeeeee. mesti wad kecemasan hospital melaka sesak, riuh rendah. :P

erk, mungkin bukan cara family saya sambut Tahun Baru dekat luar. lebih baik, duduk rumah, gelak gelak, borak borak, dengan keluarga. :)


apa apa pun,
SELAMAT TAHUN BARU
2010


semoga tahun baru ni, rezeki kita bertambah murah, hidup sihat dan ceria, dan, dan semua AZAM kita yang tak tercapai tu, tercapai.

tahun depan, mungkin saya tak aktif ber-blogging macam tahun ni. mungkin juga, seminggu sekali saya update. entah, saya tak tahu. yang pasti, saya akan sibuk dengan SPM tahun 2010. jangan lupa doakan saya.

bye.

apa azam korang ek ?


p/s:jangan lupa solat sunat gerhana.


29.12.09

satu Malaysia 1

start//5:36pm

assalamualaikum. salam sejahtera.

sekarang otak dah center balik. heh, penat sangat. tidur semua tak menentu. masa makan pun dah tak betul. saja saya nak coret perjalanan saya kat sini. HEHE. KELANTAN not bad. cuma rasa macam pilihan kedai makan kurang. erk, ye ke ni ? ke saya je yang tak perasan. :P


destinasi pertama ialah MUAR. balik kampung jer. :P

lepas tu pergi KUANTAN.

sampai tengah malam. keliling kuantan cari hotel. semua penuh. last last jumpa hotel ni. shahzan inn hotel. belasah je lah. masuk masuk je hotel tu, ambil kunci semua, naik bilik. tingkat 12. bilik 1203 bilik saya. mama dengan abah bilik sebelah.





lepas tu nak bukak pintu le masuk bilik. mak aihh, susah gila nak masuk. dekat setengah jam godeh kunci tu. sampai kene panggil pekerja hotel tu tolong bukak kan. alasan, 'cuti sekolah hotel full. mungkin ada orang yang bukak pintu ni kasar kasar kot. sebab tu macam rosak sikit.' gahhhhhhhh. apa apa je lah. hotel tu hotel kerabat diraja. service, hampeh. blerghhh..

esoknya, pergi rumah orang kahwin. menghantar pengantin. shopping. dekat east coast mall. rembat je apa yang berkenan. HAHA. dah selesai semua, pergi ke destinasi seterusnya. KELANTAN.


dekat kelantan, kawan abah dah siap sewakan rumah semua. so, senang je. sampai sampai, terus tidur.


pergi rantau panjang. heh, tempat tu, panas gila. macam kampung jawa. tapi lagi besar. dekat situ, crocs pun boleh jumpa. LV pun ada. HAHA. dekat sini hanya mama dengan abah yang beli. saya dengan adik adik langsung tak beli apa apa. HAHAHAHA. macam tak boleh tipu diri sendiri. :P

lepas tu pergi pasar le, dengan apa entah nama tempat tu. bosan dekat kelantan ni. dekat kelantan tak sempat singgah shopping mall. petang tu, blah balik. macam tak banyak tempat best je nak pergi. T___________T

perjalanan balik lalu jeli. eh, betul ke ? lantak lah. saya tak ingat. tapi best gila tau. lalu tengah tengah malam dekat tengah tengah hutan yang penuh dengan kabus semua. ada banjaran, tasik dengan bunyi bunyi binatang. seram weyh, HEHE.

lepas tu sampai perak. singgah makan tengah malam. grrrrr, singgah makan je. tu pun nak masuk senarai. HAHA. alasan abah tak nak bermalam dekat perak sebab dah pernah pergi. =.='

sampai KL dalam pukul tujuh pagi. ingat nak singgah bermalam ke atau shopping ke apa. tapi time tu betul betul semua tak larat. dengan abah bawak kereta dah ke kiri ke kanan. nasib baik tak masuk gaung atau parit. dengan jumpa kereta terbalik masuk longkang. nak tolong, tapi dah terlepas. kesian gila.

semua perhentian yang ada, semua nya singgah. singgah buat apa ? untuk tidur ! dapat sejam pun jadi lah. perjalanan balik ambil masa dekat 15jam ! lama kan ? :P


sampai MELAKA pukul sepuluh pagi semalam.

pergh, lepas ni, saya tak nak pergi kelantan lagi. HAHA, azab gila perjalanan tu.

erk, lepas ni nak pujuk abah pergi KL. nak memboros dekat sana pulak. doakan saya dapat pujuk abah. HEHE

dah habis coretan saya. ish, bosan kan ? saya dah tak tahu nak taip apa lagi sekarang ni. mood, menjadi seorang calon SPM macam dah mula menghantui. T____________T


bye.

sebenarnya, dekat KELANTAN ada apa ?

p/s:berat badan meningkat kerana stress. WTF
p/s/s:gambar bercuti, private. heh,


25.12.09

macam jadi je.

start//6:29am


salam pagi buta semua.
heh, i nak pergi dah ni.

uweks,
macam nak pergi selama lamanya je. :P

oh, komen komen dekat entry, saya akan reply nanti.
mungkin minggu depan atau,
eh, saya tak tahu bila balik lah.

abah saya tak rancang apa apa pun,
kiteorang jalan ikut suka hati. HAHA


doakan perjalanan saya berjalan dengan lancar.
macam nak jalan jauh je.
saya pun tak pasti.

entah entah, esok dah ada dekat MELAKA balik.
HAHA

doa doa je lah tidak.


bye.


p/s:selamat bercuti. :)


24.12.09

puas tapi tak puas.

start//10:32pm


assalamualaikum.


ni bukan puas mende pun ea..
jangan gelabah dulu. baca entry saya. :)



sekarang saya puas hati.
sebab saya dah dapat apa saya nak.
eleh, bukan apa pun. benda biasa je.
baru balik dari menghabiskan duit. :P



misi saya nak dapatkan ODM.
tapi bila saya lihat design dia.
semuanya tak kena dengan saya.

i bukan ikut trend sangat.
pakai apa yang saya rasa sesuai je.
ODM tu besar sangat pada saya. HEHE




so, rembat Baby-G je.
jangan gelakkan ok.
adik saya kata citarasa saya buruk. :P

gambat di-capture menggunakan hp saya. =.='


sebelum ni pergi beli handbag CR.
CarloRino.
gahhhhhhh, buruk jugak an ?
baru dua hari di-beli. :P

gambar tidak di-edit. kecuali word BudakFadhilah tu je.

senang citer,
semua saya angkut. kasut, purse, jeans, beg.
ikut suka hati saya. :P
biar abah bayarkan. HAHA


eh, entry ni macam dah berbaur meninggi diri.
biar saya stop di sini sahaja.
maaf kalau rasa macam i ni belagak gila.
tak berniat, cuma nak share saja. :)


teruskan dengan entry ketidak-puasan hati saya pulak.




ok. ok.
macamni,



saya tak suka bila saya masuk sesuatu butik,
atau apa apa kedai,
then budak salesgirl tu pandang sengkek atau slack
katkiteorang ni.
'kau ingat aku tak ada duit ke ?'
heh, menyampah gila.

biasanya salesgirl yang perangai macam ni,
ialah salesgirl perempuan. melayu !
sesetengah je lah yang pandang macam tu.

itu semua stock mintak penumbuk.


Annoyed Glinda by *Michelle*(xena2542)-on/off flickr


bila saya angkat handbag yang empat lima ratus,
pergi kat salesgirl lain, lepas tu bayar,
muka dia lagi bertambah annoying. huh,

kalau pandang saya sengkek sangat,
macam lah dia tu high standard sangat. heh,

sila bagi tahu saya,
siapa yang suka diri awak tu dipandang sengkek ?
meh, bagi tahu sebab kenapa awak suka.


ops,
buka saya kutuk salesgirl melayu ye.
saya cuma cakap sesetengah.
harap maklum.
jangan salah anggap.

salesgirl yang berbangsa Cina lagi friendly kut. :)

tak nak cakap lebih lebih.
nanti ter-kutuk lebih lebih.

pesan saya pada mereka yang baru bekerja salesgirl,
*heh, nak ajar org konon, kau pun belum kerja lagi.
layan je lah pelanggan awak tu.
buat muka manis walaupun penat macam mana
penat sekalipun.

kadang kadang,
kalau saya pergi shopping malam malam,
saya tengok muka salesgirl semua ketat je,
tu saya faham le. dah malam dan dah penat. :)
kan ? kan ? kan ?


Day 51! - This is my PERV swatter. by like_shipwrecks


perkara lain yang boleh buat saya baran,
bila ada salesgirl ikut je mana saya pergi.
rimas tahu !

mungkin niat dia baik nak bagi pertolongan
atau apa apa je lah kan,
tapi bila part dia paksa paksa kiteorang beli,
terus kiteorang blah.
kalau mama tak nak blah,
saya tarik jugak tangan mama. HEHE

biasanya perkara ni jadi bila saya masuk
kedai BodyShop. *eh, betul ke saya camni word dia ?
heh, biarkan je lah. :P


lagi apa yang saya menyampah ek ?

ni je kot yang saya ingat.
setakat ni je lah. heeeeeee,

dah. tu je.

bye.


p/s:doakan saya percutian yang dirancang berjalan
dengan lancar dan bahagia. HAHA
p/s/s:jangan lupa klik nuffnang saya.
p/s/s/s lagi:blog ni dah macam buku teks. T______T


23.12.09

mengharap sangat,

start//10:18pm


salam semua.

huh, *saya mengeluh lah !

banyak benda yang saya mahu selalunya jarang tercapai. bukan tidak langsung tak tecapai, cuma jarang sahaja. tetapi, benda yang saya tidak terfikirkan, selalu datang bergolek kepada saya.

apa yang datang saya terima dengan hati yang rela. walau macam mana pun situasi saya, saya harus juga terima. siapa yang peduli kan kalau saya menangis air mata darah sekalipun ? tak ada sesiapa pun yang ambil tahu. kalau mereka ter-ambil tahu pun, boleh ke mereka menukar keadaan itu ?

Where Angels Cry by Pink Sherbet Photography


kadang kadang apa impian saya yang tak tercapai tu saya hanya terima dengan membuat andaian, 'belum tiba masa nya je tu.' siapa tak cemburu kan kalau melihat impian orang lain tercapai dengan jayanya tetapi tidak kepada kita. mungkin juga usaha saya tak cukup untuk saya pastikan impian saya tu terlaksana. mungkin juga.

The long journey by M.ALKHAMIS

banyak kali juga saya kecewa sebab impian saya tak terlaksana. bukan tak bersyukur dengan apa yang diberi, tapi, biasalah manusia. tak pernah cukup. semestinya hanya mahu yang terbaik. dan kalau boleh mahu menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

perkara lain yang boleh sedapkan hati saya bila impian saya musnah berkecai, 'mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.' well, apa lagi yang mahu saya katakan lagi ? mahu tak mahu, saya kena juga terima hakikat.



so, dari sekarang ni, saya nak buat apa sahaja untuk membolehkan saya capai apa yang saya mahukan. saya malas mahu nangis lagi. kalau saya nangis, apa pun tak jadi. tapi air mata yang mahu mengalir mana boleh ditahan tahan. bila bertakung, pecahlah empangan dia.


'batukan diri' juga bukan jalan terbaik yang boleh saya lakukan bila saya tak dapat apa yang saya mahu. saya memang selalu kalah dengan emosi sendiri. bila orang gertak sikit, memang air mata ni laju je menjunam. jalan terbaik bagi saya, lari daripada menghadapi situasi tu. boleh ke ?


sudah lah. saya menaip entry ni dengan hati yang masih panas. membahang tahu ! sebab apa ? sebab saya terfikir balik impian saya yang lepas lepas yang sudah musnah. saya tahu. tak guna fikir balik. bukannya masa boleh di putar kembali.


apa yang saya tahu, saya mesti dapat apa yang saya nak. mungkin juga hidup saya tidak panjang. heh, siapa yang tahu kan ? semua benda boleh jadi. sebaiknya, saya buat apa yang termampu untuk membolehkan saya dapat apa yang saya nak.

lastly, doakan sahaja semoga apa yang saya mahu tercapai. dah dua kali saya gagal. tapi bukan yang pengakhiran ini. agaknya lah. *jungkit bahu.

mungkin akan ada entry tentang ke-tidak senang-an hati saya terhadap segelintir golong seperti mereka. akan datang. HEHE

Annoyed by Patflinschrod

macam ni kot muka saya bila saya rasa annoying dengan golongan tu. heh, saya pun tak tahu. kalau nak tahu, ikut saya pergi shopping. mesti korang akan nampak saya buat muka bila saya rasa tak senang dengan golongan tue.

eh, tak nak cerita lebih lebih. nanti nanti saya cerita.

btw, good luck untuk calon PMR esok. semoga impian kamu semua tercapai. :)

bye.

p/s:entry ni tak ada kene mengena dengan entry sebelum ni.
p/s/s:fikiran terganggu, hati bercelaru.


ni sebab nya.

start//11:13pm


erk, assalamualaikum.

sebelum tu, lihat lah gambar yang sekeping
dekat bawah ni. :P


dah tengok kan ?
itu sepupu saya. yang pengantin perempuan. :)

errr, itulah sebab nya saya tak update update blog saya.
menginap dekat hotel cikai dekat kluang selama
dua hari. HAHA

bosan tahu.

nak sebab lagi sebab saya tak update blog ?
tak nak ?
saya nak cakap jugak. HEHE

sebab nye, bila tiba waktu online saya,
iaitu pada waktu malam, harap maklum,
saya mesti keluar pergi shopping.

sebab lagi saya jarang update blog ?
sebab nye, bila dah penat merayau waktu malam,
mood untuk hadap komputer terus hilang.
otak, kaki, mata, badan, semuanya penat.
tidur lagi baik.



eh, kan entry lepas saya terjadi awww sekejap.
itu sebab nya, tukang make-up sepupu saya itu awwww.
sepanjang hari perkahwinan tu nampak dia.
tapi lawa doh.. badan mantap gila. HAHA


ada dua orang yang awwwww.
sorang tue nampak macam ayu sikit sebab pakai baju kurung,
sorang lagi tu ganas sikit sebab pakai t-shirt
dengan seluar fit je.
dah lah duduk terkangkang,
nampak mende terbonjol dekat seluar dia.
apa tu ek ?
HAHAHAHAHAHA

tak boleh blah bila dah ayu ayu tue,
jalan tergetik getik sambil hisap rokok. :P

tapi, serius lawa. lagi lagi bila dia cakap camni
kat sorang budak lelaki yang suka sakat dia.
'lagi lagi kau. aku bukak kan selaur kau kang baru tau !'
HAHAHA. cakap dengan nada gedik ye. :P

erk, dah lah. sampai sini je.
ni pun saya curi waktu online adik saya. HEHE

tunggu next entry. entry tue mungkin ada nada
belagak sebab tak puas hati daripada saya kepada
mereka. HAHA

p/s:saya buat entry ni bukan mahu bercakap besar.

20.12.09

kejap je,

start//10:39pm


erk, salam.

sekarang i sangat busy.
bukan busy mende pun,
busy dengan hidup je. HEHE




baru sampai je ni.
oh, rumah ku syurga ku.
sangat rindukan toilet dalam bilik i. HAHA


gahhhhh, tengah penat ni.
dua hari i tinggalkan blog ni. :P

apa apa pun,
i akan cuba sambut balik pelawat
pelawat blog i yang singgah di sini,
ketika ketiadaan i. awww,

dan, terima kasih kepada mereka yang sudi
klik nuff i. nanti i pergi klik
nuff you semua balik ok.

bye.
assalamualaikum.


p/s:nada gedik sebab dah ter-biasa dengan awww. :P
eh, nanti saya ceritalah. bye.


17.12.09

perpindahan,

start//9:09pm

assalamualaikum,

saya sebenarnya tidak bermood untuk menaip panjang. hati saya tengah bengkak sakit. grrr. 'YA ALLAH YA TUHANKU, kau berikan lah hamba mu ini ketenangan jiwa dan hidayah mu.' tsk, tsk, saya mahu menangis.


sudah, sudah. saya mewujudkan entry ini untuk mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH. mari kita bersama sama berhijrah daripada segi pemikiran, mental dan pelbagai lagi aspek. semoga tahun baru ni memberi manfaat kepada kita semua sebagai umat islam. AMIN.


seperti yang saya kata tadi, entry saya pendek sahaja. ini sahaja tujuan saya. bye. assalamualaikum.


p/s:menyampah tengok orang bigau !


15.12.09

Pertanyaan #1

start//8:10pm

assalamualaikum dan salam sejahtera.
ber-duduk nya saya di sini adalah ingin menaip
entry yang tidak seberapa ini.
*WTH. apa kau merepek ni ?

sudah, sudah.
mari kita teruskan perjalanan hidup yang
berliku liku ini. *gahhhhhHAHA


di sini, saya dengan rasa rendah diri ingin
merembeskan meluahkan persoalan²
yang sering kali berjalan jalan di kepala otak saya.

kalau tak ada orang nak tolong rungkaikan
persoalan² ini, tidak mengapa.
biarkan ia terus menjadi persoalan kepada saya.


sebelum saya berucap membebel dengan
lebih panjang lebau, mari baca
apa mende yang saya fikirkan sangat ni. :P


1. apa akan jadi ek pada laman² so-sial kita seperti twitter, myspace, tumblr, photobucket, friendster, facebook dan termasuk blog kita ni bila kita mati ek ? saya mula tertanya soalan begini sejak saya terbaca tweet ada seorang blogger ni. saya lupalah. kalau diri anda yang tweet soalan ni, sila angkat tangan yer. :)
    Muslim Graves, Jerusalem by majortom16

    2. kenapa orang² suka meniru hasil kerja kita walaupun pada pandangan kita hasil kerja kita tu tak adalah yang ter-bagus tetapi cukup memuaskan hati sanubari kita ? kenapa ek ? oh, manusia. :)

    3. kenapa manusia yang punya akal fikiran dan boleh berfikir dengan waras suka buat sesuatu yang dia tahu sesuatu itu akan mudaratkan diri dia dan diri orang lain ? 

    4. apa agaknya rasa atau perasaan yang akan saya rasa bila saya dah habis SPM nanti ek ? HEHE

    5. boleh bagi cara atau cadangan macam mana kita atau saya boleh melupakan sesuatu yang nak saya lupakan sangat tue ? huh,
            Roll the dice ~~ by losy


            cukup sampai di sini sahaja.
            lima soalan sudah memadai.
            sebenarnya banyak lagi soalan yang mahu saya utarakan,
            tetapi, bila saya klik pada ikon 'create new post',
            semua soalan itu hancur berderai musnah dan
            berterbangan entah ke mana. :P

            dah, tu je lah.


            saya sebenarnya tengah feeling² nak bagi ucapan.
            sebab saya baru teringat, tahun depan semua senior
            saya dah tak ada. jadi, siapa yang akan jadi MC
            yang baru ? masih menjadi tanda tanya buat saya. :P

            ok. bye.

            12.12.09

            bodoh pun bodohlah.

            start//10:31pm


            assalamualaikum,

            mari ambil tahu, erk,
            tak, tak, sebenarnya, mari baca entry saya ni.

            jadi, *tak nak guna so =,='
            perkara inilah yang saya buat sejak
            dua menjak tiga menjak empat menjak ni.



            pertama !

            cuba lihat ni. HAHA
            apa agaknya yang pertama sekali
            ada dalam fikiran anda ?

            mari kongsi bersama saya. heh,




            sebenarnya, saya tak pakai lah pewarna kuku.
            bende alah tu dilarang sekeras kerasnya ada dalam rumah.
            dulu saya pernah curi curi beli,
            lepas tue adik terjumpa, pergi bagitahu mama.
            lepas tue bende tu kene baling dalam longkang. HAHA

            sebenarnya *lagi,
            kuku saya tu saya pergi
            warnakan dengan lipstick mama.
            saya campurkan dua tiga warna sampai puas hati. erk,
            HAHA

            memang saya tak ada kerja.

            T_________T
            tiap tiap hari saya buat macam tu.
            sampai kuku saya jadi warna pink dah. :P
            HEHE

            ok.




            kedua !


            ini semua dah tahu kot.
            malam ni yang keberapa kali entah saya pergi buat BBQ.
            bakar ayam bukan banyak pun,
            cukup cukup untuk saya dengan adik dengan abah dan mama
            makan. huh,
            habis oksigen terbazir begitu sahaja.
            *pembakaran memerlukan oksigen kan ? heeeee,

            kalau berlarutan, boleh mati tahu.
            sebab asyik makan asap je. HAHA

            tapi, dah tue je yang saya tahu buat.
            nak buat apa lagi kan ?
            masak kek, sungguh leceh. :P


            kalau begitu,
            saya persilakan anda beri idea kepada saya apa yang
            patut saya lakukan demi memenuhi cuti yang masih
            bersisa ini lagi.




            ok lagi.


            akhirnya, malam ni,
            baru saya dapat makan ni.

            tu pun dapat makan separuh, sebab saya tak nak
            kene lepuk dengan budak dua ketul tue. HEHE

            abang delivery tu lembab.
            dekat empat puluh lima minit tahu !

            rumah saya bukan nye ceruk mana,
            rumah saya rumah tepi jalan je kot.

            siap ada tanda mercu lagi. HAHA



            dah, dah.
            itu sahaja buat masa ni.


            kalau anda baik hati dan berhati
            murni *erk, teringat kak irine
            jum lah share2 apa yang anda semua buat dekat rumah
            time cuti cuti rumah ni. HEHE


            bye.


            p/s:gahhhh, nak buku teks tingkatan empat !


            11.12.09

            lah, tu je ?

            start//8:05pm


            shabbas beteh, shabbass.
            akhirnya saya update blog. HEHE

            eh, assalamualaikum.


            fine, saya berterus terang sekarang.


            Let your inner hooker out by vixs pixs

            saya sudah mula berasakan kehangatan untuk
            habis sekolah tahun depan. HAHA
            eh, tipu. T________________T



            yang betulnya,

            saya mula rasa takut dengan SPM.
            agak geybang bila saya cakap macam ni.
            tapi, itu hakikatnya.


            saya tak update, sebab saya sibuk.
            sibuk dengan kehidupan yang bosan. :P
            sibuk dah selak selak buku biology.
            buku sejarah, dan yang penting addmath.

            buku akaun ?? entah mana saya campak entah.
            dah bakar masa buat BBQ agaknya. T___________T
            erghh, *lupakan.



            target saya ialah, mahu
            siapkan nota sejarah tingkatan lima
            sampai chapter empat. boleh ke ?
            entah, *jungkit bahu


            yang sebenarnya, *lagi
            saya teruja gila tengok orang dah habis sekolah. HEHE


            gahhhhhh,
            teruja ?? nanti bila dah habis,
            sedih lah, rindulah dan lain lain lagi.



            lupakan itu semua.
            hadap yang akan datang dulu ni.
            haaaaiiiii*mengeluh.

            mungkin persediaan untuk menghadapi tue semua,
            saya perlu jauhkan diri dengan blog ni.
            mungkin agaknya.


            dua hari, baru percubaan.
            mungkin akan lebih lama.


            'tipu sebenarnya. *lagi weyh. walaupun tak update,
            blog tetap saya jenguk walaupun sepuluh minit
            untuk beri respon kepada orang orang.'


            sudahlah.

            motif utama saya sebenarnya,
            saya rindu sangat sangat pada kawan saya.


            walaupun dapat dengar suara,
            tahu khabar berita, tahu keadaan dia,
            tapi tu semua lain kalau kiteorang dapat bersemuka
            dan gelak gila gila macam orang tak betul sama sama.


            T_____________________T


            p/s:bosan kan hidup saya ?



            8.12.09

            mood ?

            start//11:39pm

            bagi salam dulu.
            asslamualaikum.



            gahhhhhhh,
            rasa macam nak jerit kuat kuat.

            hari ni hari tak bagus.
            sejak pukul duabelas satu saat pagi ni
            hari saya hari tak baik.
            grrrrrrr..

            kata mama dengan abah,

            'mama jaga anak mama lagi baik daripada pergi tegurkan

            anak orang lain.'

            'tak kuasa abah nak tegurkan orang lain. tegur perangai kau
            ni lagi berfaedah.'


            saya tahu dia tak baca blog saya sebab dia tak tahu
            saya ada blog. HAHA

            tapi tak tahulah pula kalau ada 'orang' yang pergi
            canangkan dekat orang lain tentang blog saya ni. :P

            saya perlukan percutian.
            *wah kau, sedap je nak itu ini.
            tapi mama dengan abah kerja.
            kerja, tahu kerja ?
            huh

            saya mahu prosperity burger ini.

            Prosperity Burger by pbbfood

            rasa macam nak buat kerja gila pun ada gak malam ni.
            pergi call McD. HAHA

            tapi tak nak lah.
            keluar dengan mama pergi beli burger ni baru best.

            banyak juga mende yang saya suka tapi kene
            lupakan dan kurangkan sebab diet ni. heh,

            sabar.
            sabar.




            pffftttt,
            balik kepada kemarahan saya.


            erk, saya tujukan ayat seterusnya kepada insan
            yang saya masih anggap darah daging saya.

            erk, kalau diri tu sudah cukup sempurna di mata
            orang lain, tak adalah orang lain nak pandang diri
            awak dengan kejap mata kecik mata besau
            atau terjeling jeling sampai bijik mata juling.

            kahwin pun belum, spender pun mak kau belikan lagi,
            tapi tak tahu lah kalau spender pun kau curi, HAHA
            dah nak memekak macam dia laki kau. WTF

            memang panas je hati saya ni.
            orang ada mata memang digunakan untuk memandang.
            huh, dah.



            kejap lagi, ada pulak yang pergi inform kat dia pasal
            apa yang saya bebelkan ni,
            tak memasal gaduh besar. HAHA

            bak kata abah,

            'jangan dilayankan orang tak betul. dah tengok depan mata
            dia jadi gila kan, kau pun nak jadi gila pergi layankan dia ?'

            'ouh, tidak. tak nak dilabelkan diri sebagai orang sewel.' :P



            ni lagi satu saya nak pesan sesiapa yang masuk blog saya,
            sila baca part MULUTCAKAP di sidebar.
            saya adakan bahagian itu, bukan saja saja mahu cantikkan
            blog ye, ada pesanan di situ.

            harap maklum.
            *senyuman palsu.


            dah lah.



            bye.


            p/s:harap hari esok lebih bahagia. :)


            7.12.09

            lain macam

            start//10:53pm


            heh, salam.

            penat badan masih terasa.
            hari ni matahari dah tercacak baru saya bangun.
            apa punya anak dara entah.
            HAHA


            persetankan tue semua.

            cuba lihat blog ni.
            lain tak ?
            background-nye saya dah tukar sebab saya bosan.

            saya merupakan seorang yang cepat bosan.



            macam lain macam je kan blog saya sekarang
            ni, dah macam makhluk asing punya rumah je. :P

            gahhhhhh..
            asalkan saya puas.
            saya dah tak ada idea lagi mahu create background.


            BORING GIRLS by hobbies+interests


            macam nak ubah blog ni seratus peratus je.
            tapi masa tak ada.
            saya ulang, masa tak ada atau tak cukup.

            sesiapa yang mahu muntahkan idea untuk saya,
            dipersilakan dengan segala hormatnya.
            tapi jangan muntahkan benda lain sudah. :P
            hurm,


            btw, saya dah bosan hadap blog.


            so, saya mahu off dahulu.

            sebelum tue, selamat datang kepada mereka
            yang baru pertama kali jejakkan muka di blog saya.

            huh, bye.


            p/s:hari hari saya pergi bantai buat BBQ dekat
            belakang rumah. gila. HAHA


            4.12.09

            untuk calon SPM 2009

            start//11:40pm


            erk, salam.
            saya tengah tahan sakit perut ni. HAHA
            banyak melantak kut.

            er, seketul je ayam kut dengan setongkol jagung.
            er, dengan sup sayur, dengan jus carrot susu.
            banyak ke ? :P

            tiba tiba saya teringin nak ber-BBQ.
            so, saya pun tunaikan lah hasrat tu sendiri.
            dah sedap sedap BBQ, abah ajak keluar. pergi makan.
            pheewwww.

            eyt, bukan ni yang saya nak storykan lah. HEHE




            saya cuma nak cakap tahniah kepada calon SPM 2009
            yang dah merdeka tue.
            yang belum merdeka, sila teruskan usaha anda
            dan semoga berjaya ok.

            congratulations by cupcakes for clara

            woah, bestnya dah merdeka.
            bila saya tengok orang dah merdeka SPM ni,
            saya pun teruja. suka, suka. HAHA

            tahun depan, saya pula yang akan enjoy.
            wakakakakkaka. *masuk form 5 pun belum lagi.


            pejam celik, pejam celik,
            saya dah nak masuk tingkatan lima dan berumur
            tujuh belas tahun lah. macam kelakar je. :P

            apa apa pun, saya sudah tak sabar mahu SPM.
            tapi takut pun ada jugak.
            gila ke kalau tak sedia apa apa tapi nak jawab SPM.
            HAHA


            so, saya nak usaha sikit sikit.
            dan, doakan saya supaya saya boleh harungi
            apa juga masalah yang akan datang. AMIN.


            untuk kakak kakak yang dah habis SPM atau STPM,
            sila lah meng-enjoykan diri anda.
            tapi jangan over pulak, sebab nanti takut ter-menangis.
            heeeeeeee,


            dah tu je saya nak bebel kan.
            selamat bercuti.

            bye.


            p/s:rasa macam bercuti lah. HEHE :P


            3.12.09

            baru faham kenapa blh 'gila'

            start//8:03pm



            malas lah nak citer pasal menikah ni. HAHA

            eh, sebelum tue, salam. dan hai. :)

            menikah ? macam biasa lah, dekat masjid.
            dekat batu pahat. sepupu pertama menikah. :)

            punya lama nak tunggu tok kadi nikahkan dorang,
            siap bagi ceramah entah apa entah. HAHA

            dah, habis citer pasal menikah.

            mari beralih ke cerita lain.
            HEHE



            psst, saya lebih selesa keluar dengan flip flop saja.



            hari ni saya pergi melabir. HAHA
            akhirnya keluar juga saya, sebab saya kena paksa.
            kene paksa tau.

            kawan saya kata, kalau tak nak keluar dengan dia,
            dia tak nak cakap dengan saya. heh,
            saya tahu dia tipu. tapi saya keluar juga sebab
            hari ni hari yang saya rasakan hari sesuai
            untuk keluar. HAHA

            saya heret jugak adik saya keluar.
            HEHE. dia tu memang pantang orang ajak keluar,
            laju je siap.



            tak pergi mana pun,
            pergi keluar tengok new moon je.
            saya tahu saya ketinggalan zaman. heh,

            New Moon Paperback--Movie Edition by Luuuucia:)

            tapi peduli apa.
            grrrrrr, handsome-nye jacob.
            bila part jacob dengan edward ada,
            saya asyik terdengar orang jerit jerit je.

            paling tak boleh blah, masa part jacob tak pakai baju.
            saya pun rasa nak menjerit sekali. HAHA
            HAHA. jerit meroyan. :P

            New Moon Poster--Jacob Black by miss.ninA

            New Moon UK Fan Event by musicgrl87

            OMG, OMG,
            saya pun macam nak gila. HAHA
            *melebih je saya ni. =.='


            tak ramai orang pun tengok wayang.
            sebab hari ni kan hari kerja. :P

            lepas tengok wayang, pergi karoke.
            HAHA. time ni tak boleh blah. macam nak gila
            nyanyi. tapi kegembiraan telah di-spoil-kan
            oleh sakai sakai di bilik lain. grrrr, geram gila.

            jafina - aina

            farahin - jafina

            annasuha - afifah - farahin - jafina

            jafina - aina


            lepas terpekik terlolong, pergi mencekik. HEHE
            saya tak boleh mencekik lebih lebih. saya kan diet.
            T____________________T


            lepas tue, kiteorang semua berpecah. balik.
            tapi saya tak balik, saya pergi shopping pulak.


            berbekalkan duit yang saya minta kat abah, HEHE
            dapat lah sehelai jeans. kenapa sehelai ?
            sebab mama dah nak angkut saya balik. hik,


            tak ada motif letak gambar budak seketul ni. hik,


            tak pe, lepas ni, saya pergi melabir lagi.
            tapi pergi dengan mama pulak lah.
            heh,


            bye.


            -tamat-

            pheww, penat buat entry ni. =.='

            p/s:kepada mereka yang ingin bertanya apa apa kepada saya,
            sila klik link ni. oke. jangan segan segan. kalau saya mampu,
            saya akan tolong. :)

            p/s/s:jangan lupa klik ads nuff saya. heh, terima kasih.


            1.12.09

            cakap hi pada Disember.

            start//9:45pm


            erk, salam.

            sebenarnya saya tak tahu mahu berkata kata
            tentang apa. cuma naluri ingin update blog terasa
            membuak buak. *gila skema ayat ni. :P









            teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt.

            entry tergendala.

            tengok the biggest loser-asia.


            mahu tahu apa perasaan sekarang saya ni ?
            tak nak tahu ? saya nak juga bagi tahu.

            sekarang ni, saya rasa macam nak gelak kuat
            kuat bagi hati saya puas macam nak gila.


            Big Laugh by k8 @ k8tography

            tapi macam tersekat dekat kerongkong saya.
            sakit tahu,
            macam nak meletop hati, perut, usus, limpa semua.

            e'eh, lupa pula tujuan utama taip entry ni.
            nak cakap HI dekat bulan DISEMBER. HAHA

            azam saya bulan ni,
            • nak revise balik pelajaran tingkatan empat.
            • nak habiskan ganti puasa saya sebelum masuk tahun baru.
            • nak selak buku teks tingkatan lima. selak je kut, tak baca pun. heh, =.='
            • nak habiskan latihan addmath yang saya peruk dekat setahun.
            • nak lupakan subjek akaun.

            huh,
            macam banyak je yang nak kene buat.


            apa apa pun,

            'nak seribu daya, tak nak seribu dalih.'

            bye.


            p/s:esok nak turun batu pahat. nak pergi menikah.
            eh bukan, tengok abang sedara nikah. hik,


            #TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
            © 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

            My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License