saya dapat ilham untuk buat entry ni selepas dapat email dari kakak angkat tersayang saya, kak zura. HEHE
sebelum itu, tengoklah video kat bawah nie. penat saya search. sebenarnya saya tak jumpa video yang saya nak. tapi terjumpa nie. layan je lah. cute meyh video ni. :P
sekarang dipersilakan baca fakta di bawah ini. tak nak baca sudah. saya tak paksa. secara rela hati ok.
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
lepas ni saya nak senyum jer. tak payah penat penat nak jogging jogging segala. HEHE
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
senyum boleh buat kita sihat ok.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
kalau saya marah, saya cuba senyum. (:
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
jangan terlebih senyum sudah. gila. HAHA
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
betul tue betul. tapi kanak kanak apa diorang tahu. main jer tahu le. bukan orang dewasa macam kita. wah ! :D
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
mengurangkan risiko sakit jantung ; ketawa. HAHAHA
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
sebelum belajar saya nak senyum dan gelak.
13. Ketawa juga dikatakan mampumemperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
"SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
sudah baca ? tak baca ? ok. tak apa. saya tak kesah. saya nak senyum dan gelak lah. sepanjang saya edit entry ni, mmg saya tengah senyum. teheeeee.. byebye.
kamu, kamu, dan kamu tahu yang kamu akan meninggalkan dunia yang seketika ini, apa kamu akan buat ?
seandainya,
awak, awak, dan awak, terpaksa juga pergi ke suatu tempat yang awak tak tahu ke mana arah tuju nasib awak tanpa kerelaan awak, apa awak buat ?
kalau,
kau, kau, dan kau, tahu bahawa orang yang kau sayang sangat akan pergi buat selama lamanya, tinggalkan kau, kau akan pergi menghalang kan ? tapi, mampukah kau ?
selalu saya dengar orang akan berkata begini, 'esok nak buat apa ek ?'
jarang saya dengar orang kata begini, 'kalaulah esok aku dah tak dapat menghirup udara yang segar esok, cmana ek ?'
saya tidak terkecuali daripada dua golongan di atas. eleh,
tapi sekejap jer saya macam tue, esok esok, saya lupa balik.
sekali sekala saya terfikir, merembes juga air mata murah ni.
manusia memang pelupa. tak dapat dinafikan lagi. sekali sekala kita wajib muhasabah diri.
kalau semua manusia tahu bila dia nak tinggalkan dunia ni, mesti beberapa hari sebelum tu, dia akan berdoa dan bertaubat sepanjang masa tanpa makan dan minum.
sebab itulah kita tak tahu bila waktunya kita mati. supaya kita sentiasa ingat ALLAH. sentiasa beribadat. tanpa melupakan DIA.
ni ustaz saya kata, 'kamu tahu tak, kita ni sebagai umat DIA, semasa nak minta sesuatu daripada DIA pun kita guna KAU aku. tak ke kurang ajar ?'
heh itu saya no komen.
ok. ok. sebenarnya saya ni merepek. saya tak tahu kenapa saya buat entry macamni.
apa apa pun,
di bulan RAMADHAN, bulan yang mulia ini, saya nak mohon maaf dulu kepada sesiapa yang pernah saya sakitkan hati, atau apa apa je lah, secara sengaja atau tidak sengaja.
semoga amalan kita di bulan mulia ini diterima oleh ALLAH. dan lipat gandakan lah amalan kita dalam bulan mulia ini.
oppssss... bukan bulan RAMADHAN je. bulan bulan lain pun sama yer.
kesian kawan saya. kawan BAIK saya. dia sekolah lain.
sekarang dia sorang sorang jer. pakwe dia dah pindah sekolah. ikut family. kawan kawan yang lain semua dengki dengan dia sebab markah exam dia melambung lambung.
jealous la kiranya ni.
lepas tue, bila tak puas hati dengan kawan saya ni, diaorang pergi sebarkan mende mende yang buruk pasal kawan saya.
kesian dia. tapi saya tak tahu apa yang saya boleh buat. yang saya boleh tolong, hanya bagi nasihat supaya tak give up je.
huh. budak budak yang dengki dengan dia tue, dulu semua kawan baik dia. memang tak sangka betul.
hidup nie memang ada pasang surunya. kejap kita dekat atas, kejap kita dibawah.
saya juga sedang menerima hakikat. memang payah menelan perkara yang pahit.
penat nyer sekolah. sakit sakit kepala yang amat, saya pergi jugak sekolah.
masa kat sekolah tadi, ada kes.
ada kakak form 123456 meroyan kut. hehe. entah lah. yang saya tahu, dia menangis, melalak, bawak pisau ke gunting masuk dalam toilet.
dia kunci pintu toilet. meraung. dia buat apa agaknya erk ?
ada lah tue masalah dia. mungkin masalah teman lelaki. siapa tahu.
tapi tak kan lah sebab masalah pelajaran sampai dia nak buat cam tu ek. tak mungkin. tak mungkin. haha kalau ye pun, fuyooooo, mmg hevat.
ish, apalah. mungkin dia nak hiris tangan dia kut. semua cikgu pujuk dia. tapi saya tak tahu lah apa kesudahannya. haha
esok kut saya tahu apa yang jadi seterusnya..
apa apa pun, tak payahlah sampai nak menyusahkan orang lain.
sebab dia jer, cikgu kene tinggalkan kelas untuk pujuk dia. sebab dia jugak, semua kawan kawan dia tak dapat teruskan pelajaran.
tak patut. tak patut. lain kali, kalau nak buat macam tue, tunggu lepas keluar dari sekolah. nak hiris lengan ke, nadi ke, leher ke, suka hati... :P
tak baik saya cakap macamni.
ermmmm, saya pun pernah mengalamai situasi ni. susah tau nak pujuk orang yang dah hilang akal kejap ni. nak pujuk dia, hampir satu jam lebih. tak ke menyusahkan tue ?
apa apa je lah.
konklusinya,
sebelum nak buat sesuatu, fikirkan akibatnya kepada diri sendiri dan orang yang tersayang.
penatnya sekolah. hari ni mood, agak kurang manis. mungkin dah sedap bercuti sampai seminggu. kelas pun sunyi sebab ramai tak datang. ramai gak kawan kawan yang sakit. kesian~~
berbalik kepada kad hari jadi. masa birthday saya tiga minggu yang lalu, saya dapat kad. kad daripada kawan yer. warna dia hijau. eeeeeeee.. saya tak suka hijau. kad buatan sendiri yer.
walaupun saya tak suka rupa kad tue, tapi saya suka isi kad tue. banyak kali tau saya baca. tak panjang pun isi kad tue. pendek jer.
" ada masa kita perlu menangis, agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa. ada masa kita perlu ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata........... ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian tetapi ada masa, kesunyian itu membuat kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman. "
[kad hijau]
hehe. tu je lah yang saya nak cakap pasal kad tue. tak ada apa apa lagi. tengok gambar yang saya tempek kat bawah ni pulak. :P
[klik untuk tumbesaran]
jerebu yang sangat teruk. naaaahh~~ tak jelas sangat lah. snap picture ni pukul tujuh pagi. sebelum pergi sekolah. heeeeee..
p/s:cikgu cakap ada sekolah ganti. cuti raya mungkin dipendekkan. WTF !!