aku orang melaka | Blog BudakFadhilah

24.11.09

aku orang melaka

salam.

saya mulakan entry ini dengan soalan.
'orang melaka ni kasar sangat heh ?'


pada hemat saya, saya sangat tidak bersetuju atau dengan lebih tepat lagi rasa berbulu bila dengar orang kata yang orang MELAKA ini sangat KASAR bahasanya dan sangat KURANG AJAR. erk, *ayat tak boleh blah.

pada saya, ade je orang negeri lain yang lagi kurang ajar dan biadab daripada orang MELAKA. seperti tuuuuuuuutttt, orang negeri tuuuuuuuuttt, cakap mengalahkan saya. dengan bahasa kasar dia, perghhh, saya pun kalah. T________________T

Day 229/365 : Effin' Zebras by Gooner-Licious

padahal dia orang tuuuuttt, orang yang konon konon sangat moden dan bertaraf tinggi. tak macam orang MELAKA ni yang selalunya dianggap 'kampung'.


HEHE. saya banyak tanya kawan kawan saya yang mula mula orang negeri lain dan lepas tu berhijrah ke melaka, apa pandangan pertama mereka terhadap negeri melaka. mahu tahu apa mereka cakap, 'mula mula aku ingat melaka ni kampung weyh. tak maju langsung.' HAHA

sekali, dah duduk sini, tak ada lah kampung mana pun kan. rasa macam bandar juga. masih ada kesesakan lalu lintas, pusat beli belah, berlambak jugak. heeeeeeeeeeee. semuanya masih ada di MELAKA. tempat untuk dilawati juga saya rasa banyak dekat MELAKA. betul tak ?

kadang kadang saya juga boleh menjadi sakai. :P


Menara Taming Sari / Taming Sari Tower II by Firdaus™

'mana kau pegi hawau ? aku hingat kau dah mampos. lama gila tak nampak batang hidong kau !'
erk, ini dialog yang biasa digunakan bila dah lama tak nampak seseorang kan ? kan ? heh, kesian orang tu. =.='

pada pandangan saya lagi, orang orang melaka yang kasar ni mungkin orang orang yang sudah berumur atau dah lama hidup. :] tak pun mak cik mak cik yang ter-over atau ter-melampau tak pasal pasal nak maki maki. tapi, sekarang ni mana ada lagi, semuanya tahu jaga bahasa kan.


kalau tengah marah tu, lain cerita lah. benda benda lucah pun boleh keluar. HAHA. itu semua orang pun sama je kan... saya pun sama. hati tengah mendidih, dah tak fikir apa pun yang kita cakap.

tapi kan, ada je orang yang pure MELAKA benci dan malu menjadi anak jati MELAKA. itu saya no komen. entah apa masalah dia pun saya tak tahu. hak masing masing kan. suka hatilah. HEHE

so, melaka ni tak ada lah teruk sangat kan ? biasa je, macam negeri negeri lain, cuma sejarah dia lah yang lebih sikit.


saya orang MELAKA, tapi saya tak berapa suka makan asam pedas. saya lagi suka makan nasi dagang. ergh, sedap nya. tak pun saya suka makan kuih tradisional kelantan, kuih akok. susah gila nak cari dekat MELAKA ni. kalau terjumpa, memang saya suruh mama rembat. :P

Sooka Sentral - Food Commissioned Shoot by absolut xman

eh, saya dah tercerita pasal makanan pulak. tiba tiba saliva saya menjadi cair dan seperti sedang merembeskan lagi cecair cecair yang berada dalam mulut saya ni.

erk, dah lah. saya berhenti di sini sahaja. kalau ada yang salah apa yang saya cakap ni, tolong betul betulkan yer. saya bersyukur jadi orang melaka. sebab MELAKA ni tak adalah terlalu kampung dan terlampau bandar. yang sedang sedang saja. :)

pesan mama pada saya tiap tiap hari, 'jangan makan macam orang gila !' HAHA *tiba tiba

bye

p/s:entry ni dah lama saya peruk. :)

25 comments:

penaberkala said... Reply to this comment

tak kisah apa org nk kata, asal kita bukan apa yg dikata!

akok meme sedap? (faham tak),haha
jom pi qlate makan akok

IZZ HAZWANI. said... Reply to this comment

Ayah orang Melaka
Ibu plak orang Raub
And , wani lahir kat Kuantan

Hmm , melaka best jugak laa
Wani suke mkn asam pedas
HAHA , esok dah na pgy Bandar Hilir , Melaka
(balik kampung)

Siti.Khatijah said... Reply to this comment

Kat Melaka banyak hotel ah xD . Maju apa =.=

xoxo said... Reply to this comment

sue selalu singgah melaka...
tak rasa kampung punnn..
melaka memang best...

err.. windu lak nak turun melaka...

peace!!

Mya Amyra said... Reply to this comment

muahahahhahoo!
myra org mlake
yeay!
bgge3
huhu

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

penaberkala//
betul tu betul.
faham, faham. HAHA
jom makan kuih akok dalam mimpi. :P

Izzati Hazwani//
selamat pulang ke kampung. weee~ :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Siti.Khatijah//
maju kan ? kan ? :P

sue_hatimanis//
jum turun melaka lagi. :)

miEyra//
yeah. kami anak MELKA.
sep sep meh. :P

eLLa said... Reply to this comment

wahh
asam pedas bezz yer..
sori..
mmg xleyh tgk mknn..excited..hihi

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ella//
asam pedas mmg best.
tapi kalau hari hari bosanlah.

hik, comel lah. :P

Rash said... Reply to this comment

mak rash org melaka..
xkasar pn...
bg rash kasar tu depend on org.. negeri2 lain pn ade yg kasar gak.. huhuhu..

p/s: hubby rash org ganu tp rash xsuke nasi dagang =p

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

sys rash//
HEHE. mungkin lah kot.
sebab bisanya dengar org kata org melaka kasar. :P

nasi dagang mmg sedap. :)

Jantung Hati Si Meoww said... Reply to this comment

uhukxx..last time turun melaka last year..
xbyk servay2 lg kat melaka tuu...hee~
pnah pg bgunan b'sjrh jewk..tu pun lawatan..T^T
N x puas g ni nk p sna>>>ngeee~

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

shinobu yuuri//
mari datang melaka lagi. heeeeeeee.. :P

IntanBerlian said... Reply to this comment

wah,saye dgn ini mengaku sgt berbangge mnjadi anak MELAKA...yeahh. melaka mne de kg..maju da ok.mcm2 ade..bab2 kasar tu mmg ade tp xsume org la..tapi yg peliknye..org luar plak nyibuk2 ckp org melaka kasar.pfftt.~!

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

bellar0ssa//
hik, bangga eyh. :)
itu pandangan orang luar. T_____________T

ape2 jer said... Reply to this comment

haha biar ape org kata yg penting kita tau diri kita rite hehe

Mrs Nurul said... Reply to this comment

sumtimes melaka orgnye mulut suka ckp lahaabau la pe laa

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

cik biol//
HEHE. betul tuu betul. :)

░♥si lampu neon♥░//
sesetengah. but ada je org negeri lain yang suka cakap mende mende camtu. dah jumpa byk org dah. :)

syarifah radiah ibrahim said... Reply to this comment

eyy, orang melaka bukan semua macam tuuu.
huhuh!!

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

syarifah radiah ibrahim//
tak kan ? kan ?
heeeeeee.. :D

Iena Arshad said... Reply to this comment

org MELAKA kasar ke?
mana ada.
ada jek yg lg kasar dr org MELAKA.
sy pun org MELAKA gak.
n bgga jd anak MELAKA..:)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

.miss d'ieyna.//
a'ah kan. tapi selalu je dengar org cakap org melaka ni kasar. :)
jum sep sebab kita anak MELAKA. :P

Admin said... Reply to this comment

Assalamualaikum...

Statement yang mengatakan org Melaka bahasanya kasar hanya salah satu pendapat liar semata-mata. Kalau diteliti dengan betul, dari negeri lain pun masih ada yang cakap kasau (kasar). Pernah dengar ada org kata orang Kelantan ni kalau takde geng, bercampur dengan org negeri lain, tapi bila dah jumpa "klik" Kelantan juga, kawan2 dari negeri lain habis ditinggalkan.

Saya kurang bersetuju kerana semua orang ada berpotensi untuk jadi sedemikian. Yang paling mustahak semangat setia kawan dan ikhlas dalam persahabatan... Kita kena bersatu dalam Islam, bukannya bersandarkan pada bangsa atau asal usul negeri kita..

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

wslm.

betul tu. semua orang boleh je berbahasa kasar kalau dia nak. thanks atas respon anda, hihi :)

Anonymous said... Reply to this comment

Aku first time datang kerja di Melaka, first day dah menangis. Sebab aku ingat orang melaka maki aku. Pergi kedai makan dengar org ckp celaka sial, pergi surau pun ada jugak. Heh. Hari2 dapat dosa dengar officemate sebut sial. Hari2 kot..

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License